Trip Pahang: Review Hotel Seri Malaysia Kuantan

Assalamualaikum semua,
 
Pengalaman pertama kali check-in di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang
 
Hotel Seri Malaysia (HSM) merupakan rangkaian hotel tempatan yang berkelas 2-3 bintang yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 2000 buah bilik di 21 buah hotel. Saya suka dengan HSM sebab semua orang boleh menginap kat sini sebab harga sangat berbaloi.
 
Ingat lagi, masa saya sekolah rendah zaman muda-mudi dulu, Hotel Seri Malaysia ni nampak gah dan rasa macam hotel 5 bintang, bila dah dewasa ni baru tahu yang hotel ni harganya sangat affordable dengan fasiliti yang banyak. Patutlah menjadi pilihan ramai orang.

Review Hotel Seri Malaysia Kuantan
 
HSM dimiliki oleh Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd dan ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Projek Hotel Kos Sederhana didalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK6) menerusi Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia.

Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu merupakan hotel pertama yang beroperasi pada 23 Januari 1995 dan masih kekal beroperasi sampai sekarang. Korang boleh jumpa Hotel Seri Malaysia di setiap negeri didalam Malaysia kecuali di Kelantan, Kuala Lumpur dan Sabah.
 

 
 
Pengalaman pertama kali check-in di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang mestilah excited sebab nak menginap di hotel kebanggaan Malaysia ni. Sambil tu saya nak tengok apa yang pihak HSM buat dalam musim pandemik ni di hotel mereka.

Hotel Seri Malaysia Kuantan terletak hanya 20 minit dari pekan Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, 10 minit dari Pantai Teluk Cempedak dan Berjaya Megamall, Kuantan. Lokasi HSM Kuantan memang strategik dengan pelbagai tempat tarikan di sekitarnya.
 

 
 
Ada 3 jenis bilik yang ada di Hotel Seri Malaysia Kuantan iaitu:  Standard twin, standard queen dan family room. Bilik standard  boleh muat 2 dewasa dan family boleh muat 3 dewasa sebab ada 1 katil queen dan 1 single bed.

Untuk trip kami kali ini, kami ambil bilik Standard Twin dengan 2 katil single.
Harga bilik Standard Twin: bermula dari RM 168 
Sekarang ada promosi, boleh dapatkan bilik dengan harga dalam RM100 sahaja!

Design dalaman untuk bilik HSM Kuantan memang simple, ringkas dan design lama tapi cukup la nak mewah buat apa tidur je pun kan. Barangan perabut seperti katil, kerusi dan meja sisi pun masih memakai design perabut kayu HSM yang lama.
 
 
 
Setiap bilik ada penghawa dingin ada flat-TV dengan siaran satelit. So far barang didalam bilik semua boleh digunakan dan bilik pun terjaga. Takut juga sebab hotel lama kot tak terjaga ke apa, tapi so far masa saya stay haritu semua okay je.
 
Korang juga boleh minta password untuk WiFi. Kelengkapan bilik pun lengkap. Ada toiletries, tandas duduk, shower air panas, cerek elektrik dan set teh-kopi. Untuk seterika, memang ada disediakan di luar bilik di setiap tingkat.
 
 

 
Antara kemudahan lain yang ada di HSM Kuantan adalah: Surau, kolam renang, 24H reception & CCTV, servis dobi, peti deposit keselamatan, tapak parkir percuma dan bilik mesyuarat.

Ada 4 buah bilik mesyuarat di HSM Kuantan dengan bilangan kapasiti yang berbeza mengikut event yang korang nak buat. Ada boleh muat dari 15 pax hingga 300 pax. Korang boleh contact Hotel Seri Malaysia Kuantan sendiri untuk quotation harga bilik meeting room.

Macam masa team kami datang haritu, ada Videography class dengan Pocket Production jadi lokasi aktiviti kami adalah di bilik Seri Sanggang yang boleh memuatkan meja untuk 40-60 orang peserta. Nama bilik dia pun unik, ada Seri Temerloh, Seri Pekan, Seri Sanggang dan Sanggang Perdana.
 
 
No wonder dulu kalau ada meeting atau event kerajaan je, mesti akan buat di Hotel Seri Malaysia, sebab harga ditawarkan tak mahal, dan boleh muat ramai orang. Tambah lagi, orang yang sertai meeting tu boleh terus menginap di sini. Jadi mudah la.

Kalau ada bawa anak kecil, boleh la bawa deorang mandi kolam renang luar yang berada di tingkat 1 HSM Kuantan. Kolam ni unik sebab kalau tengok bebetul, dia bentuk ♥. Paras air ada 2, ada yang cetek dan dalam sikit. Kolam ni tak besar sangat, so agak crowded masa saya datang haritu.
 

 

 
 
Kafe RASA RASA Seri Malaysia
 
Konsep, idea dan hidangan di RASA-RASA ini mendapat sentuhan dari Chef Selebriti tempatan, Chef Dr. Kamarul Hasni dengan konsep moden kontemporari berteraskan elemen tradisional dan menggabungkan pilihan hidangan setempat bersama sajian popular barat.

Cawangan RASA RASA Seri Malaysia hanya ada 6 cawangan di seluruh Malaysia. Uniknya, setiap cawangan ini menunya berbeza dan lain daripada cawangan lain. Setiap cawangan ada menghidangkan menu unik yang direka oleh chef yang berpengalaman.

1. RASA RASA Seri Malaysia Ipoh
2. RASA RASA Seri Malaysia Johor Bahru
3. RASA RASA Seri Malaysia Kuantan
4. RASA RASA Seri Malaysia Kulim
5. RASA RASA Seri Malaysia Sg. Petani
6. RASA RASA Seri Malaysia Alor Setar
 

 

 
Masa berada di HSM Kuantan tempoh hari, team kami berpeluang untuk makan tengah hari dan sarapan dengan menu yang dihidangkan di kafe ini. Jujur cakap, walaupun menu yang ditawarkan simple tapi sedap dan murah. Takde lah kering poket makan kat hotel ni.

Sepanjang berapa kali kami kat sini, memang kebanyakan kali kami makan di hotel sahaja. Adalah beberapa kali je makan di sekitar Kuantan ni. Memang puas hati, sedap dan kenyang makan kat sini. Tambah pula senang tak payah penat nak keluar.
 

Kalau korang tengok di RASA-RASA, mereka banyak mengetengahkan dan menggunakan bakat seni anak-anak tempatan seperti seni pembuatan pinggan mangkuk seramik, seni reka bentuk dalaman, seni pembuatan kayu dan besi, seni muzik dan seni halus. 

Banyak juga design menarik dan unik yang ada disini. boleh nampak ada gabungan konsep moden dan commercial brick design macam tu didalam hiasan dalaman di kafe ni.
 
 
Lagi best, orang luar yang tidak menginap di HSM Kuantan juga boleh dine-in atau tapau menu makanan dari Kafe RASA RASA Seri Malaysia Kuantan tau. Saya perhatikan, waktu sarapan orang paling ramai sebab kat sini ada hidangkan menu istimewa, Roti Sarang Burung.
 
Sarapan pagi memang disediakan untuk pelanggan yang menginap di Hotel Seri Malaysia Kuantan. Mereka menggunakan konsep warung pada waktu sarapan di HSM Kuantan. Antara menu yang menarik perhatian saya adalah: Roti canai, nasi lemak dan roti sarang burung.
 
Menu biasa lain seperti mee/ bihun goreng, bijirin sarapan dan susu, buah-buahan, puding, aneka kek pun ada tergantung ikut hari apa dengan jenis menu yang mereka akan hidang. Senang kata, memang kenyang lah makan kat sini.

 
 

 
 
Demo masakan daripada Chef di Kafe RASA RASA Seri Malaysia Kuantan
 
Bertuah team kami sebab bukan sahaja dapat merasa hidangan menu istimewa di RASA RASA Seri Malaysia Kuantan, malah dapat belajar macam mana nak masak dan hidangkan 3 menu special yang ada di cawangan HSM Kuantan. 
 
Kalau korang nak makan set ala-carte ni, pun boleh pesan sahaja. Antara 3 menu spesial yang kami belajar haritu adalah: Set mangkuk tingkat kambing bakar, Bihun sarang telur dan Pisang panggang gula melaka. Semua menu ni mudah nak buat dan of course sedap! 
 
 
✿ Set mangkuk tingkat kambing bakar

Set ini didatangkan khas didalam mangkuk tingkat dengan menu nasi putih kukus, dihidangkan bersama kambing bakar air asam utara, gulai asam pedas ikan kembung, sayur goreng campur, sambal belacan dan ulam-ulaman.
 

 
 
 
✿ Bihun sarang telur

Walaupun nama menu ni macam susah, tapi nak buat dia simple sahaja. Ambil bihun yang dah direndam/ lembut, kemudian salut dengan telur dan terus goreng sampai garing garing. Lagi lawa pakai la kuali yang leper supaya bentuk bihun tu lawa masa nak hidang.

Untuk sos pula, dia pakai kuah ala ladna. Hanya perlukan makanan laut yang korang suka, sayur-sayuran, sos tiram sikit, garam sikit, lada hitam sikit, tepung jagung nak bagi pekat sikit, air sikit, then siap lah! Mudah kan?
 

 
✿ Pisang panggang gula melaka.

Menu ini yang paling saya seronok nak belajar sebab masa rasa haritu punyalah sedap. Dahla mudah. Pisang panggang gula melaka ini dihidangkan bersama chocolate syrup, ais krim dan santan berkrim untuk rasa lemak yang umph!

Nak buat dia mudah sahaja. Hanya perlu 'bakar' pisang yang ditabur dengan gula melaka kedalam kuali yang diletakkan butter. Dah agak garing sikit, cukup boleh angkat dan makan. Lagi sedap, letak chocolate syrup dan pakai pisang yang manis.
 

 

Kalau ada pembaca yang memang menetap di Kuantan dan teringin nak cuba makan menu dari Kafe RASA RASA Seri Malaysia Kuantan, korang boleh order food delivery melalui aplikasi Food Panda atau delivery khas dari HSM Kuantan.
 
Ada banyak menu makan tengah hari yang menarik dan sedap yang korang boleh pilih. Untuk menu, boleh refer Facebook HSM Kuantan. Perkhidmatan penghantaran makanan bermula dari jam 11AM sehingga 3PM. Caj penghantaran bergantung kepada jarak kawasan.
 
Untuk tempahan RASA RASA Seri Malaysia Kuantan, korang boleh Whatsapp nombor berikut: 
📞 Puan Dyra: 0145200471
📞 Cik Diyana: 0169447593
📞 Cik Nurul: 0143393636


 
Entry ini diterbitkan khas sempena dengan FAM Trip 3H2M Hotel Seri Malaysia Kuantan-Temerloh pada 18 – 20 September 2020 anjuran Gaya Travel dan Hotel Seri Malaysia (HSM).

 
Hotel Seri Malaysia Kuantan
Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.
Contact: 09-5136666 

Website: www.serimalaysia.com.my/my
Facebook: www.facebook.com/hotelserimalaysiakuantan
Instagram HSM: www.instagram.com/rangkaianhotelserimalaysia
Instagram HSM Kuantan: www.instagram.com/hotelserimalaysiakuantan
 
 

 
 
With love,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

11 Comments

Ezna Khalili said…
Pernah menginapa Hotel Seri Malaysia kat Alor Star, Port Dickson dan Ipoh. Hotelnya bagi sis tahap mampu untuk menginap la. Kat Seri Malaysia Kuantan ni tak pernah lagi tiba. Banyak juga pilihan masakan tu.
halimah muhiden said…
Dah rindu nak travel dlm negeri, biasa gi Kuantan, ada kak ipar di sana tp blm pernah lg stay kat hotel tu
Encik Mus said…
ingatkan ada roti saja sarang burung.. bihun pun ada juga rupanya.. hotel seri malaysia saya pernah menginap yang di Lawas sahaja.. memang selesa..
Sis Lin said…
Kita suka Hotel Seri Malaysia seban dia seolah lebih kepada pengunjung tempatan Melayu kita, so kalau menginap di situ, rasa macam stay ala balik kampung je kann..
Decamellia said…
Simple betul dlm bilik HSM ni kan. Menu utk set ala carte tu menarik sgt. Paling menarik mihun sarang burung tu haaa. Boleh laa simpan menu tu utk list idea masakan nur
Cik Min said…
Alamak..roti sarang burung tu aduhai menggodanya lahai. Tp HSM makanan biasanya sedap2
Simple jer dekorasi hotel ni. Tapi tetap nampak menarik. Suka tengok seleksi makanannya yang pelbagai
Kitkat Nelfei said…
Menarik la staycation kat HSM Kuantan ni.. yang attract my attention so muchy is the makan2an yang mereka offers ye.. so wow! bukan biashe2.. siap ada roti sarang burung.. dan macam2 lagi..
saidila said…
Ehhh mengundang jeles orang Selangor nih.Dahlah memang rindu dengan Kuantan Pahang. Tak puas jelajah sebab tahu banyak yang best, HSM pun memang pemes sejak dahulu lagi. Antara rangkaian hotel faveret kalau pergi travel. Paling penting mesti ada swimming pool. OK masuk list sudah.
Ruby said…
Bestnya dapat bercuti! selesa betul hotel ni. tengok makanan pun dah syok. nanti nak plan ke Kuantan lah. bleh cuti cuti Malaysia.

FOLLOWERS