8 Menu Makanan Wajib Makan di Kuala Lumpur (KL)

Hello korang!

Sebagai seorang yang bangga menjadi anak Malaysia, saya berani cakap Malaysia ni merupakan syurga makanan di Asia. Banyak sangat makanan yang sedap ada di Malaysia, itu belum lagi nak kategorikan dari makanan Melayu, Cina, India, Mamak dan sebagainya.

Rugi kalau korang warganeraga Malaysia atau traveller yang singgah di Malaysia tapi tak pernah cuba makanan yang saya list-kan dibawah.
Kalau korang suka makan makanan yang macam mana di Kuala Lumpur? Kat bawah saya ada senaraikan 8 Menu Makanan Wajib Makan di Kuala Lumpur (KL).


1. Nasi Lemak

Nasi Lemak mendapat namanya daripada proses nasi yang dimasak bersama dengan santan dan merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia yang selalunya dimakan sebagai sarapan pagi. Tapi orang dah tak makan nasi lemak waktu sarapan je, malam pun orang makan juga.

Secara tradisinya, hidangan Nasi Lemak terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan, sambal, kacang, timun dan telur. Kalau nak up sikit, boleh tambah dengan ayam goreng, sotong dan sebagainya.


2. Roti Canai

Selain daripada nasi lemak, orang Malaysia atau KL pun suka makan roti canai sebagai sarapan pagi. Tapi kalau dah cuba roti canai, korang mesti akan makan tak kira masa. Kalau saya tak ada selera nak makan nasi, roti canai memang pilihan saya.

Roti canai selalunya dihidangkan bersama dengan kuah pilihan seperti kuah kari, sambal dan dhal.

3. Teh Tarik

Teh tarik merupakan air teh yang dicampur dengan susu pekat manis yang 'ditarik' antara dua cawan untuk sejukkan dia. Proses ini lah yang akan menyebabkan teh tadi tu berbuih-buih dan dipanggil sebagai teh tarik. Sedap juga dihidangkan secara panas atau sejuk.

Teh tarik ni popular sampai ada pertandingan teh tarik peringkat kebangsaan yang dimana bakat penarik teh akan diketengahkan. Macam-macam skill yang mereka tunjukkan masa pertandingan tu. Tak sangka buat teh tarik pun boleh banyak style.


4. Nasi Berlauk (Nasi Campur)/ Nasi Kandar

Nasi berlauk merupakan makanan harian orang Malaysia terutamanya mereka yang berbangsa Melayu. Seronoknya makan disini adalah sebab pilihan lauk yang banyak. Lauk banyak sampai rambang perut pilih nak makan apa. Haha

Beza nasi campur dan nasi kandar adalah, nasi campur selalunya merupakan masakan di kedai orang Melayu manakala nasi kandar merupakan makanan yang boleh didapati di restoran mamak. Menu hidangan makanan pun lain juga.

Selain daripada nasi berlauk, di Kuala Lumpur juga popular dengan hidangan bubur berlauk. Ya, bubur kosong tu makan dengan lauk yang deorang ada. Bubur berlauk pun merupakan salah satu hidangan kegemaran saya.



5. Laksa

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah yang menggunakan mee. Asalnya laksa ni dulu dari orang Cina Peranakan yang berhijrah ke Tanah Melayu masa tu dan makanan ini menjadi salah satu makanan yang popular di Malaysia.

Kat Malaysia ada banyak jenis laksa, dan yang paling popular adalah Laksa Penang atau Asam Laksa. Antara jenis laksa lain yang boleh korang dapat adalah:  Laksa Johor, Laksa Perlis, Laksa Kedah, Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Terengganu, Laksa Ipoh, Kari Laksa dan Laksam.

Rasa Laksa ini memang lain daripada yang lain sebab jenis kuah dan mee yang dipakai memang tak sama. Ada yang pakai mee laksa dari tepung meras, dan ada yang pakai mee kuning. Saya punya personal favourite adalah Laksa Penang dan Laksam.


6. Satay

Kalau cakap satay di Kuala Lumpur, mesti orang akan recommend untuk cuba Satay Kajang. Satay Kajang terkenal sebab ketulan ayam/daging dia yang besar. Kalau seorang order 10 batang pun dah kenyang sebab besar. Satay memang makanan kegemaran saya.

Satay di Malaysia lain daripada negara lain sebab rempah yang dipakai didalam proses marinate bukan biasa-biasa. Dah marinate, dan bakar. Satay dihidangkan dengan kuah kacang dan juga potongan nasi impit, timun dan bawang merah yang fresh.

Selain satay ayam dan daging, kat Kuala Lumpur juga popular dengan satay kambing, arnab, perut dan banyak lagi. Nak rare lagi, boleh cuba satay unta. Rare habis kan.



7. Sup Kambing

Teringat masa memula datang ke Kuala Lumpur dulu, suami (masatu bf lagi) bawa saya dating makan sup kambing. Terus jatuh cinta dengan sup kambing. Selalu kalau beli sup kambing ni porsi dia banyak, kalau tak habis makan dengan nasi, boleh cicah dengan roti kosong. Yummy!

Uniknya, ada dua jenis sup kambing yang popular di Kuala Lumpur. Ada yang orang Melayu buat dan yang mamak buat. Kedua-dua ni rasa memang tak sama. Selalunya yang mamak buat memang akan rasa lagi pekat dan berempah.

Tengok gambar sup kambing kat bawah ni pun nampak sedap kan.


8. Pisang Goreng Cheese

Pisang goreng merupakan salah satu snek petang yang popular di Malaysia. Merupakan hidangan goreng daripada pisang yang dicelup dengan tepung. Senang nak jumpa kat gerai tepi jalan yang jual makanan bergoreng. 

Pisang goreng cheese naik populariti dia sebab keunikan topping yang lain daripada lain. Kalau ikut tradisi, selalu pisang goreng dimakan bersama dengan gula perang atau susu cair. Topping pun ikut jenis pisang yang digunakan. Makan pisang goreng macam tu pun sedap juga.


Bonus!

Antara menu makanan lain yang korang boleh cuba di Kuala Lumpur adalah: Mee Goreng Mamak dan Bihun Goreng.

Jenis yang boring hari-hari makan nasi, boleh makan mee goreng atau bihun goreng. 

Kedua-dua hidangan ini lebih kurang sama je, tapi berbeza jenis mee yang digunakan. Mee dan bihun digoreng bersama dengan bawang, telur, sos, kicap, sayur-sayuran dan kadang-kadang dicampur dengan cebisan ayam, daging atau udang.



Dah tulis list makanan sedap yang ada di Kuala Lumpur, jadi lapar pula saya. Kejap lagi nak ajak suami order makanan dari food delivery.

Kalau korang selalu order food delivery di mana? Saya selalu beli dari Foodpanda. Zaman sekarang dah mudah. Kalau malas keluar, dan takde mood nak masak apa, memang order Foodpanda lah senang. Banyak menu makanan ada kat situ.



Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^