Aplikasi Marrybrown Scam Harga Murah Sangat?

Hai dan salam sejahtera korang!

Haritu, ada satu posting di Twitter daripada N E Y R A (@neyrashazeyra) pasal aplikasi Marrybrown ada glitch sebab ada banyak promosi set dengan harga serendah RM1 sahaja. Antara promo yang ada haritu adalah RM1 for 1 Happy Combo, RM1 for 1 Family Meal, RM1 for 1 MB Buddy Meals.

Aplikasi Marrybrown Scam Harga Murah Sangat? Makanya terus saya pun download aplikasi baru Marrybrown untuk tengok betul ke tak ada promo ni, alang-alang rumah pun memang dekat dengan salah satu outlet Marrybrown. 

Wei, memamg betul lah! Ada banyak promosi set makanan daripada Marrybrown yang korang boleh redeem secara percuma! Setiap hari pula ada promosi set makanan serendah RM1-RM5! Terus saya redeem lah and try pergi beli tengok betul ke tak.



Download aplikasi Marrybrown disini: https://mbapp.marrybrown.com/ atau melalui Google Play Store atau App Store secara percuma.

Lepas download jangan lupa Register secara percuma. Lepas register saya terus dapat FREE seketul MB Crispy Chicken. Rezeki la register, siapa nak bagi ayam percuma kan. 

Tengok banyak juga deals yang ada, sempat juga redeem MB Crispy Chicken Bucket for RM5. Berbaloi sangat makan dengan family sempena berbuka ni. Lepas redeem, voucher tu valid selama 24 jam sahaja, make sure korang sempat redeem ye.



Make sure korang semak outlet Marrybrown yang terlibat untuk tebus baucar dari aplikasi Marrybrown disini: Marrybrown-participating-outlets sebab tak semua outlet terima, since sistem aplikasi ni masih lagi baru.

Selain daripada Deals yang RM1 & RM5 tu, banyak juga saya Redeem Deals yang lain. Boleh jimat banyak kalau beli set makanan Marrybrown melalui aplikasi ni. Memang saya beli untuk ramai haritu, jimat berganda.



Cara nak redeem Deals dari aplikasi Marrybrown:

🌸 Melalui Tab Laman Utama (Home):
1. Buka halaman utama di aplikasi, cari tawaran dan klik pada tawaran yang korang mahu
2. Lepas klik pada tawaran yang dipilih, anda ada penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih
3. Tekan 'Redeem'
4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'My Reward'
5. Tekan tawaran yang dipilih dan imbas kod QR di cawangan Marrybrown yang terpilih.

🌸 Melalui Tab Deals:
1. Pergi ke 'Deals' dan pilih tawaran yang korang nak 
2. Lepas klik pada tawaran yang dipilih, anda ada penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih
3. Tekan 'Redeem'
4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'My Reward'
5. Tekan tawaran yang dipilih dan imbas kod QR di cawangan Marrybrown yang terpilih.

Lepas Redeem, korang boleh enjoy makanan daripada Marrybrown! Selamat mencuba! ^_^



Make sure korang semak outlet Marrybrown yang terlibat untuk tebus baucar dari aplikasi Marrybrown disini: Marrybrown-participating-outlets.

Download tau, jangan tak download sementara percuma dan banyak deals menarik ni.

Marrybrown Malaysia
Website: marrybrown.com
Instagram: www.instagram.com/marrybrownmy
Facebook: www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
Twitter: twitter.com/MarrybrownMY



Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS