Kitsui Vitamin C

Selamat sejahtera korang!

Lately memang selalu rasa badan tak sihat, tambah pula bila dah meningkat dewasa ni nampak banyak perubahan dan tanda-tanda kurang Vitamin C didalam badan seperti rasa cepat letih, sakit sendi, kadang-kadang masalah gusi, kulit makin selalu naik jerawat dan kering.

Saya ni sebenarnya jenis yang immune badan tak kuat sangat. Kalau sekali saya sakit tu, memang lambat nak baik sebab masa saya 12 tahun dulu, saya ada buat pembedahan buang tonsil. Tonsil merupakan organ pertahanan tubuh kita yang pertama sekali.

Memang dah lama juga plan nak mula consume Vitamin C untuk menguatkan imuniti badan untuk kesihatan yang lebih sihat dan cergas, sampai lah haritu ada kawan yang cadangkan saya cuba Kitsui Malaysia yang dah ada pengalaman lebih daripada 20 tahun dipasaran.
 
Review: Kitsui Vita C+ Shine
 Kitsui Vitamin C
 
Selalunya, orang dapat Vitamin C ni daripada makanan seperti sayuran dan buah-buahan, tapi ye lah tak semua orang akan makan buah atau sayur setiap hari kan. Sebab itulah penting juga untuk ambil makanan tambahan.

Kitsui Malaysia ni bagus juga sebab produk mereka dijamin Halal dan bebas hormon, pengawet, gluten, bebas GMO (genetically modified organism) dan tanpa antibiotik. Tambahan pula produk mereka memang lulus ujian makmal.

Produk Vitamin C dari Kitsui Malaysia adalah Vita C+ Shine. Vita C+ Shine yang dihasilkan daripada formulasi terkini dari Korea ini menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk menjadikan produk ini didalam bentuk serbuk.
 

Cara buat dia pun unik sebab dengan menggunakan teknologi dan buah yang khas dari Itali, Vita C+ Shine dihasilkan menggunakan mesin vakum, dan bukannya mesin vakum alkohol yang kebanyakan jenama lain pakai.

Vita C+ Shine merupakan minuman campuran botani yang mengandungi oren, lemon, mangga, nenas, buah kiwi, buah delima, acacia gum (Gum arabic), Vitamin C (Ascorbic acid), Vitamin B, Vitamin D, Vitamin A, Kalsium dan Zink.

Vita C+ Shine mengandungi 6 jenis buah yang kaya dengan Vitamin C semulajadi yang memberikan jumlah keseluruhan Vitamin C sebanyak 1000mg di dalam Kitsui Vita C+ Shine, antaranya ialah:
 
🍅 Buah delima 200mg
🥝 Buah Kiwi 150mg
🍊 Buah oren 100mg
🍍 Nenas 150mg
🥭 Mangga 150mg
🍋 Lemon 150mg



Selain daripada membantu menguatkan sistem imuniti badan, kebaikan kandungan buah-buahan yang ada didalam Kitsui Vita C+ Shine juga boleh membantu:

Mencantikkan kulit, menjaga kesihatan mulut dan gusi, baik untuk kesihatan mata, membantu mencergaskan badan, antioksidan, mengurangkan tanda-tanda penuaan, membantu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB, melawan dan mencegah kerosakan akibat radikal bebas.
 
Ramuan: Serbuk susu lemon, serbuk mangga, Fruktosa, Maltodextrin, serbuk jus oren, serbuk kiwi, serbuk delima, serbuk nenas, acacia gum, Vitamin C, Vitamin A, Vitamin D3, Vitamin B12, Vitamin B2, Vitamin B6, Kalsium, zat besi (iron), Magnesium, Zink.
 
 

 
1 Kotak Kitsui Vita C+ Shine ada 10 sachets/ 15g
 
Cara penyediaan:
Campur 1 paket (15 grams) kedalam 150ml air suam atau sejuk, goncang sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan. 
 
🏷️ 1 paket sehari, selepas sarapan atau sebelum tidur. 
🏷️ Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.
🏷️ Mereka yang sedang menyusu, sedang mengambil ubat, hamil atau kemungkinan hamil, sila rujuk nasihat doktor atau penasihat perubatan sebelum ambil.
 
 


 
Produk review Kitsui Vita C+ Shine:
↬ Rasa yang tidak terlalu manis dan sedap diminum.
↬ Bau buah-buahan dan fruity.
↬ Harga yang berpatutan iaitu hanya RM1.78 sehari!
↬ Mudah disediakan dan diminum.

Korang boleh dapatkan Kitsui Vita C+ Shine di Watson dan secara dalam talian melalui Shopee Kitsui Mall HQ.

Kitsui Malaysia
Website: kitsui.com.my
Instagram: www.instagram.com/kitsuimalaysia
Facebook: www.facebook.com/kitsuimalaysia
Tik Tok: vt.tiktok.com/ZSJefYjJy
Shopee: shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9


With love,
 

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^