Design Vivo V17 Dengan Skrin Ultra O & 5 Kamera

Hello korang,

Vivo dah keluarkan telefon yang terbaru dan terakhir untuk tahun 2019, Vivo V17. Uniknya, V17 kalini tidak terlalu fokus kepada penggunaan kamera, tetapi lebih kepada keselesaan pengguna. Tapi jangan risau, sebab 5 kamera yang ada pada V17 masih tetap hebat.

Skrin V17 menggunakan Super AMOLED Ultra O Screen dengan design kamera hadapan yang paling nipis dalam industri. Menggunakan 6.44-inch FHD display house dan kamera hadapan 2.98mm wide super-clear.

Tambahan untuk keselesaan korang, V17 direka dengan purata skrin-badan telefon dengan 20:9, untuk pengalaman penggunakan skrin yang lebih maksima dan mampu mengurangkan 42% blue light yang boleh merosakkan mata dalam jangka masa yang lama.


Untuk design Vivo V17, direka dengan design yang inovatif dan moden dengan warna yang cerah dan glossy finish. Kedudukan 5 kamera yang ada pada V17 pun diletakkan di bahagian yang nice terutamanya kamera depan dia.

Vivo V17 didatangkan dengan 2 warna yang cute, Admiral Blue dan Crystal White. Personally, saya suka dengan warna Crystal White sebab warna dia ada effect rainbow unicorn. Kalau kena cahaya, reflection dia memang cantik.



5 kamera utama yang ada pada Vivo V17:

32MP Kamera Hadapan,
48MP AI Quad,
8MP Super Wide-Angle,
2MP Macro,
2MP Bokeh. 

Kamera yang ada pada V17 kalini dilengkapi dengan AI algorithms, makanya dah tak payah susah-susah nak adjust setting atau tekan apa-apa masa nak ambil gambar. Tinggal cari angle dan snap sahaja. Kalau bad-light pun AI akan auto correct kan gambar tu.

Tambahan, V17 juga ada fungsi menarik seperti Super Night Mode dan Super Night Selfie untuk mereka yang nak ambil gambar di tempat yang kurang cahaya dan gelap.


Design Vivo V17 yang moden ini, sampai kedudukan kamera hadapan 32MP pun diletakkan di hujung sebelah kanan telefon. Siapa yang kaki selfie sure suka dengan lokasi bari kamera depan telefon ni, yang selalunya berapa di tengah telefon.

Ada setengah orang yang masa selfie suka sengetkan telefon, dah tak payah nak lenguhkan tangan sengetkan telefon. Nak cari angle pun lawa dengan kedudukan kamera yang berada di sisi telefon.



V17 48MP AI Quad Camera in low light.


Saya rasa perbezaan yang ketara sekali adalah, kebanyakan selfie yang saya cuba dengan Vivo V17 semua banyak senget, tapi senget yang lawa. Bila ambil gambar straight kan selalu nampak pelik, tapi dengan selfie pada V17, auto nampak lawa :D

Tertarik dengan banyak fungsi baru pada Vivo V17 seperti Super Night Selfie, Potrait Light Effect, AI HDR, Super Night Mode, Ultra Stable Video, Potrait Bokeh, Potrait Light Effects, AR Stickers AI Makeup dan Hand Gesture Take Photo.

Vivo V17 32MP in Selfie Mode


Vivo V17 menggunakan prosessor Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM dan 256GB ROM untuk pengalaman bermain telefon yang lancar dan smooth. Haritu ada orang cuba main game pun dia cakap best sebab smooth je graphic dan gameplay.

Cakap pasal game, yang seronoknya V17 ada Ultra Game Mode yang dimana fungsi ini akan sekat semua notifikasi dan mesej yang korang dapat supaya korang dapat main game tanpa gangguan. Takdela tengah perang tup-tup awek call kacau. Haha

V17 bateri berkapasiti 4500mAh dengan teknologi Dual-Engine Fast Charging supaya korang boleh cas telefon sekejap tapi pakai lama. Boleh main game lelama.


Korang boleh dapatkan telefon pintar Vivo V17 bermula dari 21 Disember 2019.

Setiap set Vivo V17 didatangkan dengan telefon Vivo V17, earphone, Kertas manual, USB Cable Type-C, USB Power Adapter, SIM Ejector, Protective Case dan Protective Film yang sudah dipasang.

Harga Vivo V17 di pasaran: RM1699.


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS