Manicure & Pedicure di Salun Kuku Cutiecle The Nail Experts, The Mines

Hai dan salam sejahtera korang!

Lamanya kita tak bercakap tentang kecantikan. Bukan kecantikan wajah dan dalam saja nak kena jaga, malah kecantikan dan kebersihan kuku jari tangan dan kaki pun perlu jaga. Haritu saya bawa mak mertua saya buat rawatan kuku di Cutiecle The Nail Experts.

Cutiecle The Nail Experts ada 3 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Korang boleh pilih lah yang mana dekat dengan korang. Ada di IPC Shopping Centre, The Mines Shopping Centre dan Giant Hypermarket Kota Damansara.

So kalau korang memang tengah mencari kat mana nak buat kuku especially untuk muslimah yang berada di sekitar Seri Kembangan, Kajang, Cheras atau Balakong, boleh lah ke salun kecantikan kuku Cutiecle The Nail Experts cawangan The Mines macam saya.

Memang dah lama juga saya plan nak buat spa-day-out dengan mak mertua saya, nasib baik dia on saja. Mak pula memang pertama kali nak buat manicure dan pedicure, lagilah dia excited. Husband pun saya angkut sekali, ye lah siapa nak jadi tukang ambil gambar kan XD

Untuk korang yang nak tahu apa itu Manicure & Pedicure: 

Manicure: Rawatan kosmetik di tangan yang melibatkan membentuk/ memotong kuku jari dan ada yang akan mewarnakan kuku, buang kutikel dan melembutkan kulit tangan. 

Pedicure: Rawatan kosmetik macam manicure tetapi di kaki dan jari kaki.

Dalam Islam sendiri pun dan ajar tentang kebersihan diri, tak kisahlah dalaman ataupun luaran. Dapat banyak pahala tau sebab kita sayang diri dengan menjaga kebersihan diri. Untuk Muslim yang nak pahala extra, boleh datang pada hari sunat potong kuku seperti hari Jumaat.



Sebelum kami datang, kami dah buat tempahan di Facebook Cutiecle The Nail Experts untuk buat rawatan di cawangan The Mines. Bukan apa, takut penuh salun ni sebab kan masih dalam fasa PKP, lepas tu nak mudahkan kerja staff salun untuk atur slot.

Korang nak walk-in pun boleh, tapi kalau penuh kena lah tunggu. Untuk menjaga jarak sosial, hanya 4 pelanggan sahaja yang boleh masuk untuk satu-satu masa di cawangan ni. Memang jauh-jauh duduknya, saya dengan ibu duduk dekat sebab kami family.

SOP pun memang deorang jaga. Nak masuk kena scan aplikasi MySejahtera, lepas tu ada sanitasi tangan. Mask wajib pakai dan tak boleh buka semasa rawatan. Staff yang buat pun pakai mask dengan face sheild dan glove.



Ada banyak pilihan rawatan penjagaan kuku, tangan dan kaki kat sini. Ada Mani-Pedi, OPI Pro Spa Mani-Pedi, Gel Mani-Pedi, Gel removal service, Nail Extension dan Foot Spa Yang mesra Muslim pun ada seperti Classic Mani-Pedi.

Memula saya nak buat nail color sebab kat sini deorang pakai Orly Breatheable Nail Polish yang ada sijil Halal daripada American Halal Foundation (AHF). Bahan nail polish ni memang Halal, tapi masih tak telus air jadi tak bolehlah nak bawa solat. Kalau masa uzur bolehlah saya akan buat.

Jadi saya dan mak saya pilih untuk buat nail treatment & buffing. Rawatan ini katanya boleh tahan sampai 3 bulan. Recommended untuk korang buat rawatan kuku ni sebulan sekali.

Harga Rawatan Buffing Manicure & Pedicure 
(Rajinkan diri untuk tengok promosi, haritu offer RM138 sahaja!)
RM178.00

 

Mak mertua saya yang pertama kali nak buat rawatan kuku di Cutiecle The Nail Experts pun excited dengan pengalaman baru ni. Benda spa ni lagi best dapat buat dengan family atau kawan-kawan, barulah tak bosan duduk sorang je.

Korang tengoklah, kat bawah ada hasil tangan kami berdua sebelum dan selepas. Nak tengok proses macam mana kami dapatkan kuku cantik dan berkilat yang mesra wuduk macam ni, boleh sambung baca sampai habis.

Nota: Saya memang tak suka sangat potong kuku sampai habis, nanti sakit dan ngilu, itu bukan kuku saya yang panjang, memang saya jaga macam tu. Mak mertua saya pula memang suka kuku pendek habis. So kat sini korang boleh bagitahu pendek macam mana yang korang nak.

 


Of course masa kami datang haritu, juga ditemani dengan suami. Ye lah, siapa nak drive kan. Nanti kotor lah kuku saya *HAHA*. Lepas tu siapa nak ambil gambar kami berdua masa tengah buat rawatan. Lupa nak cakap, kat sini pun ada buat Mani-Pedi untuk lelaki tau.

Lepas settle dah decide untuk buat rawatan apa, iaitu Rawatan Buffing Manicure & Pedicure, maka kami pun dibawa masuk dan duduk di tempat yang disediakan. Dah duduk, selesakan diri sambil kaki rendam dalam air suam. Then mula...



Rawatan Buffing Manicure di Cutiecle The Nail Experts, The Mines

Step 1: Potong/ Trim Kuku & Cuticle.

Step pertama lepas dah duduk tu, adalah potong kuku. Since kuku saya memang tak panjang sangat, maka nail stylist tak potong, tapi dia shape sahaja ikut shape yang saya nak. Korang boleh inform samada korang nak bentuk kuku bulat ke, kotak ke, tiga segi ke. Saya suka bulat je.

Lepas dia dah asah dan bentukkan kuku, dia akan mula asah kuku dengan bail buffer. Proses ini supaya permukaan kuku kita yang kotor itu dibuang untuk dapatkan kulit kuku yang lebih bersih dan sihat. Proses ini tak digalakkan buat selalu sangat, cukup dalam sebulan sekali.


Step 2: Bersihkan Cuticle, Skrub & Cuci Tangan.

Cuticle/ Kutikel adalah merupakan kulit mati yang ada dibahagian antara kuku dan jari tangan dan kaki. Lepas dah potong kuku tadi, deorang akan potong lebihan isi kulit/ kutikel yang ada di tepi-tepi kuku korang dan akan tolak kutikel yang ada di permukaan atas jari.

Bila dah tolak kutikel ni, baru jari nampak bersih sikit. Lepas dah bersihkan tu, deorang akan skrub tangan korang, bersihkan kuku dan cuci tangan bagi bersih untuk step seterusnya.

 

Step 3: Apply Polish Cream, Buffing/ Polish & Letak Nail Vitamin/ Oil

Lepas kuku dah bersih, baru boleh mula buat kuku cantik dan bersinar. Kat sini, deorang ada pakai krim special untuk polish atau buff kan kuku korang supaya lebih berkilat dan bersinar. Selalunya salun kuku lain akan asah dan buff biasa sahaja, tapi kat sini dia polish krim ni.

Jangan risau, polish krim ni inshaAllah sah wuduk sebab dia tak letak sebarang lapisan di atas kuku. Konsep dia sama macam kalau kita pergi polish kereta. Krim putih tu, then dia polish pakai alat special dia. Dah settle polish, dia akan letakkan minyak/vitamin untuk kuku sihat.
 

Step 4: Apply Lotion & Urut Tangan.

Selepas dah letak vitamin untuk kuku tu, dia akan urut-urut sikit supaya meresap kedalam. Akhir sekali deorang akan apply losyen ke tangan korang dan urut sampai meresap. Part urut ni paling best. Dia akan ulang step yang sama untuk kedua-dua belah tangan.

 

Then settle part manicure. Done bergambar dengan kuku tangan yang berkilat, sambil nail stylish mulakan dengan rawatan untuk kaki pulak. Pedicure ni lagi exciting tengok sebab ye lah, kita paling jaga kebersihan tangan je, kaki ni kadang-kadang kita neglect sikit.

P/s: Jangan geli wei, tengok kulit mati/ callus kaki saya tau! Rasa puas hati betul dapat buang kulit mati yang degil dari kaki saya ni.

 

Rawatan Buffing Pedicure di Cutiecle The Nail Experts, The Mines

Step 1: Potong/ Trim Kuku & Cuticle.

Part ni lebih kurang sama macam dengan kuku tangan. Deorang akan potong, trim dan bentukkan kuku kaki dengan buffer dan buang kutikel dan kulit mati yang ada di kaki korang.

Kalau korang terfikir, tak bahaya ke buang kutikel/ cuticle ni, sebenarnya kalau korang tak reti nak buat memang bahaya sebab kutikel berada di kawasan yang menjaga kuku korang daripada benda benda jahat seperti bakteria. Sebab itu kena buat dengan orang yang pandai buat.


Step 2: Callus Removal & Skrub.

Salah satu step yang membezakan manicure dengan pedicure adalah pedicure ada callus removal ni. Callusatau kulit kaki yang keras ini selalunya terjadi dikawasan yang paling banyak kena tekanan atau geseran pada kulit. So kawasan callus ini akan jadi keras.

Selalunya callus jadi di tapak kaki. Kalau korang nak tahu samada korang ada ke tidak callus ini, tengok dan rasa tapak kaki korang, ada tak bahagian yang mengeras. Setengah orang takde rasa pape kalau ada callus, tapi ada orang akan sakit. 

Proses nak buang callus ni tak sakit sebab tadi sebelum mula kan dah rendam kaki dalam air suam, so kulit kaki dah lembut. Makanya, senang lah dia nak asah buang kulit mati di kaki korang. Lepas settle, dia akan skrub kaki sekali. Lepas treatment ni, bila pegang tapak kaki rasa lembut je.


Step 3: Apply Polish Cream, Buffing/ Polish & Letak Nail Vitamin/ Oil

Dah bersihkan kaki, baru dia mula buat buffing dan polish kuku kaki pula. Sama je step macam manicure, dia akan letak polish cream dan polish/ buffing pakai alat special yang mereka ada. Memang boleh instant nampak kuku terus berkilat dan tahan lama. 

Dan akhir sekali, dia akan urutkan naik vitamin tu dan letak losyen kat kaki korang. Part best juga sebab dapat pakej urut sekali. Takdelah urut lama, cukup untuk losyen meresap je.

 

Lepas dah siap tu, kemain mak dan saya ambil selfie tunjuk kuku memasing. Posing gambar pun dah macam posing nak membaca doa. Haha. Asalkan mak happy, maka suami dan saya pun happy. Korang pun boleh la bawa mak masing-masing untuk manjakan kuku kat sini.

Sekali sekala bolehlah belanja mak atau ayah buat rawatan tangan dan kaki kat sini. Penat deorang mencari rezeki untuk kita masa kita kecil dulu, ini benda kecik yang kita boleh gembirakan deorang.



Seronoknya tengok kuku tangan dan kaki saya. Sampai harini, dah 2 minggu buat rawatan buffing kat Cutiecle The Nail Experts pun masih lagi berkilat. Cuma kuku dah makin panjang lah, tapi masih lagi berkilat. Memang tahan lama.

Thank you so much kepada nail stylist saya, Cherry dan Angie yang dah cantikkan jari tangan dan kaki mak dan saya. Dahla friendly pulak tu, melayan je apa yang kami tanya. Jumpa lagi nanti!


Cawangan Cutiecle The Nail Experts:

1. Cutiecle The Nail Experts, IPC Shopping Centre;
L2-20, Level 2, IPC Shopping Centre, 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara
Contact: 018-396 8830 / 03-7733 6818

2. Cutiecle The Nail Experts The Mines;
L2-20, Level 2, The Mines Shopping Centre, Mines Wellness City
Contact: 018-327 2680 /03-8957 0818  

3. Cutiecle The Nail Experts Kota Damansara;
LG28/29, Ground Level, Giant Hypermarket, Kota Damansara
Contact: 018-327 2660 /03-6151 4666


Waktu operasi: Setiap hari (10AM-10PM)

Cutiecle The Nail Experts
Facebook: www.facebook.com/cutieclethenailexperts
Instagram: www.instagram.com/cutieclenailexpertskl




Till then,.
 

Post a Comment

3 Comments

Faeez Azmi said…
Best nya.. teringin nak buat full manicure & pedicure utk lelaki.. Nak gak kuku nmpk muka sendiri mcm cermin :p
adonie said…
Tq so much my dear for taking me along for my first mani-pedi treatment...
Memang best sgt! Recommended salon...👍
Love: Mom💖
adonie said…
Tqvm my dear for taking me along for my first mani-pedi treatment. It was a good & awesome experience for me.
Memang best sangat! Recommended salon.
Love: Mom🥰

FOLLOWERS