Festival Makan Durian Terbesar di Malaysia

Hello dan Salam Sejahtera korang!

Siapa kat sini peminat Durian? Festival makan durian yang terbesar di Malaysia - Malaysia International Durian & Cultural Fest 2022 bakal berlangsung pada hujung minggu ini. Dengan hanya RM88, korang dapat makan durian sepuas-puasnya 

Malaysia International Durian & Cultural Fest 2022 merupakan di Malaysia’s biggest International Durian Cultural Fest - bufet durian yang terbesar di Malaysia, dimana korang boleh makan sebanyak mana durian yang korang nak! 

4 jenis durian yang akan dihidangkan, termasuklah: XO, Udang Merah, Butter King, Hor Lor & lain jenis durian yang sama kategori. Musang King pun ada kalau korang nak beli masa makan tu. Harga special tiket masuk adalah RM88 sahaja!

Malaysia International Durian & Cultural Fest 2022
Tarikh: 16 & 17 Julai 2022
Lokasi: Piazza, Level 3, Pavilion Bukit Jalil



Dking yang juga dikenali sebagai Duricious Sdn. Bhd ditubuhkan pada 2011 bermula dengan menjual 'Durian Beku Goreng' pertama di pasar malam. Produk ini sangat dicari dalam kalangan rangkaian F&B, hotel dan pasar raya.

Lepas tu mereka mula menjual durian premium di SS2, Petaling Jaya dan kini jenama Dking terkenal diseluruh Malaysia dan juga antarabangsa. Disebabkan ini, Dking diperakui sebagai kumpulan pertama pengeluar Durian yang telah diberikan Permit Eksport ke China pada tahun 2019. 



Dengan misi untuk membawa Durian Malaysia supaya lebih dikenali ramai, Dking dan Malaysian Inbound Chinese Association (MICA), dengan sokongan daripada Tourism Malaysia dan kerjasama banyak pihak telah bersama-sama menganjurkan Malaysia International Durian & Cultural Fest 2022.

Dengan adanya festival ini, lebih ramai pelawat dari dalam dan luar negara dapat merasa budaya Malaysia dan rasa sendiri buah-buahan tropika yang premium yang ada di Malaysia termasuklah buah durian.

Sepanjang sedekat yang lalu, makanan di Malaysia sentiasa menjadi antara komponen perbelanjaan teratas untuk pelancong domestik dan antarabangsa di Malaysia. Selama bertahun-tahun negara kita menawarkan kepelbagaian makanannya dan Durian, telah mencapai kedudukan teratas senarai buah yang terkenal di Malaysia.




Majlis "The Road to Malaysia's International Durian & Culture Fest 2022 (MIDCF)" ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Rosnah Mustafah, Timbalan Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pada 12 Julai 2022 yang lepas di Dking, SS2, Petaling Jaya.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Encik Leron Yee (Pengasas Dking), Simon Chin, (Pengasas Dking), YBhg. Dato Dr. Gavin Voon, (Chairman of National Consumer Action Council, MTPN Selangor), YBrs. Puan Rosnah Mustafah (Timbalan Pengarah Kanan Tourism Malaysia), Encik Badrul Hisham Hilal (Senior Manager, F&B And Agro-Based Unit, MATRADE).



Rezeki kami juga sebab selepas acara, para media dihidangkan dengan Durian Premium Dking, Durian XO. Sebab sedap sangat, sampai kami pun tapau Durian D200 Black Thorn (Harga semasa - 1kg/RM99). Puas hati makan durian minggu ni.

Antara menu lain yang korang patut cuba kalau ke Dking adalah, cuba makan Cendol Durian. Dengan 2 ulas durian dalam cendol, puas hati juga untuk hilangkan rasa teringin nak makan durian tu. Durian dalam cendol pun bukan kaleng-kaleng.




Peminat durian dan buah-buahan tempatan jangan lepaskan peluang untuk sertai bufet makan durian terbesar di Malaysia yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2022. Tiket hanya serendah RM88 untuk slot makan selama 1 jam.

Festival Makan Durian Terbesar di Malaysia 2022 - 
Malaysia International Durian & Cultural Fest 2022

Harga tiket: RM88 (early bird)
Beli tiket disini: http://t2u.asia/e/27800

Untuk maklumat lanjut:
Website: dking.com.my/our-story
Instagram: hwww.instagram.com/dkingno1


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Mantap... Leya memang suka durian. Bestnye dapst makan durian banyak². Kenapa tak hajak leya. Hehe..

FOLLOWERS