Paradise Spa Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan

Hello korang!

Lama dah tak travel ke mana-mana sejak PKP lockdown ni, apatah lagi nak merentas negeri. Benda pertama yang saya terfikir nak buat kalau dah boleh merentas negeri adalah untuk balik Penang, nak tengok parent dan tok dan wan disana.

Tapi masih belum ada kesempatan nak balik Penang, alang-alang ada wedding sepupu di Port Dickson, dan family saya pun datang sini, maka ini lah peluang untuk berjumpa dengan deorang. Tapi entry ini bukan nak cerita tentang perjumpaan kami.

Disebabkan haritu memang kebanyakan hotel full-house, maka kami pilih untuk check-in di Paradise Spa Hotel, Port Dickson. Lokasi ni dekat dengan dewan perkahwinan tu, dan juga dekat dengan pantai untuk kami lepak-lepak nanti.

Superior King Room
Tarikh penginapan: 29 Oktober 2021–31 Oktober 2021
Booking melalui Website: my.trip.com
Harga bilik 1 malam: RM180


Kami sampai malam Jumaat tu, memang gerak lepas Faeez habis kerja. Disebabkan kami tahu kami akan sampai lambat, kami dah siap-siap telefon pihak hotel untuk inform tentang late check-in. Lagipun masa sampai di Port Dickson (PD) haritu, pihak pegantin ajak makan malam BBQ.

Sebenarnya ada beberapa faktor kenapa kami pilih hotel ni. Antaranya adalah sebab:
💐 Hotel ada buffet sarapan - Lama dah tak makan style buffet.
💐 Dekat hotel ni ada spa - Lama tak berspa dan berurut (Tapi spa dia tutup T_T). 
💐 Lokasi hotel dekat dengan lokasi tempat yang kami nak pergi - Dewan The Grand.


Proses check-in mudah, sebab malam memang takde orang. Masa siang esok tu saya tengok memang ramai orang, maybe sebab weekend. Masa checkin kena isi borang verify yang sudah terima vaksin, borang parkir kereta dan borang deposit. 

Satu benda yang spoil sikit adalah, masa saya call minta information atau masa booking, saya tak diberitahu tentang kena bagi deposit RM100. Nasib baik kami bawa cash. Memanglah cash tu akan dipulangkan, tapi kami berdua memang jenis kurang bawa cash.




Bilik yang saya tempah adalah Superior King Room. Masa booking saya survey beberapa website, ada yang double single bed dan ada yang king dengan harga yang sama dan ada juga harga berbeza. Tapi di website my.trip.com, harga untuk king dan double single bed adalah sama.

Bilik dia so-so, tapi kalau tanya saya, untuk bilik harga RM180, macam ni, macam kurang worth lah. Rasanya kalau bilik macam ni, boleh dapat dengan harga lagi murah, tapi takpe sebab saya fikir servis dia ada siap dengan sarapan.



Masuk je bilik, terus saya mulakan operasi sanitize bilik. Saya spray sanitizer di semua tombol, suis (berhati-hati), remote control tv dan aircond, atas meja dan dimana yang nesesarry lah. InshaAllah saya dah buat yang terbaik untuk jaga diri daripada penyakit yang tak diingini.

Masa nak tidur baru perasan yang sebenarnya bilik kami ni deorang gabungkan dua super single bed dan alas dengan cadar untuk dijadikan sebagai 'king bed'. Memang kelakar juga la bila fikir, rasa macam kena scam pulak dengan hotel kan sebab cakap bilik Superior King.


Lepas tu, saya perasan juga ada bau masam pada comforter yang kami guna. Maybe sebab lama tak basuh, atau basuh tapi tak kering betul-betul. Saya husnuzon ajelah masa tidur memang balut badan aje. Bantal boleh minta extra, sebab 1 seorang tak cukup.

Fasiliti, toiletries semua boleh kata lengkap. Masa datang tu saya dah siap packing dengan tuala, takut hotel tak bagi kan, tapi tuala, sabun, individual packaging toiletries semua ada disediakan. Bilik ni siap ada mini peti ais, hair dryer, seterika dan iron board lagi.



Televisyen dia outdated sikit la. Channel tah apa tah, dengan siaran yang ber-pixel macam ni. Tapi tak ada masalah sangat la sebab kami pun bukan dalam bilik sangat pun kan. Waktu malam dalam bilik je akan bukak pun kan.


Lokasi hotel ni sebenarnya takde lah dekat atau jauh sangat dengan pantai. Boleh la nampak pantai tu dari atas banggunan ni, tapi kalau view dari bilik kami, nampak view ini. Ada bilik dengan 'partial sea view', deorang panggil.

Kat bawah tu nampak lah kereta di parkir. Parkir walaupun dibelakang banggunan, inshaAllah selamat. Ada lampu spotlight masa malam, jadi tak gelap kawasan parkir kereta.


Sarapan memang akan diberikan di bilik. Ada list menu yang kita boleh pilih masa check-in tu. Sayang tak ada buffet, sebab atas faktor keselamatan kan. Tapi sokay la, sebab sarapan dia sedap. Portion pun banyak, siap ada jus dengan buah potong lagi.

Saya rate ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk sarapan di Bistro Restaurant, Paradise Spa Hotel, Port Dickson. Boleh juga nak order any room servis food, ada list harga diletakkan di bilik.



Kat hotel ni pun ada roof top yang ada swimming pool. Swimming pool pun ada 2 jenis, untuk kanak-kanak dan dewasa. Tapi kat sini yang lagi cantik tu, view dia lah sebab nampak laut, lepas tu masa ni almost sunset, jadi view memang lagi lawa.

Kalau korang check-in di Paradise Spa Hotel, wajib lah naik ke atas ni untuk ambil gambar. 



Tak syok kalau datang ke PD tapi tak ke pantai kan, lagi best kalau dapat mandi laut. Kalau datang ke PD kena pandai cari port pantai, kalau tak memang crowded. Kami ke pantai yang dekat dengan Lexis dan Glory Beach Resort ni sebab dekat dengan hotel.

Laut kat sini just nice kedalaman dia. Ombak pun tak kuat sangat sebab ada tambak kat kiri dan kanan. Nak mandi pun chill je. Kami datang daripada jam 6 petang nak ambil gambar semua, siap dapat tengok keindahan ciptaan Allah, sunset 💖.



Harga bilik: RM180/ malam - Total 2 malam termasuk tax: RM440.78
Hotel bintang: ⭐⭐⭐
Personal rating: ⭐⭐⭐

Paradise Spa Hotel
PT 1483, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Contact: 06-6517888



Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

8 Comments

Rawlins GLAM said…
Lawak plak bila tengok dia gabungkan tilam tu. Pastu memang tak best kalau bedsheet berbau tak best.
Bella Jamal said…
Haiyo scam la tu apao gabung katil. Tak mintak tukar bilik lak? Hahaha. Kita lama tak bercuti lepak2 hotel. Nanti check kay OYO lah.
Jia Shin Lee said…
Looks really affordable, I've not stay in PD. This really gives me an idea to plan a trip there.
Bae Roslan said…
hotel nampak ok, basic semua ada. rate pulak tak best. tapi pd tetap besttt..lama tak pi pd
not bad tempat ni.. kalau ke pd..boleh masuk list salah satu penginapan yang boleh dipilih
Aerill Hassan said…
Lama jugak saya tak ke Port Dickson, sekarang ni kalau menginap di mana2 hotel pun saya akan sanitize dulu sebab khuatir kan :)
Sis Lin said…
Nampak sangat katilnya single hahaha.. adeiii sakit badan oii tido kalau katil cantum gitu.. tapi pemandangan dia best plak, lawa viewnya.. Yani tak tanya ke dengan mereka kenaopa buat macamtu?
atiehilmi.com said…
view dari rooftop tu yang mahal tu yani.. tapi itu lah.. PD memang sentiasa ramai orang, tak berani lagi nak singgah ke sana.. hee~ terima kasih untuk cadangan hotelnya..

FOLLOWERS