Yoodo Sponsor Team MLBB Geek Fam + Meet & Greet!

Hai korang!

Sempat haritu saya pergi ke Battle Arena, Jaya Shopping Center, Petaling Jaya sebab deorang ada buat event meet & greet bersama dengan pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dari kumpulan Geek Fam yang terdiri daripada 6 pemain muda yang hebat.

Geek Fam juga merupakan juara untuk piala MPL MY/SG Musim 3 dan merupakan pasukan pilihan untuk MPL MY/SG Musim 6 yang akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 25 Oktober 2020.


Siapa yang tak kenal dengan syarikat telco Yoodo yang merupakan syarikat perkhidmatan mudah alih ubah suai sepenuhnya yang pertama di Malaysia. Kaki Gamers mesti suka pakai pelan telco dari Yoodo sebab dapat ubah-suai mengikut keperluan sendiri.

Yoodo sebelum ini telah menaja dan menubuhkan 2 pasukan esports dalam tempoh 2 tahun yang lepas dengan penubuhan pasukan PUBG Mobile Yoodo Gank yang merupakan pasukan esports yang paling popular di Malaysia dan Yoodo FV.



MLBB Add-on Data untuk pengguna Yoodo

Khas untuk peminat dan pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), kini korang boleh bermain permainan MLBB dengan data tambahan yang korang boleh beli!

Dengan add-on yang baharu untuk pemain MLBB di Yoodo, iaitu 20GB data mudah alih 4G LTE untuk permainan MLBB, pemain kini boleh bermain game ini tanpa perlu fikir atau takut data habis semasa permainan.

Sempena dengan MPL MY/SG Musim 6, bermula dari 26 Ogos hingga 25 Oktober 2020, add-on MLBB ini boleh didapati dengan harga RM1 sahaja untuk 20GB Data dan khas pengguna bertuah yang beli add-on ini, 5 pemenang mingguan akan menang 1000 in-game Diamonds!

Harga biasa untuk MLBB Add-on ini adalah RM5 untuk 20GB Data.

 


Sebelum ini, Yoodo ada menaja pasukan Yoodo Gank untuk permainan PUBG Mobile. Dah sekarang ini mereka nak menaja dan membantu pasukan Malaysia, Geek Fam di dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Geek Fam sebelum ini pernah menjuarai MPL MY/SG Season 3 dan berjaya masuk ke pentas akhir untuk MPL MY/SG Season 5. Harapnya dengan sokongan daripada Yoodo, Geek Fam boleh menjuarai MPL MY/SG Musim 6 yang akan datang.


 

Pasukan MLBB Geek Fam dianggotai oleh 6 pemain berbakat iaitu: Dominus (Nik Aqieff) sebagai Kapten, Xorn (Muhammad Zul Hisham), OzoraVeki (Poon Kok Sing), Artz (Muhammad Nazmie), Feekz (Amirul Shafiq) dan Rumpel (Tai Ming Hong).

Untuk musim ke 6 ini, Geek Fam dilatih oleh jurulatih professional, Boneyyzz (Ahmad Syazwan Anuar) yang juga dikenali dengan nama ADTR semasa popular didalam permainan Dota 2 dan juga bekas jurulatih pasukan Malaysia untuk Sukan SEA 2019 untuk permainan Dota 2.


 

Selain itu, Yoodo juga turut menaja pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang paling popular sekarang sebagai Telco Digital Rasmi untuk MPL MY/SG Musim 6. Ini merupakan musim kedua berturut-turut Yoodo menaja kejohanan MLBB.

Kejohanan MPL MY/SG Musim 6 akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 25 Oktober 2020 akan menampilkan 6 pasukan dari Malaysia dan 4 pasukan dari Singapura. 

Pasukan ini bakal beraksi dan merebut gelaran juara MPL MY/SG Season 6 dan juga membawa pulang hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD100,000.



Majlis ini turut dihadiri oleh Mr Chow Tuck Mun (Head of Yoodo), Mr Sheng Wong (Head Business Development Geek Fam), pemain Geek Fam serta Media, dan juga peminat Geek Fam!

Bagus Geek Fam ada buat sekali dengan Media dan Meet & Greet untuk peminat Geek Fam yang bertuah. Untuk tahu jadual dan bila akan ada lagi sesi dari Geek Fam, korang boleh refer ke Instagram Geek fam: @geekfammy.



Untuk maklumat lanjut tentang Yoodo, 
Website: yoodo.com.my
Facebook: www.facebook.com/yoodoMY
Instagram: www.instagram.com/yoodoesports

Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS