SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) 2022 Edisi Utara

Salam sejahtera korang!

Baru-baru ini, Yayasan Usahawan Malaysia telah berjaya menganjurkan SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) 2022 - Edisi Utara buat julung kalinya. SEBA 2022 Edisi Utara telah mencalonkan 27 pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

SEBA 2022 ini dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain. 


SEBA yang telah berkembang merangkumi wilayah Utara, Selatan dan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Konsep SEBA 2022: RISE UP. 

Edisi Utara mendapat respon yang menggalakkan dan menerima hampir 200 penyertaan dari pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. 27 daripada penyertaan tersebut tlayak menerima anugerah di acara kemuncak. 

Para SME dan usahawan yang dicalonkan datang dari pelbagai industri termasuk F&B, Pendidikan, Hospitaliti, Logistik, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan, Teknologi Maklumat, Teknologi & Solusi Digital, Penjagaan Kesihatan, Kesihatan & Kecantikan, dan sebagainya.

Gambar 2: Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak


Penerima anugerah ini telah dinilai dan diteliti dari segi latar belakang, model perniagaan dan potensi pada masa depan oleh badan penasihat yang terkemuka seperti:

✔️ Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En. Nitesh Malani; 
✔️ Pengerusi Majlis SEBA, Lyndia Wong; 
✔️ Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi, YBhg. Dato Suriani binti Dato’ Ahmad; 
✔️ Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan DGK Advocates & Solicitors (Penasihat YUM, MyPreneurship), 
✔️ YBhg. Dato’ David Gurupatham; dan Pengerusi Guardian Group, YBhg. Dato’ Lee Chung Han. 



Berikut adalah di antara tokoh industri yang menerima anugerah SEBA 2022 - Edisi Utara:

⭐ En. Shaheizy Sam dan Pn. Syatilla Melvin, Pasangan Usahawan Selebriti Kesayangan Malaysia
⭐ Datuk Sirajudin Y Mohamed Mydin, Pengasas Nasi Kandar Kayu Group
⭐ David ST Loh, Jurugambar Terkemuka Dunia & Pakar Inovasi Perniagaan Fotografi dan Seni
⭐ Dr. Edmond Lau Kian Hong, Pengarah Eksekutif Dr Ko Skin Specialist

Gambar 6: Nitesh Malani (Chairman & Founder of Yaysan Usahawan Malaysia Founder)

Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En Nitesh Malani berkata, 

"Yayasan Usahawan Malaysia memilih wilayah Utara untuk menjadi sebahagian dari SEBA 2022 yang mana ia sejajar dengan pelan Penang 2030 yang diterajui oleh kerajaan negeri."

"Kami menyokong sepenuhnya usaha ini di dalam membangunkan bakat dengan mencungkil serta menyediakan platform untuk mengenalpasti potensi dan memangkin perkembangan."

Gambar 7: YB Dato' Haji Dato Halim bin Haji Hussain (Penang State Exco for Trade, Industry & Entrepreneur Development)

YB Dato Halim juga memberi tepukan yang gemuruh kepada Yayasan Usahawan Malaysia atas usaha mereka untuk membawa SME and Entrepreneurs Business Awards ke bahagian utara, terutamanya selepas masa sukar sepanjang pandemik Covid-19 yang telah melanda di negara ini. 

Beliau juga mendesak para usahawan dan majikan untuk fokus dalam pembelajaran berterusan, mempertingkatkan kemahiran keseluruhan pekerja dan meninggikan tahap pendapatan Pulau Pinang.

Gambar 8: Lyndia Wong (SEBA 2022 Chairperson)

Tahun ini, penyedia insurans dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia, turut serta sebagai Rakan Insurans Rasmi dengan menawarkan kepakaran di dalam pelan kewangan dan perlindungan kepada semua calon dan penerima anugerah.

Manakala Standard Chartered Saadiq Berhad menyertai sebagai Rakan Perbankan Rasmi, menawarkan solusi kewangan kepada semua, dan Setia SPICE Convention Centre sebagai Penyedia Tempat Acara Rasmi. 

Gambar 9: Syatilla Melvin (Celebrity); Shaheizy Sam (Celebrity); YB YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain (Penang State Exco for Trade, Industry & Entrepreneur Development); Nitesh Malani (Chairman & Founder of Yaysan Usahawan Malaysia Founder)

Tentang SME and Entrepreneur Business Award (SEBA)

SEBA is an annual initiative organised by Yayasan Usahawan Malaysia and curated by Xhale Asia (M) Sdn Bhd. SEBA 2022 will be held for the seventh (7 th) year, showcasing Malaysia’s most notable companies and entrepreneurs. 

Past winners include luminaries from the industry, such as Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Entrepreneur of The Year 2021), Tan Sri Lee Kim Yew (Lifetime Achievement Award 2018), and Datuk Ramli Ibrahim (performing Art Entrepreneur of the
Year 2018).

Tentang Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship)

Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship) is a non-government organisation that strives on the frontier of gathering, creating, and developing sustainable companies with strong entrepreneurship traits. 

The organisation builds credibility by serving as a platform that supports the development of companies across all businesses. It offers programmers tailored with their best interest to ensure that they can achieve their goals while sustaining
core values.


Untuk maklumat lanjut, sila layari 
www.seba.asia.



Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS