Assalamualaikum dan Hai korang!
Penjagaan rambut sangat penting terutamanya untuk wanita yang berhijab. Susah sebenarnya nak jumpa syampu yang susuai untuk kulit kepala dan rambut bila bertudung. Ye lah, bila bertudung kadang berpeluh dan berkuap, lepas tu tak selesa.
Untuk korang yang ada masalah ni, boleh cuba rangkaian produk Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert), yang terbaru. yang kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics.
Fungsi Teknologi Hijab Scalp Biotics adalah untuk mengekalkan keseimbangan & kesihatan mikrobiom kulit kepala supaya rambut mereka yang berhijab lebih sihat & lebat serta or course wangi dan bersih.
Tahu tak korang, hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala mereka yang tidak berhijab.
Ini disebabkan oleh bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat factor cuaca yang panas dan lembap. Sebab itu lah pelbagai masalah kulit kepala dan rambut mudah berlaku kepada mereka yang bertudung.
Antara yang paling common adalah seperti kelemumur, rambut gugur, kulit kepala berbau dan gatal.
Saya bertuah sebab Safi Shayla ada hantar Set Penjagaan Rambut Berhijab Safi Shayla Menjelang Raya untuk saya cuba tempoh hari. Antara produk yang saya dapat adalah:
1x PR Kit Basket
1x Sejadah (Prayer Mat)
1x Habbatus Sauda (Black Seed)
1x Kurma Ajwa - Premium Quality
5x Safi Shayla shampoo
Apa yang baru tentang Safi Shayla, kini telah diupgrade dan diformulasikan dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, yang pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bacteria baik, bagi mengembalikan semula dan mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala.
Selain itu, Safi Shayla yang baru ini juga mengandungi 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab.
Top 5 Syampu Safi Shayla adalah:
🌷 1. Safi Shayla Syampu Anti Kelemumur
Berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta melegakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin.
🌷 2. Safi Shayla Syampu Kawalan Rambut Gugur
Menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rapuh supaya rambut lebih kuat.
🌷 3. Safi Shayla Syampu Licin Terurus
Melembutkan dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus supaya rambut lebih licin, lembut dan senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut.
🌷 4. Safi Shayla Syampu Segar Bermaya
Memberikan rasa segar dengan sensasi dinginnya dengan membersihkan rambut dan kulit kepala secara mendalam serta mengurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar dan bermaya.
🌷 5. Safi Shayla Syampu Itch Kontrol
Membantu menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar lebih selesa.
Paling saya suka adalah Safi Shayla Syampu Kawalan Rambut Gugur dan Safi Shayla Syampu Licin Terurus. Safi Shayla ni bagus sebab mereka memang buat syampu yang dirumus khas untuk mereka yang bertudung/berhijab.
Penting untuk pastikan kebersihan dan keseimbangan kondisi rambut kulit kepala supaya boleh tampil yakin dengan rambut sihat, cantik dan lebat walaupun korang bertudung. barulah akan rasa lebih selesa.
Korang boleh dapatkan rangkaian produk penjagaan rambut Safi Shayla di mana-mana stor berdekatan seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian, ataupun secara dalam talian di laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee: [Klik Shopee linik disini]
7 Comments
follow here #1021