Hi korang!
Pada 31 April 2021 yang lepas, saya dijemput pihak vivo Malaysia untuk ke tayangan perdana filem pendek kedua daripada vivo Malaysia, “The Incident” di Golden Screen Cinemas (GSC), 1 Utama.
Filem pendek ini merupakan filem arahan Chong Keat Aun yang pernah memenang anugerah Best New Director pada 57th Golden Horse Awards. Menariknya lagi, filem ini dirakam 100% dengan menggunakan kamera telefon pintar vivo X60 Pro.
Rasa excited sebab lama sangat tak tengok movie, walaupun filem pendek. Jangan risau sebab event ini dikendalikan mengikut SOP dan dengan kebenaran pihak yang berwajib. Memang semua kat sini pakai mask setiap masa kecuali masa nak ambil gambar sekejap.
Filem pendek “The Incident” yang berdurasi lebih kurang 14 minit ini dibintangi oleh barisan pelakon yang bukan biasa-biasa tau.
Ada finalis Miss Universe Malaysia 2015, Pauline Tan, pelakon kanak-kanak cilik, Phua Chandler, pemenang Best Actor award di 22nd Shanghai International Film Festival’s Asian New Talent Award, Yuan Teng dan ada juga cameo oleh pelakon dan penyanyi kesayangan ramai, Adibah Noor.
Pelakon dan Talent “The Incident”:
Pauline Tan sebagai Yee Cheng;
Phua Chandle sebagai Kah Onn;
Yuan Teng sebagai suami Yee Cheng;
Adibah Noor sebagai Wani.
Sinopsis Filem Pendek 'The Incident':
“The Incident”, yang diinspirasikan dari kisah benar yang menceritakan tentang kisah menyayat hati tentang seorang ibu tunggal yang bekerja keras untuk menyara anak lelaki tunggalnya selepas kematian suami semasa pandemik.
Pelakon utama, pengarah, pecipta dan penyanyi lagu tema filem ini turut hadir semasa majlis yang diadakan di GSM 1 Utama tempoh hari. Bestla dapat tengok filem ini bersama dengan pelakon dan dengar cerita yang deorang kongsikan semasa sesi pergambaran filem ini.
Gambar bawah, dari kiri: Pauline Tan, Phua Chandler, Chong Keat Aun, Firdaus Farmizi dan Yise Loo.
6 Fakta Menarik Tentang 'The Incident'
1. ‘The Incident’ dirakam hanya dalam 2 hari sahaja!
2. Penyanyi-penulis lagi, Loo mencipta lagu “Light of Hope” dengan masa kurang daripada 24 jam.
3. Fei Dao Er baru sahaja belajar untuk menyanyi didalam Cantonese untuk lagu tema, “Light of Hope”. Kebiasaannya, Firdaus fasih bercakap dan menyanyi didalam Mandarin.
4. Finalis Miss Universe 2015, Pauline telah melakukan sehabis baik untuk karakter Yee Cheng walaupun ini merupakan pengalaman pertama beliau belakon watak yang kurang mekeup.
5. Pauline sebenarnya pandu bawa motosikal sendiri semasa pergambaran.
6. Ada satu shot tu, dirakam dengan cara meletakkan vivo X60 Pro didalam longkang untuk dapatkan pandangan perspektif untuk penonton. vivo X60 Pro yang sangat nipis dengan ultra-thin body of 7.36mm, memudahkan proses merakam filem pendek ini.
Telefon pintar vivo X60 series telah dilancarkan di Malaysia pada 22 March 2021.
vivo X60 series telah menunjukkan pelbagai ciri menarik yang kita boleh nampak didalam filem ini seperti rakaman yang stabil, dengan bantuan fungsi X60 Gimbal Stabilization 2.0 dan fungsi Extreme Night Vision 2.0
Korang boleh tonton filem pendek ‘The Incident’ di Facebook page vivo Malaysia atau YouTube channel vivo Malaysia.
vivo Malaysia
Website: http://www.vivo.com/my/
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Youtube: https://www.youtube.com/user/vivoMobileMalaysia
Till then,
14 Comments