Pengalaman Naik Bas KL Hop On Hop Off - Pusing Kuala Lumpur

Hello korang!

Dah beberapa tahun menetap di Kuala Lumpur, asyik tak ada peluang untuk berjalan di sekeliling KL pada waktu malam. Kalau ada staycation pun, mesti malam balik awal sebab penat berjalan siang. Padahal kalau tourist, mesti suka KL sebab suasana malam yang hidup.

Kami berpeluang untuk berjalan di sekeliling bandar Kuala Lumpur dengan menaiki bas KL Hop On Hop Off yang juga merupakan satu-satunya bas double decked (2 tingkat) yang buat tour mengelilingi Kuala Lumpur!

KL Hop On Hop Off ni ada 2 jenis tour. Ada yang day tour (tour waktu siang) yang dipanggil Ronda-Ronda KL dan night tour (tour waktu malam) yang dipanggil KL City of Lights. Trip yang saya sertai ini adalah trip malam, lepas balik kerja kami terus datang sini.



🚩 Ni ada snippet trip kami naik KL Hop On Hop Off Reels video yang dah upload di Instagram saya: @nzayaniz. Seronok, tak puas buat video 1 minit, jadi kena juga tulis details lebih penuh di blog. 

Trip saya disertai oleh suami tersayang, Faeez dan adik saya, Zulaikha.

Tour KL Hop On Hop Off hari-hari ada, cuma kalau korang nak datang, better buat tempahan dulu, sebab haritu pun penuh orang.  Haritu kami buat tempahan secara online. Nak beli secara walk-in pun boleh pada hari nak naik tu kiosk tiket KL Hop On Hop Off. 

Plan memula memang nak bawa Zulaikha, since dia baru menetap di Kuala Lumpur. Jadi ni kira macam bawa dia berjalan, tapi naik bas duduk tengok permandangan dengan angin malam suasana KL malam-malam. 

Cantik menarik tertarik kau memang the bomb rupanya Kuala Lumpur memalam ya. Memang kami enjoy betul trip pusing KL kalini. Berbaloi masa, tenaga dan duit naik KL Hop On Hop Off.




🚩 Harga tiket KL Hop On Hop Off

🌞 Ronda-Ronda KL: RM25 (Dewasa), RM15 (Kanak-kanak)
🌙 KL City of Lights: RM30 (Dewasa), RM15 (Kanak-kanak)

*Harga yang dipamerkan disini adalah harga promosi untuk pemegang MYKAD Malaysia.


🚩 KL Hop On Hop Off - KL City of Lights

Untuk KL Hop On Hop Off - KL City of Lights, hanya ada 1 slot sahaja sehari, iaitu pada jam 8malam. Kalau korang nak duduk kat atas bas yang tak berbumbung tu, better datang awal. Haritu, kami pukul 7.30 malam dah siap naik chop tempat duduk.

Nak naik KL Hop On Hop Off adalah di Bukit Bintang kiosk, betul-betul dengan Plaza Sungei Wang (boleh parkir di Plaza Sungei Wang), ada kaunter dan stesen menunggu kat sini. Memang depan pintu utama Plaza.

Seating jenis free seating, jadi siapa cepat dia dapat lah port tempat duduk best. Saya suggest korang duduk belah kiri kalau nak banyak amik gambar tanpa orang kacau view, sebab nanti mesti akan ada orang berdiri nak ambil gambar cantik.



Tak sangka, suasana malam di Kuala Lumpur menarik dan mempersona. Selama hari ni, kita tak sedar sangat sebab maybe duduk dalam kereta, atau sedang drive, (ataupun tengah tidur - ha, ini kes saya lah ni!) jadi tak sempat nak hayati permandangan dan suasana KL ni.

Kita selalu ambil mudah atas keistimewaan dan kebanggaan negara kita ni, padahal kat KL, Malaysia ni punya lah banyak menara pencakar langit, dan banyak banggunan yang cantik, tersergam indah dari seni arkitektur untuk kita hayati dan pelajari.

Waktu malam pula, banyak lampu-lampu, menandakan kota Kuala Lumpur ini hidup pada waktu malam. Teringat masa saya travel, ada tempat yang bila pukul 8 malam je dah tak ada kedai buka. Ini pun salah satu keistimewaan KL bagi saya.

 


🚩 Laluan KL City of Light - KL Hop On Hop Off

Bukit Bintang - KLCC - MaTic - Saloma Link Bridge - Menara Kuala Lumpur - Chinatown - Central Market - Little India - KL Sentral - Istana Negara - Dataran Merdeka - River of Life - Istana Budaya - Bukit Bintang.

Satu trip KL City of Light - KL Hop On Hop Off memakan masa lebih kurang 2 jam. 

🚩 Korang akan berhenti dalam 5 minit di lokasi terpilih:
🚌 Menara Kuala Lumpur
🚌 Pintu Istana Negara
🚌 Dataran Merdeka 
🚌 River of Life
🚌 KLCC

Take note, lokasi bas akan berhenti ni korang boleh turun untuk bergambar sekejap. Jangan jauh sangat dengan bas, kalau tertinggal nasib lah korang. Lepas tu jangan lah lama sangat sampai satu bas nak tunggu korang ambil gambar ^__^



Memula macam fikir, seronok ke naik bas pusing KL malam-malam ni? Tapi bila dah naik tu mula lah rasa excited. Best sebab cuaca pun bagi kerjasama, siang tu pun redup je sampai kami ingat nak hujan, padahal elok je cerah, jadi malam tu sejuk je.

Nak ambil gambar atas bas memang susah juga, sebab bas bergerak dan malam, tapi kalau ada berhenti di lampu isyarat, boleh la ambil gambar. Dalam bas boleh berdiri, tapi kena hati-hati lah. 

Lepas tu fikir orang lain juga, habis ambil gambar boleh duduk semula, so orang lain boleh ambil pula.



Excited juga sebab lalu di bawah Saloma Link Bridge KL/ Pintasan Saloma yang baru buat pada Februari 2020 haritu. Selama ni tengok orang upload gambar, kalini baru dapat peluang untuk tengok sendiri laluan ni. 2 kali juga bas ni lalu kat bawah jambatan ni.

Masa ni jalan kat Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, AKLEH yang merupakan lebuh raya bertingkat pertama di Malaysia, jadi memang lalu di bawah Pintasan Saloma tu. Jadi boleh la ambil gambar dari bawah, kalau nak lagi lawa nanti boleh datang semula kat situ.



Malaysia ni sebenarnya banyak banggunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Di Kuala Lumpur sendiri ada banyak banggunan tinggi yang merangumi banggunan pejabat, hotel, rumah dan pusat membeli belah.

Kita ada Menara Berkembar Petronas (KLCC) - menara tertinggi di Malaysia untuk setakat ini, Menara Kuala Lumpur, The Exchange 106 dan Menara Merdeka 118 (KL118) yang hampir siap nanti.

Semua banggunan ni, memang dah dapat pengiktirafan peringkat antarabangsa sebab merupakan beberapa banggunan yang tertinggi di Asia dan di dunia. Nanti kalau Menara Merdeka 118 yang berketinggian 678.9 m ini siap, ia akan menjadi banggunan ke-2 tertinggi di dunia!


Bila ada peluang berjalan di Kuala Lumpur pada waktu malam macam ni, barulah sedar yang banyak juga lokasi tarikan pelancong yang masih saya belum pernah datang lagi. Walaupun kami dah lama menetap di KL pun rasa macam pelancong.

KL Hop On Hop Off ada juga berhenti di hadapan pintu Istana Negara, tempat kediaman Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja. Selalu jalan, nampak dari tepi Istana Negara, kalini baru ada kesempatan untuk berada di lokasi paling dekat dengan Istana Negara ni.



Ingatkan Istana Negara je belum pergi, malah lokasi tarikan pelancong, River of Life ni pun kami belum pernah jejak lagi. Cantik dan terang malam-malam kat sini. Sesuai sangat buat port lepak dan beriadah, lokasi pula dekat juga dengan Dataran Merdeka.

River of Life merupakan titik penumpuan antara dua sungai: Sungai Klang dan Sungai Gombak. Projek ini sebenarnya dimulakan sebagai projek pemulihan sungai bandar, sebab kotor dan tercemar. Kerajaan buat sekali laluan untuk pejalan kaki, supaya lebih selamat dengan lampu pada waktu malam.



Habis tour pengalaman naik bas KL Hop On Hop Off, dapat lah sedikit sebanyak info dan lokasi menarik yang menjado tarikan pelancong dan kebanggaan Malaysia selama ni. Dapat juga tengok kota Kuala Lumpur ni hidup pada waktu malam.

Terima kasih Hop On Hop Off sebab buat servis macam ni. Ramai cakap naik bas pusing KL macam pelik je, tapi sebenarnya best dan membuka mata dan minda. Korang seriously patut cuba. Tak mahal pun tambang. Boleh bawa family sekali.


Waktu operasi KL City of Light: 
Setiap hari (8PM-10PM)


KL Hop On Hop Off
Contact: 011-12305350
Website: www.myhoponhopoff.com
Instagram: www.instagram.com/klhoponhopoff
Facebook: www.facebook.com/klhoponhopoff

Entry ini diterbitkan dengan kerjasama Team Travelouge Malaysia dan KL Hop On Hop Off. Setiap inti penulisan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis dengan perkhidmatan KL Hop On Hop Off - KL City of Lights.

Terima kasih kerana membaca!

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS