Telefon Android Terbaik Tahun 2019: Vivo S1 Pro

Hai korang,

Teknologi telefon pintar di Malaysia ni sekejap sahaja membangun. Setiap bulan ada sahaja teknologi baru yang diperkenalkan. Jenama telefon pintar terkenal di Malaysia, Vivo pun baru sahaja melancarkan telefon pintar Vivo S1 Pro.

Vivo S1 Pro dijangka akan menarik minat anak muda sebab design dia yang fancy dan cute. Dilengkapi dengan kamera 48 MP AI Quad Camera beserta dengan design unik berlian diamond sememangnya akan menarik minat orang ramai.

Saya sendiri dah cuba pakai Vivo S1 Pro untuk tahu apa perbezaan siri S1 Pro dengan siri keluaran Vivo yang lain, dan so far boleh cakap ini merupakan telefon Vivo yang terbaik dan best saya pernah cuba. Memang puas hati dan lain.


Vivo S1 Pro didatangkan dengan 2 pilihan warna yang cute. Ada pilihan warna hitam Knight Black dan putih Fancy Sky. Personally saya suka dengan warna Fancy Sky sebab warna dia nampak macam hologram campuran putih-pink-biru. Memang lawa.

Vivo S1 Pro juga dilengkapi dengan skrin 6.38-inch Super AMOLED dengan ratio screen-to-body sebesar 90%. Skrin besar macam ni baru la best nak layan movie atau main game kat telefon. 

Nak unlock telefon pun siap ada beberapa efek animasi yang seronok. Atau korang boleh je pilih nak unlock S1 Pro dengan menggunakan jari sebab ada Fingerprint Scanning Technology.


 

Bahagian belakang Vivo S1 Pro ada 4 kamera 48MP AI Quad Camera dengan rekaan didalam bentuk diamond. Unik juga la deorang design bentuk macam ni. 4 kamera belakang di S1 Pro boleh digunakan untuk fungsi 48MP AI Quad, 8MP Super Wide-angle, 2MP Super Macro dan Bokeh.

Menariknya kamera di S1 Pro adalah sebab menggunakan teknologi AI Quad. Seriously seronok nak ambil gambar pakai kamera telefon ni sebab mudah dan dilengkapi dengan fungsi auto. Mudah sebab tak payah setting, hanya tangkap dan AI akan auto-edit gambar ikut keadaan.

 

Contoh macam gambar kat bawah. Kengkadang ambil gambar backlight (Gambar yang cahaya belakang banyak sangat sampai nampak putih), so kalau pakai manual slowhand juga nak buat setting dia, tapi S1 Pro ni dah auto, tinggal nak tangkap je gambar.


Selain itu, Vivo S1 Pro menggunakan kamera hadapan 32MP yang dilengkapi dengan fungsi mode kegemaran saya,  AI Face Beauty. Contoh boleh tengok gambar saya selfie kat bawah. Saya amaze betul dengan kamera yang tak over beautify macam ni.

AI Face Beauty membolehkan kita untuk edit muka sendiri. Selalunya kalau ambil mode beautify mesti akan over sampai kengkadang tak nampak muka dah, tapi dengan AI Beauty S1 Pro. kita boleh pilih sendiri macam mana nak edit.

Macam gambar dibawah, saya edit dengan hanya buang Acne, Eyebag dan naikkan Complexion sedikit di Touch-up dan siap! Sukanya saya sebab editting tak over dan natural. Sure orang tak tahu yang saya edit gambar ni. Haha


Kiri: Sebelum AI Beauty Touch up | Kanan: AI Beauty Touch up

Tengok saya selfie dengan mama, dia tak bagi saya edit muka saya sebab nak nampak muda. Gambar edit masih lagi nampak natural dengan mama pun nampak muda. Mak-mak sure seronok dengan fungsi ni. Muda 10 tahun!



Fungsi Pose Master pun ada sebab telefon dari Vivo memang terkenal dengan fungsi ini. Fungsi ini  macam guideline ajar korang untuk ambil gambar. Orang yang tak reti selfie macam saya pun akan jadi terer selfie dengan Vivo.

Okay, sekarang jom kita explore 4 kamera belakang 48MP AI Quad Camera pulak. Vivo S1 Pro ada beberapa fungsi pada kamera dia iaitu: 48MP AI Quad, 8MP Super Wide-angle, 2MP Super Macro dan lens Bokeh.

Kamera hadapan 48MP AI Quad

 
Kiri: Bokeh | Kanan: 8MP Super Wide-angle


 
48MP AI Quad

8MP Super Wide-angle


Kiri: 48MP AI Quad | Kanan: Bokeh

Selain daripada kamera yang berteknologi tinggi, Vivo S1 Pro menggunakan processor Qualcomm Snapdragon 665 Octa-core. Untuk prestasi yang lebih tinggi sesuai untuk penggunaan telefon yang lancar, S1 Pro dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB ROM.

Vivo S1 Pro menggunakan bateri 4500mAh yang disertakan dengan teknologi Dual-Engine Fast Charging untuk memberikan korang pengalaman menggunaan dan mengecas telefon yang lebih baik. Kiranya masa nak pakai lama, tapi cas kejap je. Senang kan.


Korang boleh dapatkan Vivo S1 Pro di semua cawangan flagship Vivo dan dari pengedar sah Vivo di Malaysia bermula 9 Disember 2019 dengan harga serendah RM1199!

Harga Vivo S1 Pro: RM1199.

Till then,
 

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS