Rasa Sos Teriyaki Wasabi Dengan Marrybrown Oishii Japan

Hai dan Assalamualaikum korang!

Marrybrown selalu buat menu yang "something different", dengan kempen terbaru mereka, Around the World bersama Marrybrown. Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk membawakan variasi menu dari serata dunia.

Kali ini, Marrybrown membawakan menu terbaru mereka, Oishii Japan dengan menbawakan rasa Teriyaki Wasabi yang boleh didapati di semua cawangan Marrybrown bermula dari 23 Jun hingga 1 Ogos 2022.

Sejak 1981, Marrybrown telah berkembang dan menjadi syarikat rangkaian makanan segera terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 500 lokasi disekitrar 16 negara, termasuklah dari Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Myanmar, India, Maldives, China, Afrika, Timur Tengah, Nepal dan Sweden.


Saya berkesempatan untuk ke majlis pelancaran menu Marrybrown Oishii Japan yang diadakan baru-baru ini di Marrybrown, IOI City Mall Putrajaya. Dah lama tak ke event makan-makan, jadi kali ini saya bawa Mak sekali untuk teman ke event haritu.

Gambar dibawah: Dato' Joshua Liew (center), Chief Executive Officer of Marrybrown dengan secara rasminya melancarkan Marrybrown Oishii Japan, menu terbaharu rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar yang mempunyai rasa manis dan pedas.




Apa yang special menu Marrybrown Oishii Japan ni adalah sebab gabungan sos Teriyaki yang manis dicampurkan dengan rasa kepedasan wasabi. Menu ini juga disertakan dengan air minuman Sakura Fizz berwarna merah jambu yang melambangkan pokok bunga sakura.

Antara kombo Marrybrown Oishii yang korang boleh cuba:
🍗 Kombo 2 ketul Ayam Oishii (harga bermula dari RM 20.50)
🍚 Kombo Oishii Rice Bowl (harga bermula dari RM 12.90)
🍔 Kombo Burger Marrybrown Oishii (harga bermula dari RM 15.30)
🍱  Marrybrown’s Oishii Box Meal (harga bermula dari RM 23.90)

*Setiap set didatangkan dengan potato wedges dan air minuman Sakura Fizz.


Sos Teriyaki Wasabi ni rasa dia manis-manis teriyaki dengan ada sedikit rasa pedas wasabi. Rasa dia tak plain macam sos cili biasa, sebab ada bau wasabi tu, something new dan special untuk menu yang diilhamkan khas dari Jepun.

⭐ Review Marrybrown Ayam Oishii 
Ayam goreng Marrybrown’s Crispy Chicken memang terkenal sebab resepi rahsia deorang. Jadi bila gabungkan sekali dengan sos special Teriyaki Wasabi, makanya lagi sedap.

⭐ Review Marrybrown Oishii Rice Bowl
Saya suka juga dengan Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, sesuai sangat dengan tekak orang Malaysia yang suka makan nasi. Kalau masa waktu makan tengah hari, saya akan order set Oishii Rice Bowl.

⭐ Review Marrybrown Burger Oishii
Burger Oishii dengan bun bewarna merah jambu yang menggambarkan bunga sakura, dikepit bersama kepingan Marrybrown’s Crispy Chicken dengan sos teriyaki wasabi, something new la.

Kalau korang jenis rambang perut tak tahu nak makan menu yang mana satu, korang boleh order saja Marrybrown Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz.






Dengan menu waktu terhad special ni, peminat Marrybrown boleh makan set menu yang unik ini sambil bayangkan mereka berjalan di Jepun.

Ramai juga cosplayer yang ada di event ni, samurai pun ada sesuai la dengan tema Jepun ni. Excited Mak ambil gambar dengan deorang. Pada hari event juga ada freebies, so siapa yang ambil gambar dengan deorang dan upload di social media, dapat redeem 1 set Marrybrown Oishii Japan!



Marrybrown
Website: marrybrown.com
Instagram: www.instagram.com/marrybrownmy
Facebook: www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
Twitter: twitter.com/MarrybrownMY


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS