Cara Pakai medisana PM100 Pulse Oximeter - NurulZayani.Com

Cara Pakai medisana PM100 Pulse Oximeter

Hello dan Salam Sejahtera pembaca, 

Selalunya bila bercakap tentang penjagaan kesihatan, mesti kita akan fikir tentang pemakanan yang bagus dan seimbang, bersenam, tidur dan minum air yang cukup, tapi kita lupa, ada lagi satu faktor yang penting didalam penjagaan kesihitan, iaitu pemantauan kesihatan.

Penting untuk pantau tahap kesihatan kita, sebab bila dah tahu tahap kesihatan badan, baru lah kita boleh bantu tubuh untuk dapatkan apa nutrisi yang tak cukup. Selain itu, pemantauan kesihatan juga dapat membantu mencegah dan membolehkan kita buat pengesanan awal kalau kita ada apa-apa penyakit.

Baru-baru ni saya sempat join Virtual Press Conference - ‘Health Monitoring Begins From Home’. anjuran Zuelig Pharmamedisana. Tetamu jemputan istimewa dalam seminar ini adalah Dr Wong Teck Wee, Consultant Cardiologist di iHeal Medical Centre.


Di dalam seminar online ini, Dr Wong Teck Wee telah berkongsi cara untuk membuat pemantauan yang mudah dan boleh buat sendiri saja dirumah. Ye lah, kan sekarang musim pandemik, mestilah kita nak cuba elakkan keluar kalau tak ada benda yang penting.

Pemantauan kesihatan dari rumah adalah merupakan sebahagian daripada Remote Patient Monitoring (RPM), yang dimana digunakan untuk menormalisasikan pilihan untuk mereka yang mencari khidmat perunding kesihatan. 

RPM ini adalah situasi dimana dengan penggunakan alat teknologi untuk dapatkan data pesakit. Jadi kalau kita dah monitor dari rumah dan catatkan bacaan, maka mudahlah kalau papehal boleh buat pemeriksaan kesihatan secara online saja.

Antara alat kesihatan yang penting dan boleh membantu korang monitor tahap kesihatan korang dirumah adalah:

⭐ 1. Pulse Oximeter
⭐ 2. Blood Pressure Meter
⭐ 3. Thermometer

cara pakai pulse oximeter


👑 Pulse Oximeter 👑 

Dr Wong Teck Wee ada ajar macam mana nak menggunakan pulse oximeter (medisana PM100 Pulse Oximeter) dengan betul. Pulse oximeter merupakan alat yang digunakan untuk tahu kadar oxygen (oxygen saturation - SpO2) dan kadar degupan jantung (heart rate) seseorang.

Alat ni kecik je, cara nak pakai pun mudah dan tak sakit. Hanya perlu kepit sahaja di jari dan tunggu bacaan yang akan dikeluarkan secara automatic. Kadar "blood oxygen saturation" yang normal adalah dalam lingkungan 95-100%.

Walaupun alat ni kecil, tapi sangat berguna terutamanya kepada mereka yang ada masalah jantung dan masakan pernafasan - respiratory issues. Buat pula musim Covid-19, memang banyak sangat membantu untuk pantau mereka yang ada Covid-19 dan masalah pernafasan.

Kalau korang rasa macam ada masalah dengan pernafasan ke jantung ke, boleh pakai saja pulse oximeter dan catatkan bacaan SpO2 dan bacaan PR serta tarikh bacaan supaya mudah untuk korang dapatkan bantuan doktor dan pakar kesihatan bila perlu.




Mengikut statistik data dan report World Health Organization (WHO) Coronavirus disease 2019 (COVID-19) Situation Report-41: 

Oxygen therapy is the major treatment intervention for patients with severe COVID-19. All countries should work to optimize the availability of pulse oximeters and medical oxygen systems”.
- Rawatan oksigen merupakan rawatan utama yang digunakan untuk pesakit yang ada masalah Covid-19 yang teruk. Setiap negara disarankan untuk mengutamakan penggunaan pulse oximeter dan sistem oksigen perubatan.

Terutamanya dalam musim pandemik ni, penting sangat untuk kita mula jaga kesihatan sendiri dan pantau kesihatan kita dirumah. Korang boleh dapatkan device/ alat untuk bantu korang pantau kesihatan diri dan keluarga. Serious berbaloi.

Antara device/ produk medisana yang ada sarankan untuk korang dapatkan adalah:  

⭐ 1. medisana - PM100 Pulse Oximeter (MDA No.: GC52083234217)
⭐ 2. medisana - BU535 Blood Pressure Monitor (MDA No.: GB761381268719)
⭐ 3. medisana - NCT Non-Contact Thermometer (MDA No.: GB47731292117)

Selain daripada yang diatas, medisana pun ada banyak produk dan alat pemantauan kesihatan yang lain. Korang boleh layari laman web medisana untuk maklumat lanjut.



Tentang medisana:

medisana merupakan jenama pakar yang terkemuka di dalam pasaran penjagaan kesihatan di rumah. Lebih dari 39 tahun, produk keluaran medisana menggunakan teknologi German dan diluluskan oleh MDA (Medical Device Authority) Malaysia serta European Commission (EC) Quality.


medisana Malaysia
Website: www.medisana.com.my
Facebook: www.facebook.com/MedisanaMy


Till then, stay safe!
- Zayani Zulkiffli.

9 comments:

  1. Saya tak pernah pakai any pulse oximeter. Maybe pasnie kena cuba juga lah since you said it's good. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Alamak macam akak berkenan juga alat pulse ni. Nampak senang untuk dibawa kemana-mana. Eh akak rasa Zayani punya header blog comel sangat. Unicorn pulak tu.

    ReplyDelete
  3. Rawlins ada beli oximeter nie tapi bukan jenama nie la. Rawlins pantau every morning. Then ada yang ajar untuk check gak before sleep.

    ReplyDelete
  4. bagus juga produk ni, ramai juga yg share pasal alat ni. boleh membantu untuk pantau tahap kesihatan di rumah :)

    ReplyDelete
  5. oh.. this is a very good one to read about and i can't wait to check this soon

    ReplyDelete
  6. Akak ada juga alat begini, tapi jenama lain. First akak cuba, tak detect. Hahaha. Tapi bila husband guna, boleh pulak. Jari akak gemuk-gemuk susah nak baca kot. Wakaakak. Alat ni wajib ada kat rumah memandangkan situasi work from home dan PdPR ni mencabar. Duduk rumah bleh panik attack. So better sediakan semua alat yang bleh bantu cek family sebelum rawatan susulan di klinik dan hospital.

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni memang kena ada semua alat check kesihatan di rumah kan, Sis semua ada termasuk cucuk darah untuk kencing manis tu hehehe.. cegah sebelum parah kan..

    ReplyDelete
  8. Oximeter ni memang item wajib ada dirumah sekarang incase apa-apa. Marsha pun husband ada belikan 1 untuk kat rumah.

    ReplyDelete
  9. Kak tak ada guna tapi kakak sulong ada beli satu mmg bagus sgt

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

Followers