Ada Apa di Program Nak Ubah Hidup 2020 (NUH2020)

Salam sejahtera korang,

Dalam hidup korang, pernah tak ada satu masa tu tetiba korang teringin sangat nak berubah, ubah apa-apa la, jadi insan lebih baik ke, jadi rajin ke apa-apa je, tapi korang mencari satu titik permulaan untuk tunggu masa tu?

26 tahun saya hidup, saya tunggu juga titik permulaan atau 'something' yang boleh boost mentaliti saya untuk cuba buat something dan berjaya. Contoh macam nak achieve goal saya dan buat banyak duit sendiri.

Alhamdullilah, titik permulaan saya dah sampai lepas sertai Program Nak Ubah Hidup 2020 di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam pada 25-27 Januari 2020 yang lepas. Program ini betul-betul membantu mengubah persepsi dan goal hidup saya.


Pada mulanya, saya pergi atas jemputan sebagai blogger untuk cover program ini. Jujur cakap, sebelum nak pergi tu otak saya punya skeptikal dengan penceramah program ini, Dr Azizan Osman. Sebelum ni saya tak pernah sertai mana-mana program beliau dan anjuran RichWorks.

Sama juga yang macam korang fikir, betul ke kita boleh berjaya dengan dengar ceramah je? Meh saya bagitahu korang, program ini bukan buatkan korang berjaya, tapi naikkan semangat dan jiwa raga korang untuk motivasikan diri supaya berjaya dan lebih berjaya.

Program ini buatkan saya terfikir tentang apa yang saya dah capai dalam 26 tahun hidup, dan apa sumbangan saya terhadap keluarga, orang sekeliling dan keluarga. Adakah saya bermanfaat untuk orang lain atau tak dan macam mana nak perbaiki benda tu?

 


Bertuah sangat saya dapat sertai Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 ni. Program 3 hari berturut-turut ini dihadiri seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura yang sangat membantu usahawan atau mereka yang nak tingkatkan potensi diri.

Macam Dr Azizan cakap, setiap orang yang hadir ada sebab kenapa Allah takdirkan dia datang haritu. Walaupun program ini mengambil masa sampai 3 hari, dari pagi sampailah ke malam, tapi masa yang diluangkan tu sangat berbaloi dengan ilmu dan tips kehidupan yang diberikan.


Hari pertama saya sampai, terkejut sebab program macam ni punyalah ramai orang sertai. Bila masuk je dewan, terus terasa aura positif di dalam dewan. Sebab saya datang seorang, dan geng blogger lain dah kat mana tak jumpa, makanya saya duduk dimana yang kosong.

Siapa yang tak kenal dengan Dr Azizan Osman, yang merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach yang terkenal dengan keupayaan untuk membimbing anak didiknya sehingga berjaya menerusi strategi dan metodologi.

Suka betul saya dengan visi Dr Azizan Osman yang nak membantu kita berjaya supaya dapat mengurangkan kadar kemiskinan di dunia, meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih dari[ada RM200 ribu setahun dan melahirkan 100,000 legasi jutawan menjelang tahun 2030.

 

Tak sangka, semasa program, orang disebelah dan sekeliling saya semua ramah dan positif. Memula tu memang segan, tapi penceramah bagi galakan dan banyak suruh kita interaksi dengan orang sebelah. Menjerit pun sama-sama.

Program punyalah positif dan excited sampaikan lebih 90% peserta berdiri sepanjang program berlangsung. Ada yang siap berdiri atas kerusi lagi. Tak ada istilah mengantuk dalam program ni sebab kita akan banyak jerit melepaskan 'aura' kita.

Susah betul nak terangkan dalam bentuk penulisan macam mana 'feel' program ni. Lebih baik korang cuba datang sekali, dan baru korang tahu apa maksud saya. Sebelum saya datang, saya ada skeptikal dengan Dr Azizan, bila balik saya kagum dengan beliau. Haha

 


Rasa rugi sangat sebab dah 12 tahun (2008 – 2020) mereka anjurkan program macam ni, tapi ini merupakan kali pertama saya sertai. Betullah apa yang beliau cakap, yang datang ni semua dah ditakdirkan kenapa ada disana.

Program yang dianjurkan oleh RichWorks banyak membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan dengan bimbingan yang betul.

Bayangkan, dengan ilmu dan bimbingan yang betul, semua usahawan termasuk yang dari luar bandar pun boleh berjaya. Nak jual apa semua inshaAllah boleh. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Tapi tak apa, biar lambat, asal dapat buat. Dah ada input dan ilmu macam ni, boleh terus bertindak dan berusaha untuk ubah hidup. Jom sama-sama berjaya mulai dari sekarang!

 


Antara 3 input utama yang boleh saya kongsikan dengan pembaca blog saya:

1. Kita kena berani buat keputusan dan ambil risoko. Barulah boleh mengubah dan seterusnya memperbaiki kehidupan kita. Selalunya 1st Step yang takut, lepas tu okay je.

2. Pastikan apa yang korang buat tu konsisten. Jangan harini buat, esok dah tak buat. Usaha hari-hari, sebab kejayaan takkan datang bergolek. Dispilinkan diri, buat jadual ke apa.

3. Fast action = Fast result. Lagi cepat korang bertindak, lagi cepatlah dapat hasilnya. Kalau lambat bertindak, maka tak dapatlah hasil dia.

 

Terinspirasi sangat bila dengan kisah tentang kesusahan dan kejayaan orang yang telah berjaya ni. Kebanyakan mereka yang mulanya ada 'spark' untuk ubah hidup adalah sebab impian, tekanan, kemahuan dan kesusahan yang mereka hadapi.

Antara kisah inspirasi yang paling saya terkesan adalah kisah Mamasab Bakery yang hanya buat perniagaan membuat kek je, tapi dah dapat hasil jualan tahun 2019, yang sangat luar biasa dengan telah RM15.4 juta. 

Pemilik Mamasab Bakery, Puan Siti Noor Sabrina dulu sebenarnya suri rumah sahaja, tak tahu pun macam mana nak buat kek, tup-tup sebab tekanan daripada keluarga, dengan kekangan nak pakai duit, harini dah berjaya, siap hadiahkan rumah banglo kat ibubapa beliau.

Dari semua kisah inspirasi dan sukses yang Dr Azizan kongsikan, saya percaya yang kalau kita nak berjaya, kita kena ada ilmu dengan cara berguru dengan orang yang betul. Dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan, inshaAllah oleh berjaya.

 


Antara point yang sangat bagus yang saya berikan untuk Program NUH2020 adalah:

1. Asingkan tempat duduk peserta lelaki dan wanita (Bagusnya terjaya batas dan aurat),
2. Pemilihan lokasi yang sangat bagus dengan kemudahan tandas, surau, parkir dan makan yang mudah (cuma makanan yang dijual foodtruck mahal sangat),
3. Ajar peserta untuk bergaul dengan orang sebelah, walaupun tak kenal sesama sendiri,
4. Banyak terapkan nilai positif didalam minda peserta,
5. Tak bosan macam kebanyakan seminar/ program pembanggunan diri yang lain,
6. Dapat banyak input dan meterial secara percuma (Dah bayar sekali semua percuma).

Sebenarnya, terlalu banyak input positif yang saya nak tulis sebab saya tak sangka di Malaysia, pun ada anjurkan seminar yang bagus macam ni. Balik je program ni haritu, terus saya hasut suami untuk sama-sama positif nak ubah hidup menjadi lebih baik.

Paling seronok sekali, siap dapat beberapa buku ilmiah secara percuma dengan hanya isi survey sahaja. Buku yang dapat ini pun boleh tahan input dia. Antara dua yang menjadi kegemaran saya adalah: Kisah Inspirasi dan Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya.


Sedikit info tentang RichWorks International:

Diasaskan oleh Dr Azizan Osman, RichWorks International merupakan penganjur acara dan seminar yang terbesar di Malaysia yang mahir didalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan melalui lebih daripada 1,500 acara dan seminar.

RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program di RichWorks adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan



RichWorks International
RichWorks Hotline: 1300-88-2424​
RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor.
Website NUH: www.nakubahhidup.com
Website RichWorks: www.richworks.com




With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS