Dah Boleh Beli Produk JBL di Malaysia

Hello korang!

Selama lebih daripada 70 tahun, JBL merupakan sebuah syarikat audio yang berpengalaman didalam produksi audio samada secara professional, untuk barang rumah, automotif dan barang multimedia.
 
JBL merupakan satu-satunya jenama produk audio gaya hidup yang ada semua jenis produk audio untuk semua keperluan. Korang boleh pakai produk JBL untuk mendengar muzik secara sendiri atau bersama dengan orang lain, tengok filem, gaming dan banyak lagi.

Lagi awesome, sekarang korang dah boleh dapatkan lebih daripada 30 jenis produk JBL di Malaysia! JBL menawarkan produk audio gaya hidup dari pelbagai kategori termasuklah: Headphones, Bluetooth speakers, Party Box series, JBL Quantum Gaming series, sound bars dan true wireless earphones.
 
JBL ni dulu pernah masuk Malaysia dah, tapi lepas beberapa tahun tu, deorang dah tak available di Malaysia, tapi bermula Mac 2021, pengguna dah boleh dapatkan produk JBL di pasaran Malaysia.
 
Berita ini memang bagi ramai peminat produk audio excited nak dapatkan produk JBL sebab jenama ini memang terkenal dengan kualiti audio dan produk yang bertaraf tinggi. Bukan itu saja, produk JBL juga sangat mesra poket tau.
 
JBL ni kalau kat luar negara menang sangat terkenal sampai telah digunakan untuk acara seperti Woodstock dan konsert di Madison Square Garden dan sebagai speaker di permainan di Yankee Stadium.

JBL ada daripada headphone wired dan wireless, portable speaker, soundbar, wired dan wireless earphone, gaming headphone dan earphone yang korang boleh pakai tak kira untuk situasi yang macam mana pun.
 

 

 
Party Box & Portable Speaker: Street dance by LEGO Sam x Mustang Dance Academy
 
Acara kami dimulai dengan persembahan oleh  LEGO Sam dan Mustang Dance Academy. Rasa exciting sebab dapat tengok persembahan pemenang pingat Emas Sukan SEA 2019 walaupun secara dalam talian. Memang unik break dance dia.

Menariknya persembahan kalini, koreografi untuk persembahan ini menggunakan Party Box dan Portable Speaker daripada JBL sesuai dengan fungsi produk ini yang mudah nak bawa speaker ini kemana sahaja selain dapat memberikan bunyi yang awesome.
 
Produk JBL Party Box & Portable Speaker: 

Party box:
🎼 Party Box 1000
🎼 Party Box 310
🎼 Party Box 100
🎼 Party Box On-the-Go 

Portable Speaker:
🎶 GO 3
🎶 Clip 4
🎶 Flip 5
🎶 Charge 4
🎶 Pulse 4
🎶 Xtreme 3
🎶 Boombox 2




Headphones & Earbuds: Fitness Workshop by Babel
 
Ada banyak pilihan headphone dan earbuds yang korang boleh dapatkan di JBL tergantung kepada keperluan korang. Ada jenis yang korang boleh gunakan untuk aktiviti seharian, dan ada juga yang korang boleh pakai untuk buat aktiviti yang lebih lasak ikut jenis apa.
 
Untuk segmen fitness bersama dengan Babel, sebuah gimnasium di TTDI, Kuala Lumpur, deorang ada demo sikit macam mana headphone dan earphone ini punya keselesaan dan grip kalau korang nak pakai buat aktiviti sukan yang ringan dan lasak.
 
 Lifestyle headphone:
🎧 Live 660
🎧 Live 460
🎧 Tune 750BT
🎧 Tune 700BT
🎧 Tune 215BT
🎧 Tune 125BT

 Sport headphone:
🎧 Endurance series - Run
🎧 Endurance series - Run BT
🎧 Endurance series - Sprint
🎧 Endurance series - Dine
🎧 Endurance series - Peak II
🎧 Under Armour x JBL - UA True Wireless Flash X
🎧 Under Armour x JBL - UA Sport Wireless Train



Untuk korang yang mencari sesuatu yang lebih kepada lifestyle untuk kegunaan harian, boleh cuba range daripada professionl headphone dan true wireless headphone yang ada banyak fungsi extra untuk kegunaan seharian korang.

Antara fungsi menarik yang korang boleh consider adalah: Adaptive noise cancelling, true wireless tanpa lagging, dual mic technology, pure bass sound, ambient aware & talk thru, touch control dan banyak lagi fungsi menarik yang ada pada lifestyle headphone JBL.

Professional headphone:
🎧 Club ONE
🎧 Club 950NC
🎧 Club 700BT

True wireless headphone:
🎧 Tune 225TWS
🎧 Tune 125TWS
🎧 Tune 115TWS
🎧 Live Free NC+TWS
🎧 Free II
 

 
Soundbar: Tech Talk with Adam Lobo
 
Salah satu segmen yang paling saya dan suami tak sabar nak dengar adalah segmen mengenai soundbar sebab kami memang tengah survey untuk tambah soundbar dengan sound system untuk rumah. Soundbar yang JBL ada pun memang cukup menarik dan mesra poket.
 
JBL ada menawarkan pelbagai jenis dan fungsi untuk soundbar, sesuai untuk keperluan dan kegunaan jenis apa yang korang cari. 
 
Soundbars:
♪ BAR 9.1 - True wireless surround 9.1 channel soundbar system with Dolby Atmos
♪ BAR 5.1 - 5.1 channel soundbar with Multibeam sound technology Surround
♪ BAR 5.0 - 5.0 channel soundbar with Multibeam technology & virtual Dolby Atmos
♪ BAR 2.1 - Deep bass 2.1 channel soundbar with wireless subwoofer.
♪ BAR 2.0 - All-in-one compact 2.0 channel soundbar.
 

 

Gaming: Kolaborasi bersama ESL
 
Sebagai gamer, yang main Dota 2, saya sangat teruja bila dapat tahu yang ONE Esports, mengumumkan kolaborasi bersama dengan JBL untuk kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore Major yang dianjurkan oleh PGL, pada 27 Mac hingga 4 April 2021.
 
ONE Esports merupakan sebuah anak syarikat dibawah ONE Championship™ (ONE), yang juga merupakan sebuah syarikat media sukan yang terbesar didalam Asia.
 
Sebagai pengguna JBL dan pemain Dota 2, memang saya excited bila tengah tengok perlawanan ni, dan nampak produk JBL yang digunakan oleh host, caster dan pemain. Saya tahu produk JBL memang bagus dan sound memang puas dengar.

Gaming headset JBL Quantum:
🎮 JBL Quantum Sphere 360
🎮 JBL Quantum Surround
🎮 JBL Quantum ONE
🎮 JBL Quantum800
🎮 JBL Quantum 600
🎮 JBL Quantum 400
🎮 JBL Quantum 300
🎮 JBL Quantum 200
🎮 JBL Quantum 100
🎮 JBL Quantum DUO

 
 
Pengalaman menggunakan  JBL Waterproof Portable Speaker GO3.

Saya berpeluang untuk menggunakan produk terbaru, JBL Waterproof Portable Speaker model GO3. Model ini merupakan salah satu koleksi speaker yang kalis air dan kalis habuk yang dikenalpasti dengan kod IP67.

Speaker ni memang seronok nak explore dan guna. Mudah nak connect ke telefon pintar dan komputer riba yang ada bluetooth. Tapi sayang tak boleh direct connect menggunakan kabel, so kalau komputer tak ada bluetooth, memang tak boleh connect.

Connection time untuk sambung ke telefon pintar sekejap saja, tak sampai 5 saat on terus sambung, so ini plus point. Design GO3 ni kecil dan portable, mudah nak bawa kemana-mana sebab kecil tapi bunyi best A+++ untuk jenis portable speaker.
 
Play time dalam 5 jam, nak charge disediakan USB Type-C, jadi memang lain daripada yang lain. Nak charge pun tak makan masa yang lama sebab pakai USB type-C. Bunyi jangan cakap, memang syok dan layan. Sangat berbaloi dengan harga semasa, RM179.


 

 
JBL Malaysia juga berkolaborasi bersama dengan Tropicana Corporation Berhad, Babel dan artis seperti Mustang Dance Academy dibawah kempen baru yang diberi nama #JBLPeople untuk mempromosikan komuniti JBL di Malaysia.
 
 
 JBL Malaysia
Website: www.jbl.com.my
Shopee: shopee.com.my/jbl.os
Lazada: www.lazada.com.my/shop/jbl
 
Dapatpak produk JBL Malaysia di kedai retail seperti: 

CG Computer, Machines, PC Image, Fotoflash, Vivid, Viewnet, ALL IT, AI Home, Access Mobile, AV World, Foto Shangri- La, I-Store, Jaben, IT One, Loop, Multics, Sprint Cass, Telstar, TMT, Worldpro, AI Sound, One Living, Seng Electric and Keck Seng, etc.
 
 
 
Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^