Hello beautiful people!
Siapa yang selalu follow blog saya mesti tahu yang saya memang sangat suka ke facial spa untuk wajah. Memang la kita dah jaga dengan memakai skin care, tapi kadang-kadang bila pergi spa tu dapat membantu lagi kulit muka kita.
Sebelum ini saya pernah beberapa kali ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras untuk mencuba beberapa rawatan facial disini. So far memang saya berpuas hati dengan hasil dan harga yang ditawarkan. Murah dan berkelas tinggi tau.
Sebab
lama sangat tak melawat spa ni, terkejut saya bila datang sebab dah ada
nafas baru dengan rekaan dekorasi yang baharu. Pemilihan warna yang
moden membuatkan saya rasa mcam berada di spa di luar negara. Haha.
Lupa nak pesan, disebabkan untuk menjaga SOP dan penjarakan sosial antara pelanggan di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, mereka tidak menerima pelanggan yang nak walk-in tau. So kalau korang berminat, jangan lupa untuk buat temu janji sebelum datang.
Sebelum mulakan rawatan, dah sampai tu kena la register dulu. Therapist beautician akan tengok kulit korang dan akan sarankan rawatan apa yang sesuai dengan kulit muka. Masa saya datang ni memang saya dah aim nak cuba Rawatan DNA Salmon Mesotherapy Skin Booster.
Lepas dah tengok tu, makanya kulit wajah saya sangat sesuai nak buat rawatan Rawatan DNA Salmon Mesotherapy Skin Booster di The Beauty Expert Academy Spa. Masalah kulit muka saya haritu sebab nampak kusam, bekas jerawat, kulit kering dan eyebag.
Pengalaman mencuba Rawatan DNA Salmon Mesotherapy Skin Booster Treatment.
Kalau
beberapa tahun lepas popular dengan stem cell, sekarang mereka dah
pakai lemak ikan salmon atau DNA salmon dalam rawatan Mesotherapy Skin
Booster. Rawatan yang menggunakan mesin bio derma gun yang memakai jarum
nano yang sangat halus.
Rawatan mesotherapy di The Beauty Expert
Academy Spa Cheras menggunakan serum lemak ikan salmon. Ikan salmon
memang kaya dengan protein berkualiti tinggi dan asid lemak omega 3
untuk kulit yang sihat dan glowing.
Sebab
itulah mesotherapy skin booster treatment yang menggunakan lemak ikan
salmon memang dah terbukti sangat bagus dalam membantu masalah seperti
kulit kering, kusam, pigmentasi dan kedutan.
Rawatan
DNA Salmon Mesotherapy memang makin ramai peminatnya sebab memang boleh
terus nampak kesannya walaupun dalam 1 kali rawatan sahaja.
Kesan rawatan pun boleh kekal sampai 3-6 bulan. Best lagi bukan saja dapat manfaat daripada DNA salmon tapi juga vitamin tambahan yang ada didalam serum yang digunakan di dalam rawatan ni.
Step 1: Cleansing
Step 2: Scrub
Step 3: Extraction
Salah satu sebab kenapa saya suka datang buat facial di spa adalah sebab step kat atas ni especially extraction. Rasa best bila ada therapist berpengalaman yang godek-godek muka untuk tengok apa masalah kita. Ye lah, kadang kita bukan perasan sangat walaupun itu muka kita.
Step 5: Face & neck massage
Salah satu rawatan yang saya tunggu dalam full pakej rawatan spa di The Beauty Expert Academy Spa Cheras adalah face dan neck massage dia. Urut ni tak lama, tapi setiap point yang therapist urut tu memang melayang-layang sedapnya.
Step 6: Ice ball treatment
Saya tak pasti nama betul dia apa, tapi fungsi dia sama dengan ice ball yang biasa sejuk tu. Cuma yang ni dia pakai mesin jadi lebih moden dan lebih mudah nak pakai. Bagus la pakai ice ball lepas extraction sebab boleh kurangkan kemerahan pada muka.
Step 7: DNA Salmon Mesotherapy (Placentex Skin Booster Treatment)
DNA Salmon Mesotherapy merupakan kaedah rawatan yang menggunakan mesin bio derma-gun dengan menggunakan serum lemak ikan salmon. Dengan menggunakan mesin derma-gun, mampu membantu meresapkan serum ini jauh ke akar kulit muka.
Mesotherapy sebenarnya marupakan satu kaedah teknik rawatan yang menggunakan vitamin, enzime, hormone dan ekstrak tumbuhan untuk disuntik ke dalam kulit dengan tujuan untuk meremajakan dan menegangkan kulit.
Teknik ini telah dijumpai oleh Dr. Michel Pistor, yang merupakan seorang doktor berasal dari France, yang mula-mula memperkenalkan teknik ini pada 1952 dengan tujuan untuk mengurangkan rasa sakit kepada pesakit beliau.
Tapi sekarang sebab zaman dah maju, dah di The Beauty Expert
Academy Spa Cheras pun merupakan sebuah pusat kecantikan spa tanpa suntikan pertama di Malaysia, maka sebab itu mereka menggunakan mesin bio derma gun dengan jarum sehalus nano.
Nano needle ni memang takkan buatkan kulit korang luka langsung dan rawatan pun tak sakit macam sulam bedak sebab jarum sangat halus tapi cukup untuk serum masuk dan meransang pertumbuhan kolagen di dalam kulit. Rasa dia macam kertas pasir je. Serious tak sakit.
Hasil rawatan memang boleh nampak terus selepas rawatan. Antara hasil yang saya nampak sendiri adalah: Pipi nampak lebih naik dan anjal, kulit pun lebih anjal dan bouncing, pori lebih kecil, kulit lebih lembap dan cerah, dan eye bag memang kurang sangat.
Antara kebaikan utama menggunakan lemak ikan salmon adalah serum ini mampu meransang kolagen dan boleh menegangkan kulit muka dengan sekelip mata. So bila habis je rawatan, memang boleh nampak kesan tu serta-merta.
Antara manfaat lain yang korang boleh dapat melalui rawatan placentex skin booster yang menggunakan lemak ikan salmon adalah:
🌞 Membantu pembaharuan kulit dan tisu.
🌞 Membantu merawat kulit sensitif dan sunburn akibat cahaya matahari.
🌞 Membantu merawat kerosakan kulit dengan meningkatkan kadar baik pulih kerosakan kulit.
🌞 Anti penuaan dan merawat kulit kusam.
🌞 Menegangkan dan memutihkan kulit dengan serta merta.
🌞 Membantu masalah kulit yang sangat kering.
Step 6: Cooling & masking
Macam biasa, cooling dan masking penting untuk setiap rawatan sebab nak bantu sejukkan kulit muka yang dah penat dengan rawatan yang kita dapat tadi. Mask yang mereka pakai special sebab home-made sendiri mengikut jenis masalah kulit pelanggan.
Sebenarnya mama pun teringin sangat nak buat rawatan ni, tapi masa consultation, beautician tak benarkan sebab takut kulit mama tak biasa dengan rawatan. Jadi untuk pertama kali ni, deorang recommend mama untuk cuba Gleaming Therapy.
Gleaming Therapy di The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Gleaming therapy yang pakai cahaya LED untuk membantu merawat masalah
kulit tanpa kesan sampingan dan tanpa rasa sakit. Setiap warna cahaya
LED ada fungsi yang tersendiri. Ada 4 warna yang dipakai untuk rawatan ini: Red, Yellow, Green & Blue.
Step 1: Cleansing
Step 2: Scrub
Step 3: Extraction
Macam biasa, step kat atas ni penting untuk memulakan setiap rawatan facial untuk memastikan sebarang produk atau rawatan mudah meresap dan diterima oleh kulit kita. Selain tu, step ni juga penting untuk dapatkan kulit muka yang lembut dan mulus gitu.
Step 4: Ice ball treatment
Ice ball ni sejuk je, lebih kurang sama dengan modern ice ball yang saya buat cuma ni pakai bebola kaca. Sedap tau benda ni bila letak kat muka memang ada kesan sejuk tu. Ice ball ni bagus juga untuk merangsang pengaliran darah dan sistem limfatik pada kulit muka.
Step 5: Gleaming Light therapy
Macam mama, therapist bagi rawatan cahaya merah/ red light untuk keadaan kulit muka yang berfungsi untuk meningkatkan kadar oksigen, mengaktifkan sel, mengurangkan kedutan & meningkatkan kadar penyerapan produk.
Step 6: Cooling & masking
Lepas dah habis rawatan semua, mask dipakaikan untuk sejukkan kulit muka selepas rawatan. Masa ni boleh la sambung tidur sebab memang selesa. Mask pun sejuk je.
Pengalaman mencuba gleaming therapy di The Beauty Expert Academy Spa memang best. Spa ni mesra muslimah dah lokasi pun dekat sangat dengan kawasan rumah saya di Alam Damai. Harga pun murah dan not bad dengan servis yang mereka ada.
Bila buat gleaming therapy ni tak adalah nampak impak yang banyak sangat. Tapi bila pegang je muka akan rasa lebih fresh dan bersih. Kita pun akan feeling lebih rileks dan happy sebab dah bermanjakan diri di spa. Mama tambah lagi happy sebab anak belanja XD
Selesai rawatan di spa muslimah Alam Damai The Beauty Expert Academy Spa Cheras ni, yang bestnya, deorang akan siap pakaikan sun screen lagi. Jadi lepas sesi spa kalau nak keluar pun tak adalah muka kosong tanpa perlindungan.
Lepas tu siap ada hidangkan teh halia sedap lagi. Berapa kali mama tambah sebab refreshing dan sedap. Dalam kereta masa balik tu asyik burp je sebab teh halia. Haha.
Jemput juga baca rawatan lain yang pernah saya buat di spa muslimah di Cheras, The Beauty Expert Academy Spa Cheras ini:
🌸 Pengalaman Mencuba Rawatan Sulam Bedak Korea:
https://www.nurulzayani.com/2019/05/pengalaman-mencuba-rawatan-sulam-bedak-di-cheras.html
🌸 Saya Cuba LED Phototherapy & Detox Treatment:
https://www.nurulzayani.com/2019/08/saya-cuba-led-phototherapy-detox-treatment.html
https://www.nurulzayani.com/2019/05/pengalaman-mencuba-rawatan-sulam-bedak-di-cheras.html
🌸 Saya Cuba LED Phototherapy & Detox Treatment:
https://www.nurulzayani.com/2019/08/saya-cuba-led-phototherapy-detox-treatment.html
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM), Sabtu & Ahad (10AM-6PM)
The Beauty Expert Academy Spa Cheras
No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.
Facebook: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
Instagram: www.instagram.com/thebeautyexpertcheras
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM), Sabtu & Ahad (10AM-6PM)
The Beauty Expert Academy Spa Cheras
No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.
Facebook: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
Instagram: www.instagram.com/thebeautyexpertcheras
With love,
12 Comments