Buffet Ramadan 2022 | Restoran Riverside, PWTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Setiap tahun sebelum ni, mesti makan kat sini sebab suami suka dengan keaslian juadah makanan lauk campur dan masakan kampung yang dihidangkan di sini. Pernah juga tulis diblog ni last time makan untuk buffet Ramadan tahun 2018 di Restoran Riverside, PWTC.

Buffet Ramadan tahun 2018 di Restoran Riverside, PWTC:

Setelah lebih kurang 2 tahun sejak PKP, bermula dari 5 April hingga 29 April 2022, korang boleh menikmati juadah buffet berbuka puasa di Restoran Riverside, PWTC. Tema mereka pada tahun ini adalah: "Aneka Selera Desa".



Buffet Ramadan 2022 | Restoran Riverside, PWTC

Pada tahun ini, Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) menawarkan lebih daripada 300 juadah makanan untuk setiap hari untuk buffet pada Bulan Ramadan nanti termasuklah menu hot setiap tahun, Kambing Golek.

Kalini saya datang bawa Mak (ibu mertua) saya untuk teman saya ke preview manu yang akan dihidangkan pada bulan Ramadan nanti. Betul keputusan saya untuk bawa Mak sebab memang dia suka dengan menu masakan kampung, favourite dia tau.




Untuk korang yang tak familiar dengan Restoran Riverside yang berada didalam PWTC, restoran ini terletak di tingkat 2. Kalau selalu korang pergi event hall kat sini, restoran tu ada di kaunter pendaftaran. Memang mudah nak jumpa.

Surprisingly, mengimbau kenangan sebelum Covid sebab layout dalam Restoran Riverside masih sama. Saya selesa dengan layout tempat duduk macam ni, sebab tak terlalu rapat dengan meja lain, sekaligus boleh jaga jarak SOP dan juga lebih privasi.


Antara menu special yang akan dihidangkan pada buffet Ramadan 2022 Restoran Riverside, PWTC adalah semestinya Kambing Golek. Tak sah kalau buffet Ramadan tak ada kambing golek yang dihidangkan bersama dengan sos lada hitam dan cendawan ini.

Special lagi pada tahun ini, Restoran Riverside berkolaborasi bersama dengan Nasi Kandar Saddam, sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Kuala Lumpur yang akan menyajikan meni hotstuff mereka, Ayam Goreng Saddam. 

Sebagai orang Penang, dan saya dah rasa dan boleh jemin kepada korang yang Ayam Goreng Saddam betul-betul sedap dan memikat selera makan dengan rasa rempah rangup diluar dan lembut didalam. Macam biasa, nasi kandar juga dihidangkan dengan 'kuah banjir', kuah kari, kuah hitam.




Menu yang akan dihidangkan pada buffet Ramadan 2022 Restoran Riverside dikurasikan oleh barisan chef WTCKL yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih. Hidangan pilihan menu istimewa akan ditukar mengikut 5 giliran berbeza pada setiap minggu. 

Antara lauk yang korang boleh look forward adalah seleksi hidangan menu klasik desa.

Antaranya Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng dengan Cili Kering dan Bawang Putih, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. 



Tak sahla kalau mana menu masakan kampung tapi tak ada kerabu dan ulam-ulaman kan? di buffet Ramadan 2022 Restoran Riverside, PWTC pun ada banyak jenis pilihan ulaman beserta dengan aneka sambal untuk korang yang tak boleh tinggal sambal bila makan nasi macam suami saya XD

Kalau tak rasa nak makan ulam-ulaman, boleh cuba 7 jenis kerabu yang dihidangkan.

Antara ulam-ulaman Melayu tradisional yang ada seperti Daun Ceylon, Ulam Raja, Kacang Botol, Petai Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Tenggek Burung, Daun Gajus.



Konsep di Restoran Riverside, PWTC masih lagi mengekalkan konsep stall. Ada banyak stall makanan di sini yang akan menghidangkan pelbagai juadah makanan berbuka untuk korang.

Jangan lupa untuk jenguk dan cuba Masakan Asam Pedas yang ada. Asam Pedas Restoran Riverside, PWTC antara yang the best yang pernah saya dan Mak rasa. Korang boleh pilih untuk rasa Asam Pedas Daging, Ayam, Tetel Daging, Ikan Pari atau Ikan Kembung.



Selain itu, jangan lupa untuk tambah isi perut korang nanti dengan stall Sup Berempah dengan Kentang yang dihidangkan dengan beberapa pilihan seleksi: Kembing, Lembu, Ayam, Perut, Kaki dan Ekor Lembu dan tambah dengan Kicap Pedas.

Peminat Nasi Ayam pun nanti boleh pilih untuk makan Nasi Ayam dengan bahan sampingan dan Ayam Panggang atau Ayam Kukus.

Tak lupa juga nanti ada stall Roti Canai dan Bubur Lambuk untuk peminat hidangan ini.





Saya suka dengan buffet Ramadan yang ada Raya Vibe, siap ada hidangkan Lemang, Ketupat, Ketupat Palas, Serunding Ayam dan Daging. Lemang pun lembut je, makan dengan masakan Daging Rendang Minang memang mengimbau kenangan masa Raya.



Untuk mereka yang sweet tooth macam saya, pastinya suka kalau buffet Ramadan yang ada banyak seleksi manisan dan pencuci mulut seperti pastri, kek, kuih, puding, pai dan banyak lagi. Paling saya recommend, Puding Roti Mentega dengan Sos Vanilla dia.

Selain daripada pemanis mulut ni, ada banyak juga seleksi buah-buahan tempatan. Bukan itu saja, Ais Kacang, Cendol dan Ais Krim pun ada.







Lagi best, tahun ini di buffet berbuka puasa 2022 Restoran Riverside, PWTC, korang berpeluang untuk bawa balik mana-mana makanan yang dihidangkan ke rumah. Beli mangkuk tingkat edisi terhad di kaunter dan ambil sebarang hidangan yang korang nak bawa pulang.

Boleh la makan masa sahur esok tu kan, senang tak payah masak dah. Mangkuk tingkat dijual pada harga RM59.00 (12cm) dan RM69.00 (16cm). Lepas tu boleh reuse mangkuk tingkat ni. Corak pun klasik.


Untuk tempahan berbuka puasa di Restoran Riverside, PWTC tahun 2022, korang boleh buat tempahan melalui website riverside.wtckl.com, atau hubungi terus melalui talian dibawah.

Selain tu, korang juga boleh dapatkan tawaran menarik berbuka puasa di Restoran Riverside, PWTC tahun 2022 secara dalam talian di: Fave, PrestoMall, Shopee dan di Lazada.

Tarikh Buffet Ramadan di Restoran Riverside, PWTC 2022: 
5 April - 29 April 2022
Masa: 6pm-10pm

Harga buffet:
Dewasa RM128, Kanak-kanak & Warga emas RM75.

Harga Early Bird: RM108 nett

Riverside Restaurant
Level 2, Putra World Trade Centre, 
41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Contact: 03-26146701 / 6702
Whatsapp: 019-2678960

Website: www.riverside.wtckl.com
Facebook: www.facebook.com/WorldTradeCentreKualaLumpur
Instagram: www.instagram.com/worldtradecentrekualalumpur
Instagram: www.instagram.com/riversidewtckl


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

10 Comments

Rawlins GLAM said…
Yes. Rawlins nak check it out. Kebetulan bulan puasa kelak akan ada kursus berhampiran, boleh la terus berbuka kat sini kan. Thanks for the review.
Rolling Grace said…
omg the food selection here looks amazing. i am so amazed by the different types of kerabu, i simply cannot wait to try them all!
Sis Lin said…
Pernah makan sini tapi bukan buffet ramadan, memang sedap menu-menu dia, apatah lagi kalau buffet ramadan, memang laaa berbaloi...
Sunshine Kelly said…
Wah best juga their menu, i terliur nampak nasi kandar banjir and semua lauk tu, meriah sangat.
Kitkat Nelfei said…
Menarik ye buffet ramadan kat Riverside Cafe WTC ni.. siap boleh beli mangkuk tingkat and tapau for sahur! Brilliant!
makanan kat sini mmg sedap2.. tiap2 tahun tidak pernah mengecewakan berbaloi dengan rasa
Tini Alif said…
Cantik, menarik dan tertarik sudah. Nampak tenang dan spacious kan Restoran Riverside PWTC ni. Menu macam ni la best kan? Nak-nak pulak kalau dapat makan time berbuka puasa. Those yang berhampiran, jangan lepaskan peluang ni. Memang sedap tau masakan kat sini. Recommended.
Nina Mirza said…
Kita pernah berbuka puasa kat sini, memang sedap. Kita paling suka menu masakan melayu kampung style dia umphhhh! Harga sini menepati bajet so nanti daku kembali lagi
Ruby said…
Buffet Ramadan kat sini memang terbaik. Fav akak dr dulu. Paling suka kaunter soup tu. Fuhhhhh lega satu badan bila dapat sup berempah. Hehe
Wah nanti 19/4 dah book untuk iftar Di sini....tak sabar rasanya....haha Bab tapau Tu mmg kena Beli dia punya mangkuk tingkat ke??bawak Dari rumah boleh ke....hihi

FOLLOWERS