Kelas Health & Wellness dari Butterfly Project Malaysia

 Hello dan salam sejahtera korang,

Dah lama saya tak sertai apa-apa aktiviti atau event yang dianjurkan oleh The Butterfly Project Malaysia sebab sibuk dengan hal-hal kehidupan (~_^) dan selalu travel, maka bulan lepas deorang ada anjurkan seminar Health & Wellness Workshop.

Tertarik dengan aktiviti yang dirancang, saya pun daftarkan diri untuk sertai seminar ni. Sekali-sekala sertai atktiviti dari Butterfly seronok juga sebab dapat jumpa dengan kawan lama dan buat kawan baru semasa aktiviti ni.


Image credit to: Eros from www.fishmeatdie.com.
 
Aktiviti Health & Wellness Workshop anjuran The Butterfly Project Malaysia kali ini diadakan di The Spa & Gym, Hilton Kuala Lumpur. Terima kasih Hilton KL sebab sediakan ruang untuk kami adakan Health & Wellness Workshop kalini.

The Spa & Gym, Hilton KL merupakan pusat kesihatan yang telah mendapat pengiktirafan Lokasi Spa Terbaik di Malaysia dan Spa Health & Wellness Terbaik di Malaysia pada tahun 2018. Kalau korang tak percaya macam mana terbaik dia, meh datang tengok.



Masuk je sini, baru percaya patutlah dapat pengiktirafan spa dan gimnasium terbaik sebab fasiliti yang mereka ada lengkap, luas dan boleh dapat privasi yang selesa. Kiranya ruang untuk korang guna tu tak sempit dan tak perlu berebut dengan orang lain.

Kat sini deorang ada alat gimnasium yang lengkap, bilik aktiviti bercermin, kolam renang, jakuzi, bilik sauna, bilik mandi, bilik persalinan, loker, bilik solekan dan spa sendiri! Paling best, korang boleh mendaftar sebagai ahli disini dengan harga serendah RM150 sebulan.



Ok, berbalik kepada aktiviti Health & Wellness Workshop yang kami buat haritu, ada 3 sesi. Sesi terdiri daripada aktiviti dan sesi membimbing peserta untuk menjaga diri daripada segi fizikal, mental dan rohani.


Sesi 1: Vegan Beauty Mask Workshop 
Ms Bavani Gopala Krishnan, Naturally Handmade.

Tak pernah terfikir untuk DIY (Do-it yourself) mask menggunakan tanah liat (clay). Tanah liat sangat sesuai dengan orang yang mempunyai jenis kulit yang berminyak dan kombinasi sebab fungsi utama tanah liat adalah menyerap lebihan minyak.

Kami diajar macam mana nak campurkan bahan kering yang dah jadi serbuk untuk buat masker muka sendiri. Banyak bahan organik seperti buah-buahan dan sayuran yang mudah nak jumpa di dapur rumah boleh dipakai untuk dibuat mask.


Setelah tahu jenis kulit muka, dalam kes saya, iaitu Kombinasi Berminyak, maka bahan superfood yang saya perlukan didalam mask tanah liat organik saya adalah:

1. Red Clay: Bertindak sebagai base kepada mask, dan sangat sesuai untuk kulit berminyak. Membersih, dan menghilangkan kotoran, toksin, minyak berlebihan, dan sangat desuai digunakan untuk proses detoks.

2. Mango: Membantu menghilangkan jerawat dan bertindak sebagai skrub sederhana kepada kulit yang menjadikan kulit bersih, rata dan lembut.

3. Tangerine: Kandungan anti-oksidant yang membantu melawan radikal bebas. Juga bertindak sebagai sumber tambahan Vitamin C kepada kulit selain daripada mencerahkan kulit, membuang bakteria dan minyak yang berlebihan.




Sesi 2: Aromatherapy Oil-blending Workshop
Ms Dashindra Siva, Plant Origins.

Dah lama saya nak belajar tentang essential oil sebab tahu banyak kebaikan menggunakan minyak dia. Semasa sesi ini, Ms Dashindra Siva yang merupakan seorang ahli Buttlerfly Project dan juga dari Plant Origins terangkan kepada kami tentang banyak jenis essential oil.

Saya dapat peluang untuk buat campuran essential oil sendiri. Berdasarkan dari kad campuran minyak dari Plant Origins, saya memilih untuk buat campuran "Fresh Start". Fresh start sesuai untuk menghilangkan rasa lemah dan lesu dan mengantuk.


Antara fungsi essential oil didalam campuran Plant Origins essential oil blend Fresh Start adalah:

1. Lavender: Berfungsi untuk menenangkan minda, meningkatkan mood seseorang, untuk masalah tidur tidak teratur, masalah penat dan rasa lemah badan serta depresi.

2. Lemon: Mengurangkan stress, menghilangkan rasa lesu dan mengantuk, selain daripada membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan rasa sakit dan lenguh badan serta membantu mengawal berat badan.

3. Peppermint: Berfungsi untuk meningkankan daya fokus dan menajamkan minda. Juga ada fungsi terhadap kesihatan seperti antibakteria, antivirus, anti-inflamatori. Bonus: Boleh membantu dalam masalah pencernaan.




Sesi 3: Self-Care Session
Ms Minnie Chang, Minc.Care

Pertama kali saya menyertai sesi kaunseling atau sharing session dengan orang yang jarang saya jumpa dalam hidup. Susah sebenarnya nak kongsikan tentang kehidupan kita, terutamanya perkara yang kita tak selesa nak kongsi bersama dengan kumpulan.

Tapi dalam sesi penjagaan rohani bersama dengan Minc.Care, tak awkward langsung sebab semua proses perkongsian adalah secara natural. Macam borak-borak tapi saling kongsi pengalaman hidup dan nasihat sesama sendiri.

Tak sangka sesi ini paling relax antara banyak sesi. Rasa lega sebab dapat kongsikan masalah dan pengalaman hidup dengan orang lain. Ye lah, semua orang perlukan orang untuk mendengar luahan hati dan masalah yang deorang ada.



Overall, seronok sangat The Butterfly Project Malaysia anjurkan aktiviti yang melibatkan Mind, Body & Spirit macam ni. Tak semua tahu, kadang-kadang apa yang kita paparkan di dalam blog atau media sosial tu benda yang happy je, padahal hati tengah tak tenang.

Sebab itu manusia kadang-kadang perlu berehat dari media sosial dan reflex balik dengan diri sendiri. Komunikasi dengan diri sendiri sangat penting, barulah kita tahu macam mana nak happy.


Untuk harga keahlian di The Spa & Gym, Hilton Kuala Lumpur bermula dari RM201.40 sebulan. ilihan lain yang korang ada adalah:

6 Bulan: RM233.20
3 Bulan: RM249.10
1 Bulan: RM265.00
9am- 5pm/ sebulan:  RM150.00
Sehari: RM91.00


Khas untuk pembaca blog: www.nurulzayani.com,

Pembaca blog saya boleh dapatkan tawaran percuma 1-Day Trial untuk ke The Spa & Gym, Hilton KL. Hanya perlu gunakan kod "Butterfly" untuk dapatkan tempoh 1 hari percubaan di sini. Boleh gunakan kalau korang nak mencuba dulu sebelum ambil pakej keahlian deorang.

Ribuan terima kasih kepada:

The Butterfly Project Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia

 Hilton KL Spa & Gym
Alamat: Hilton Kuala Lumpur,  3, Jalan Stesen Sentral
Contact: 0322637888 

Naturally Handmade
Website: www.naturallyhm.com
Instagram: www.instagram.com/naturallyhm

Plant Origins
Contact: 0323866020
Website: www.signaturemarket.co/my

Minc.Care
Contact: 0182808779
Website: www.minccare.com



With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS