Hello dan salam sejahtera korang!
Siapa yang familiar dengan hiking ke Bukit Broga, mesti pernah nampak papan tanda Rabbit Fun Land (RFL) ni. Tapi sekarang RFL dah berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan yang terletak hanya 15 minit dengan kereta dari Bukit Broga.
RFL sangat sesuai untuk korang yang nak chill dan bersantai bersama dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Di sini, korang boleh dapat banyak pengalaman baru seperti suasana kampung, pegang-belai-bagi makan haiwan dan jadi kanak-kanak! ^_^
Menariknya di RFL, bukan sahaja korang boleh jumpa, berjinak dan bermain dengan rabbit/ arnab tetapi korang turut berpeluang untuk bermanja dan bergaul dengan banyak binatang yang dilepaskan disini. Memang binatang kat sini jinak-jinak sangat.
Harga tiket: RM12 seorang (Kanak-kanak bawah 2 tahun- Percuma)
Jangan lupa patuhi SOP yang disediakan dengan memakai pelitup muka (mask) okay! Make sure korang dah scan aplikasi MySejahtera untuk rekod dan juga periksa suhu badan sebelum masuk. Dah settle semua ni, baru boleh berseronok.
Rabbit Fun Land sebagai Zoo Mini
Di Rabbit Fun Land, ada binatang yang memang dibiarkan lepas begitu saja seperti ayam dan seekor kambing yang jinak macam kucing. Comel tau kambing ni. Ada juga binatang special yang dilepaskan pada masa tertentu seperti rusa.
Seronok rusa kat sini. Teringat masa suami dan saya ke Nara, Jepun dulu, jumpa rusa-rusa yang dibiarkan. Memang friendly rusa ni. Nak lagi best, boleh beli lobak merah untuk bagi rusa ni makan. Kalau ada banyak makanan, lagi banyaklah rusa akan duduk dengan korang.
Harga makanan binatang di Rabbit Fun Land:
Lobak merah (RM10.00)
Dedak ikan & ayam (RM5.00)
Saya yang dewasa ni pun punya excited dan seronok bagi makan, apatah lagi kalau ada budak kecik. Masa melawat ni, saya jumpa dengan pemilik farm land ni, Mr Jerry. Mr Jerry ada ajar saya tips ambil gambar 'romantik' dengan rusa. *refer gambar kanan dibawah*
Tak sah kalau datang ke Rabbit Fun Land tapi kalau tak jumpa arnab kan? Masa kami datang, arnab tengah rehat. Kalau bukan masa deorang rehat, memang boleh pegang dan main-main dengan arnab ni. Arnab memang comel, tapi bau dia, pheww. Jadi lepas pegang jangan lupa basuh tangan ye.
Arnab atau kelinci tergolong didalam golongan haiwan mamalia. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.
Satu benda menarik untuk pengetahuan korang, kat sini deorang ada jual daging arnab. Siapa yang teringin nak rasa boleh lah cuba. Signature dish kat sini yang korang boleh cuba adalah satay arnab dan bihun goreng arnab.
Ada masa dia, unta ni pun deorang keluarkan juga. Sayangnya masa kami datang untuk tak dikeluarkan. Tapi takpe kami dapat bergaul dengan rusa pun cukup seronok dah. Sampai tudung saya pun geng rusa tu nak makan. Mentang-mentang warna oren, ingat carrot ke.
Pertama kali saya bagi makan unta. Rare betul pengalaman ni. Selalu kalau di zoo, memang boleh tengok unta dari jauh, ni siap boleh main peluk-peluk lagi. Baru tahu rasa kulit unta macam mana Unta ni pun jinak, pandai senyum & bodek nak makanan.
Lepas dah puas bagi haiwan makan, ataupun tak puas tapi makanan dah habis, boleh la rehat kejap sambil main aktiviti yang ada disini. Bagus fasiliti yang RFL ada, sesuai sangat untuk anak-anak yang aktif tu, kalau deorng bosan tengok haiwan, boleh bagi main dulu.
Korang/ atau anak korang juga boleh main aktiviti yang ada disini iaitu: Mini slide, net climbing, titi gantung, main di taman permainan, trampoline, wall climbing, sliding swing (RM8.00) ataupun naik kuda pony (RM8.00).
Sebenarnya, banyak sangat haiwan dan binatang yang ada disini yang saya tak muat nak letak gambar. Korang boleh jumpa itik, ayam, lembu, seladang, kambing, kancil, burung merpati, kuda pony, keldai, burung unta, burung merak, ikan keli yang besar gila, ayam belanda dan banyak lagi.
Ingatkan hanya rusa biasa je ada, tapi rusa bintik atau chital pun ada. Comelnya, sebijik macam rusa yang ada dalam cerita Snow White ni. Siap ada chintal jantan yang hensem dengan tanduk antler yang bercabang. Patutlah ada 4 ekor bini kat sebelah XD
Organic EM Vegetable Farm
Harga tiket: RM10 setiap orang.
*Maksima 500gm sayur untuk dikutip*
Paling best sekali di Rabbit Fun Land adalah korang dapat menikmati dan merasa pengalaman memetik hasil tanaman sayuran sendiri dan makan sayur yang dipetik tadi. Deorang ada buat servis memasak sayur yang korang petik tadi tu.
Boleh petik 500gm sayur, kalau lebih kena la bayar lebih. Lepas tu boleh minta tolong chef kat cafe masakkan sayur tu. Sedap tau makan sayur fresh baru petik. Nak makan menu lain pun ada seperti ayam, daging arnab dan banyak lagi. Lunch kat sini lepas penat explore farmland.
Kalau korang berkesempatan, datanglah ke Rabbit Fun Land yang terletak
hanya di Lenggeng, Negeri Sembilan. Tak jauh pun daripada KL dan
Selangor. Berbaloi sangat, especially kalau ada anak-anak yang suka
haiwan, memang best.
Harga tiket masuk pun sangat berbaloi dengan pengalaman yang korang akan dapat. Kalau bawa keluarga besar pun tak kering poket sebab RM10 sahaja seorang.
Waktu operasi:
Selasa- Jumaat (9.30AM-5.30PM)
Sabtu, Ahad & Cuti Awam (9.30AM-6.30PM)
Isnin- Tutup
Rabbit Fun Land
Contact: 012 6362833 (Jerry Wong)
N34, Kampung Sungai Gunung Machang Ulu, Lenggeng, Negeri Sembilan.
With love,
0 Comments