Review: LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate (6000mg Collagen Peptide Drink)

Assalamualaikum dan hello korang,

Tahu tak korang, kepentingan kolagen untuk kita terutamanya bila dah melonjak ke usia 25 tahun ke atas? Dalam kulit kita memang dah sedia ada kolagen, tapi semakin kita meningkat usia, produksi kolagen didalam kulit akan semakin berkurangan. 

Sebab itu la kita perlu bantuan luar dari segi makanan dan supplement untuk maintain kolagen didalam kulit. Kolagen ni la yang akan bagi kulit nampak anjal, menguatkan struktur kulit, bagi kulit nampak glowing, berseri-seri dan nampak muda serta membantu melembapkan kulit.

Terutamanya korang yang dah berusia 25 tahun keatas, yang selalu duduk depan komputer lama-lama, duduk dalam aircond lama, yang tak jaga gaya hidup, tak jaga makan, tidur pun lambat, suka minuman berkafein dan banyak terdedah kepada cahaya matahari, korang sangat perlukan kolagen tambahan.


Senang kata, kolagen ini mampu membantu untuk 5 masalah utama:

🌸Kulit - Membaiki kolagen kulit & serat protein elastin untuk meningkatkan keanjalan, ketegangan dan penghidratan atau kelembapan kulit sehingga 91%
🌸 Penuaan -  Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencegah tanda penuaan
🌸 Tanda/Kesan Regangan - Minuman kolagen telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan keanjalan kulit.
🌸 Rambut - Membantu pertumbuhan sel rambut, memperbaiki penampilan dan kilauan rambut.
🌸 Kuku - Membantu meningkatkan kualiti kuku dan kesihatan kuku

____________________

Saya nak kongsi dengan korang, yang LAMEEYS baru ja melancarkan produk kolagen, LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate - 6000mg Collagen Peptide Drink [LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima].

Lamees - Satu nama yang diambil dalam bahasa Arab, yang membawa maksud "soft to the touch" atau "lembut untuk disentuh". Ia juga membawa maksud "the sun" atau "matahari".

Sesuai dengan namanya, Lameeys merupakan  produk yang lembut dan halus yang menggunakan sumber yang natural/asli. InshaAllah ia dapat membantu lebih ramai orang untuk mencapai kecantikan secara semulajadi dari dalam tanpa kesan sampingan, sepadan dengan slogan yang digunakannya ~  Beauty That’s Uniquely You.



Yang bestnya, LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima didatangkan dalam bentuk sachet yang sedia diminum, jadi mudah nak ambil on-the-go dan boleh terus minum. Saya pernah cuba consume kolagen yang kena bancuh, mesti ada 1-2 hari terlupa atau malas nak buat. Hewhew.

Dalam satu kotak ni ada 15 paket. Untuk pengguna baru, disarankan ambil 2 kali sehari, jadi sesuai la sekotak. Lepas dah habis sekotak, korang boleh terus consume sepeket sehari. Jadi, sebulan hanyalah 2 kotak sahaja. Not bad untuk kecantikan dalaman kita.

Setiap titisan Peptida Kolagen 6000mg Dengan Jus Delima ini terbentuk hasil daripada elemen berikut:

☘ Teknologi termaju Korea – membantu menghidrolisis Kolagen menjadi molekul terkecil
☘ <1000 Dalton – semakin kecil molekulnya, semakin baik penyerapan kepada badan
☘ 6,000mg Kolagen Peptida – meningkatkan keberkesanan Kolagen
☘ Tambahan Peptida Sutera – memelihara kelembapan, melindungi kulit daripada kekeringan
☘ Ekstrak buah delima – kaya dengan antioksidan untuk mencegah kerosakan oksidatif kulit
☘ Tanpa bahan pengawet tambahan. Bebas warna tiruan.



Bahan ramuan didalam LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate:

Air, Kolagen (Ikan), Jus Delima, Isomalto-oligosakarida, Peptida Sutera, Ubi Bit Merah, Konjac, Extrak Delima, Ekstrak Camu-Camu, Campuran Ekstrak Anggur, Melon, Zink dan Vitamin C.

LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate masih didalam proses mendapatkan sijil Halal dari JAKIM, tapi telah diperakui Halal oleh Halvec, yang merupakan badan panel halal JAKIM untuk buat ujikaji kendalian makanan yang memastikannya bebas daripada unsur-unsur haram.

Boleh refer dibawah untuk salinan Sijil Halvec yang menyatakan LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate bebas daripada Porcine DNA (atau DNA Khinzir).




Cadangan pengambilan:

✿ Pengguna baru: (7 hari pertama) - Ambil 2 paket sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur.
✿ Pengguna biasa: Ambil 1 paket sehari, sebelum sarapan.
*disarankan ambil dengan perut kosong untuk memaksimakan penyerapan.

Cara pengambilan:

✿ Ambil 1 peket, goncang dan terus minum.
✿ Ikut pengalaman saya, kalau nak sedap boleh letak dalam peti ais dan minum masa sejuk.
✿ Elakkan minum kopi/ teh sejurus selepas ambil kolajen.

Apa Beza Kolagen & Peptida Kolagen?

Berat molekul kolagen selalunya didalam ~300000 daltons. Peptida kolagen mempunyai berat molekul yang lebih rendah, iaitu <1,000 Daltons. Ikut biologi, semakin rendah berat molekul, semakin tinggi daya serapan yang dibenarkan oleh tubuh.

Peptide collagen yang terhasil melalui proses hidrolisasi - menggunakan Korean Advance Technology pula menghasilkan molekul yang lebih kecil dan secara biologi akan diserap dengan pantas kedalam aliran darah kerana rantai asid amino yang lebih pendek.


Overall Review: 

↬ Suka dengan konsep & nama yang diambil daripada perkataan Arab - Lamees.
↬ Dengan konsep Arabic 'Lamees', pakai pula buah-buahan kegemaran Rasulullah S.A.W. - Buah delima & anggur.
↬ Selain kolagen, siap ada tambahan antioksidant - awesome!
↬ Suka dengan individual packaging, sangat sesuai untuk orang yang malas macam saya.
↬ Suka dengan rasa LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate yang unik & of course sedap.
↬ Bahan ramuan yang lain daripada jenama kolagen lain.
↬ Harga murah daripada harga kolagen lain dipasaran - extra diskaun kalau beli di Shopee & Lazada.
↬ Walaupun produk baru, tapi dah siap test Halal, barulah yakin nak consume ^_^
↬ Adakah saya akan repurchase? YES 
↬ Overall rating: ⭐⭐⭐⭐⭐



TENTANG LAMEEYS

"Tiada yang mampu meredupkan cahaya yang semulajadi bersinar dari dalam." - Maya Angelou

Jelas, kunci kepada kecantikan adalah sihat. Peraturannya mudah dan seharusnya dipatuhi oleh semua – iaitu dengan mengekalkan tabiat yang baik. Malangnya, sebahagian besar daripada kita wanita atau lelaki, tidak menyedari akan kesan gaya hidup, diet dan tabiat buruk terhadap tubuh kita, kulit kita dan akhirnya kehidupan kita. 

Di LAMEEYS, kami berusaha menyediakan pelbagai penyelesaian supaya setiap orang dapat menikmati atau mencapai kecantikan secara semulajadi dari dalam tanpa kesan sampingan. Hasil bertahun-tahun pengalaman, LAMEEYS memastikan bahawa semua produk yang dihasilkan adalah berasaskan sumber semula jadi dan asli, sesuai dengan ertinya dalam bahasa Arab - lembut untuk disentuh. Yang paling penting produk LAMEEYS dijual dengan harga yang berpatutan melalui pelbagai saluran membeli-belah yang bersesuaian dengan keperluan semua pengguna.

Ingat, penyelesaian kesihatan & kecantikan itu tidak mahal.. pengabaian yang menjadikannya mahal!

Dapatkan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima secara dalam talian di:

🚨 LAUNCH PROMO 🚨
📣 1 kotak RM108 (Harga biasa: RM120)
📣 2 kotak RM188 (Harga biasa :RM240).

Dapatkan secara online di Lazada: www.lazada.com.my/shop/lameeys
Dapatkan secara online di Shopee: shopee.com.my/lameeys_my

🚨 PROMO RAYA HAJI 🚨
📣 Beli 2 Kotak RM188 (Harga Biasa: RM 240)
LEBIH JIMAT dengan BAUCAR RM30 Shopee atau Lazada*
*hanya RM158 untuk 2 kotak!
*Tertakluk terma & syarat

Lameeys
Website: www.lameeys.com.my
Instagram: www.instagram.com/lameeys_my
Facebook: www.facebook.com/Lameeys

Stay beautiful,
- Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

15 Comments

kolagen mmg bagus, tapi untuk orang ada sejarah cyst kena berhati hati. tapi cuma yang ni menariknya dari buah delima yer.. interesting!
Rawlins GLAM said…
Marine collagen adalah yang terbaik untuk kita sebab struktur yang lebih kurang sama, maka lebih mudah dihadam dan digunapakai oleh badan kita
Ezna Khalili said…
Sedap namanya tu. Nama arab. Badan kita pun perlukan suplemen untuk lebih memberi kesihatan tubuh badan. Menarik juga ada buah delima dan anggur tu.
Menarik produk dari leymees . Boleh meremajakan kulit wajah kita .
Coretan Masa said…
kalau dalam bentuk sachet macam tu okay la.. senang untuk di bawa ke mana-mana... kalau tak pandemik, mungkin sesiapa nak g travel tu.. senang nak bawak..
Tiara Sapphire said…
banyak khasiat buah delima, bagus juga dapat amalkan jus minuman kesihatan ni. nice sharing :)
dr-Life said…
this seems like a good one to try on.. i want to look young again ... hehehehe
Ruby said…
Akak pun consime Lameeys ni. Selain sedap, akak suka isi kandungan dia yang guna Buah Delima. Fav fruit akak. Nanti nak restock lah, sebab murah betul promosi tu.
Tgk rmi yg promote produk ni . Agak menarik sbb ianya dihasilkan daripada buah delima
every woman need to drink this LAMEEYS Colla-genic with Pomegranate to keep our skin pretty
Huda Halid said…
banyak manfaat kolagen ni dan yang paling penting halal, boleh consume tanpa was-was
marsha said…
Betul tu start umur 25 tahun kita kena concern dah bab kolagen dalam badan kita. Sebab ia akan mula hilang. Ni boleh la tengok dekat shopee
Oh, ingatkan umur 40 ke atas je kena consume collagen, rupanya 25 tahun dah kena start ya.
Sis Lin said…
Kalau dah kata kolagen then ada pulak buah delima tu dalam kandungannya, memang terbaiklah kesannya kannn.. mesti rasa dia pun sedap ...boleh cuba nanti...
khai artzfar said…
wow bagus ni! lelaki pun boleh consume kan? duduk rumah ni asyik makan je boleh la buat kuruskan badan

FOLLOWERS