Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan/ What is Movement Control Order?


Nama Perintah
Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).

Tempoh Masa
Perintah ini berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020.

Liputan Kawasan Perintah
Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia.

Kuatkuasa Undang-undang
Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pada 19 Mac 2020, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Malaysia untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan @ Movement Control Order di seluruh negara berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020. 

Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020 ini dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 untuk mencecah virus Covid-19 daripada merebak.

Kenyataan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Twitter KKMPutrajaya:





Credit: Pejabat Perdana Menteri

Saya ambil details jawapan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Perdana Menteri.
Info dibawah dikemaskini pada: 17 Mac 2020 | 4.10 PM


Perintah Kawalan Pergerakan
(Movement Control Order)

Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu:

i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

1. Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan? = Sebarang majlis resepsi adalah TIDAK DIBENARKAN.

2. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu sepanjang 18 – 31/3/2020? = Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.

3. Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus balik?= Ya.

4. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia dan suami saya merupakan warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini? = Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan tersebut sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

5. Anak saya yang merupakan seorang pelajar di institusi luar negara. Adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia? = Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

6. Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura? = Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing – masing berkenaan perkara ini.

7. Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara? = Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuatkuasa.

8. Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka? = Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.

9. Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit Covid-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan? = Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.

10. Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi? = Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah kawalan ini berkuatkuasa.


Untuk maklumat lanjut tentang Perintah Kawalan Pergerakan
Prime Minister's Office of Malaysia: 

Info terkini tentang virus COVID-19
The Official twitter for Ministry Of Health, Malaysia:


Info tambahan, kenapa Malaysia perlu buat Perintah Kawalan Pergerakan/ Movement Control Order.

Till then,

1 comment:

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^