Lokasi Baru Sunfeet International Rehab Centre

Hello korang!

Setelah sekian lama Sunfeet International Rehab Centre berada dilokasi lama, kini mereka telah berpindah ke lokasi baru iaitu di: Wisma Daju 5, No 21, Jalan Barat, Petaling Jaya, Selangor. Lokasi ini menjadi pilihan sebab lebih selesa dan lebih besar.

Saya sempat ke lokasi baru Sunfeet untuk tengok promosi terbaru mereka tempoh hari. Lokasi kedai kali ni nampak lebih luas, mudah nak akses dan lebih selesa. 

Sebagai pelanggan Sunfeet International Rehab Centre, saya boleh cakap, saya approved! ^_^


Korang boleh refer gambar dibawah untuk ke lokasi baru Sunfeet, kalau menggunakan Waze, boleh Waze: Starbucks PJ8. Sedikit pesanan, kalau korang nak parkir kenderaan di Wisma Daju, korang perlu bawa kad Touch n Go, rate bermula RM5.

Lokasi Wisma Daju tepi jalan, dari jauh dah boleh nampak banggunan ni. Banner Sunfeet pun boleh nampak juga diatas banner Starbucks PJ8. Lokasi Sunfeet pun diluar, jadi tak perlu nak masuk kedalam wisma untuk cari. Kalau ada parkir kosong pun boleh park didepan kedai terus.




Excited nak tengok lokasi baru Sunfeet International Rehab Centre kalini. Satu achievement dari pihak Sunfeet International Rehab Centre sebab pindah ke lokasi baru yang lebih selesa untuk pelanggan mereka.

Bila masuk je, kebanyakan dekorasi kat sini nampak familiar betul. Saya suka dengan konsep ni, sebab sesetengah pelanggan mereka dah familiar dengan konsep Sunfeet, boleh mengimbau kenangan untuk pelanggan lama mereka.

Ruang yang ada pun, lebih selesa dan besar sikit daripada lokasi lama. Konsep kalini lebih kepada open concept, sebab semua servis yang ada boleh nampak. Bilik privasi pun ada, tapi dibelakang dan akan digunakan kalau perlu.





Kalau korang pertama kali datang ke Sunfeet International Rehab Centre, korang boleh cuba buat FREE Foot Checkup, pemeriksaan kaki secara PERCUMA di sini. Dari situ, korang boleh tahu samada alignement kaki dan tulang korang okay atau tidak.

Kadang-kadang ada juga orang yang tidak ada rasa sakit apa-apa pun, padahal kaki bila check ada beberapa masalah terutamanya flat foot, tapi takkan nak tunggu sakit baru nak rawat kan. Kes ni jadi juga kepada suami saya, ada flat foot, tapi takde sakit apa pun.




Dari hasil pemeriksaan ni, boleh tahu apa yang diperlukan. Kalau normal, Alhamdullilah baguslah, tapi kalau ada masalah lain, seperti yang paling common, masalah flat foot, maka memang kena pakai bantuan insoles dan kasut yang sesuai untuk betulkan balik alignment badan.

Di lokasi baru Sunfeet International Rehab Centre ada lebih banyak pilihan jenis kasut dan design yang boleh kita pilih. Jujur cakap, design dia biasa saja, tapi yang buatkan kasut tu mahal dan premium adalah sebab material dan jenis tapak kasut tu.




Promosi Kasut Sekolah 2022 'Back To School 2022'

Korang boleh menikmati potongan diskaun sehingga 20-30% untuk mana-mana kasut yang korang beli daripada Sunfeet International Rehab Centre, tidak tertaklut kepada kasut sekolah sahaja. Boleh beli satu untuk anak-anak, dan satu untuk diri sendiri dan orang tersayang.

Harga kasut bermula dari RM369 dan keatas, manakala harga untuk orthotics insoles bermula dari RM500 sehingga RM2000, tergantung kepada jenis masalah kaki korang.



Banyak juga pilihan kasut sekolah yang ada di Sunfeet International Rehab Centre. Tinggal nak pilih je samada anak perlu pakai kasut sekolah warna putih atau hitam. Lepas tu boleh la beli sekali dengan kasut suka untuk aktiviti lasak anak-anak.

Kasut kat sini memang jenis berkualiti tinggi, sebab brand 'oxypas', setanding dengan harga dia. Jenis material dan tapak yang ada di kasut ni memang dah direka khas oleh pakar kasut. Kalau yang familiar dengan jenama kasut kesihatan, mesti tahu 'oxypas' ni bagus macam mana.


Talk Tentang Kesihatan Kaki Anak-Anak

Pada haritu, saya juga berpeluang menambahkan pengetahuan tentang kesihatan kaki. Rupanya ramai kanak-kanak yang ada masalah kaki dari kecil, tapi kita selalu tak nampak sebab tak tahu pun yang itu adalah satu masalah.

Penjagaan kaki memang penting, bermula dari kecil, sampai lah ke dawasa, jadi pemilihan kasut pun memang sangat penting, sebab itu akan membantu posture badan seseorang. Ramai yang fikir, bila dah dewasa baru nak kena jaga kaki elok-elok, padahal dari kecil dah kena jaga.

Dr Edmund pesan, kasut atau insoles (tapak kasut) ni penting sebab membantu kita punya alignment kaki, kalau alignment kaki tak bagus, mudah sangat nak dapat sakit tulang belakang. 👍🏻




Macam yang korang tahu, saya memang pengguna insoles dan kasut daripada Sunfeet sejak dari tahun 2018 lagi. Betapa bagusnya insoles, kasut dan Dr Edmund dalam journey untuk membantu masalah tulang saya, itu yang saya recommend kat korang.

Jemput juga baca blogpost saya tentang Sunfeet International Rehab Centre yang pernah saya tulis sebelum ni: 



Waktu operasi:
 Isnin-Sabtu (10am- 5.30pm)

Lokasi Baru Sunfeet International Rehab Centre ↴

Sunfeet International Rehab Centre
Ground Floor, Wisma Daju 5, No 21, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
🚏 Waze: Starbucks PJ8

Contact: 0135283939/ 0139122839
Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational



Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Faeez Azmi said…
Wah so informative nak tahu tempat baru & services dia.. Thanks a lot!

FOLLOWERS