Pengalaman Buat Facial di Murad Facials IOI City Mall

Hello beautiful!

Lama dah tak cerita tentang kecantikan, espacially facial kan. Jadi kalini saya nak bawa korang ikut saya ke Pengalaman Pertama Buat Facial di Murad Facials yang terletak di IOI City Mall. Pertama kali juga saya buat facial di spa yang ada produk skincare mereka sendiri.

Siapa yang tak kenal dengan jenama Murad, yang dah ada didalam industri kecantikan selama lebih daripada 30 tahun. Murad terkenal dengan misi untuk mencapai "skin wellness" dengan bantuan daripada formula produk yang bagus dan inovasi teknologi berprestasi tinggi

Murad yang diasaskan oleh pakar dermatologi dan ahli farmasi Dr. Howard Murad. Produk Murad Skincare yang merupakan jenama pertama produk penjagaan kulit klinikal yang dah wujud sejak tahun 1989 lagi. 


Murad terletak di tingkat 2, IOI City Mall Putrajaya. Kalau korang familiar dengan layout mall ni, outlet Murad di hujung sekali sebelah dengan Daiso. Nak cari pun tak susah, sebab dari jauh escalator pun dah boleh nampak Murad.



Sebab haritu saya ada buat temu janji, masa saya sampai tu dah ada therapist yang tunggu. Therapist saya untuk hari ini adalah: Dhiya Zayani - Skin Health Specialist. Rasa pelik juga sebab first time jumpa orang yang sama dengan nama saya sendiri. Hehe ^_^

Datang je, kita kena buat Pendaftaran. Masa ni, kena isi borang tentang diri dan boleh nyatakan masalah kulit yang kita ada. Boleh juga note tentang apa masalah kulit yang kita nak deorang focus untuk dapatkan recomendasi rawatan yang ada.


Paling saya interested dengan Murad Facials sebab nak cuba alat Skin Analysis dia. Skin analysis kat sini mudah saja procedurnya. Lepas dah daftar, therapist akan amik gambar sebelah muka kita untuk tahu masalah apa yang kita ada.

Tak kisahlah samada muka ada makeup atau tidak, teknologi kamera dia mampu tengok keadaan kulit korang samada tanpa makeup ataupun dengan makeup. Memang accurate alat dia, sebab boleh tahu terus masalah apa yang saya ada masa visit ni.



Paeh pun tak lepaskan peluang untuk tengok samada kalau dia ada apa-apa masalah kulit. Ye lah, orang lelaki mana nak jaga sangat kulit muka kan, bila dah meningkat umur, baru nampak ada beberapa masalah kat muka.

🌸 Masalah kami yang dapat detect:
⭐ Saya: Sedikit kemerahan ditepi hidung dan dagu, haris halus bawah mata, kesan jerawat.
⭐ Paeh: Jeragat, kulit kasar, kemerahan ditepi dagu.

🌸 Antara masalah kulit muka yang menjadi kebimbangan saya:
→ Kulit kusam
→ Kulit kering
→ Kulit berminyak

*Tengok, walaupun saya ada pakai makeup, tapi nampak jelas masalah yang ada. Cumanya sebab saya memang jaga kulit muka, so therapist cakap kulit saya Alhamdullilah okay cuma kurang hydrate.



Selesai sahaja Skin Analysis, dan dapatkan rawatan apa yang sesuai dengan masalah saya pada hari visit, saya terus dibawa ke bilik facial untuk mulakan rawatan. Walaupun outlet ni kecil - sebab dalam mall, tapi bilik dia selesa dan lengkap.

Sampai bilik, kena salin ke baju/ kain yang dah disediakan. Wajib tukar baju ye sebab nanti ada sesi urut bahu, belakang dan leher. Rugi kalau tak buat sebab part tu yang paling best. Haha


Rawatan facial yang saya akan buat di Murad Facials adalah: Hydration Quench Ultrasonic Facial yang akan membantu melembapkan kulit muka, membantu menghilangkan kesan jerawat, menganjalkan kulit, dan mambantu menghilangkan garis halus dan kedutan yang baru nak mula tu.

Menariknya kalau buat facial di Murad, semestinya therapist akan pakai produk Murad. Murad ada banyak rangkaian produk yang khas mengikut keadaan kulit korang. Daripada masalah kulit berminyak, kering sampai ke masalah penuaan pun semua Murad ada.



Hydration Quench Ultrasonic Facial

Step 1: Makeup Removal
Langkah pertama dalam mana-mana sesi facial, semstinya untuk bersihkan muka dahulu. Kalau yang tak pakai makeup pun memang deorang akan cuci juga supaya bersih. Kadang kotor kita tak nampak dengan mata kasar.

Step 2: Double Cleansing
Sukanya saya kat Murad Facials sebab deorang buat double cleansing sebabnya especially untuk yang pakai makeup macam saya, yang jenis oil-based, kadang kalau cuci biasa sahaja susah nak tanggal.

Step 3: Exfoliate 
Lepas dah cuci bersih, therapist akan mulakan sesi exfoliate. Exfoliate merukana salah satu langkah yang penting didalam facial sebab boleh membuang sel kulit mati dan supaya sel kulit baru untuk keluar. Kalau tak buat, lambatlah proses tu.



Step 4: Upper Back Massage
Langkah yang paling saya suka setiap kali facial. Saya tak tahulah, kenala bila orang facial urut kadang lagi best daripada tukang urut badan. Sesi kalini best sebab memang saya sakit badan dan bahu, semua point yang dia urut memang kena sampai hampir terlelap.

Step 5: Extraction
Proses extraction merupakan langkah yang paling penting walaupun menyakitkan sampai kadang-kadang boleh menaangis dalam setiap kali sesi facial sebab proses ini lah yang akan membantu buang blackhead, whitehead dan segala bendasing yang ada pada kulit muka korang.

Lagi best kalau datang masa muka tengah breakout especially kalau jerawat dah masak, atau masa baru balik trip sebab masa trip kita tend untuk abaikan kulit kita. Macam saya masa visit ni lah, kulit tengah nak mula breakout sebab tak minum cukup air.


Step 6: Sensitive Serum
Disebabkan muka saya jenis yang cepat merah, especially masa extraction tu, therapist apply sensitive serum untuk muka saya supaya lagi cepat hilang sakit, kesan merah dan kesan bekas. Sejuk dan soothing je serum ni masa apply.

Step 7: Shoulder & Neck Massage
Langkah yang paling saya tunggu-tunggu dan suka. Sangat relaxing dan best. Sedapnya therapist urut. Saya diberitahu juga, yang therapist dan beautician di Murad semua terima latihan yang sama. So, kalau ke outlet lain pun sama je rawatan dan cara urutnya.

Step 8: Facial Massage
Facial massage kat Murad pun ada pakai special oil massage. Sangat relaxing dan boleh rasa therapist buat lymphatic massage kat muka yang dimana akan membantu mengurangkan bengkak air pada muka. Secara tak langsung, boleh nampak sikit kesan V-shaped face tu.


Step 9: Hydration Quench Ultrasonic Facial
Hydration Quench Ultrasonic Facial merupakan satu rawatan memasukkan (infuse) serum dengan menggunakan gelombang ultrasonic yang akan membantu menghaluskan, menghidrasi, meratakan tona kulit dan hasilnya akan membuatkan kulit lebih berseri.

Semasa sesi, therapist campurkan serum hydration dan Vitamin C untuk di-infuse kedalam kulit menggunakan mesin ultrasonic. Mesin ni tak sakit pun, actually rasa dia sejuk je masa dia sapu ke kulit. Relaxing dan sejuk je rasa dia.

⭐ Hasilnya! 
Dengan kesan positif rawatan ultrasonic kepada tisu dan otot muka, kulit menjadi lebih tegang dan glowing serta nampak lebih muda, tona kulit lebih sekata, licin dan lembap. Basically nampak sihat dan plump gitu. Kesan memang nampak terus selepas rawaatan.



→ Apa yang best tentang Ultrasonic Facial?
Di Murad, mereka menggunakan mesin ultrasonic facial yang mengeluarkan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi yang menembusi jauh di bawah permukaan kulit. 

Proses ini membantu memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit sambil meningkatkan peredaran darah dan menegangkan otot di kawasan rawatan dengan berkesan. Ia juga terbukti dapat membantu menyampaikan produk penjagaan kulit (bahan aktif) ke dalam kulit dengan lebih efektif dan cepat.


Step 10: Hydrating Gel Mask
Selepas muka dah dapat vitamin dan serum masa ultrasonic tadi, saya dipakaikan dengan Hydrating Gel Mask untuk mengurangkan mesan kemerahan dan iritasi kulit saya. Lepas rawatan ni, memang nampak banyak kurang merah-merah tu.

Step 11: Sunscreen & Moisturizer 
Habis je facial, therapist pakaikan balik krim moisturiser dan sunscreen untuk kita sebelum balik. Saya dapat juga satu tips, yang sunscreen works best with moisturiser. Wah, ilmu baru ni. Murad Skincare pun ada produk yang 2-in-1 moisturiser dan sunscreen rupanya.


Selepas habis rawatan, Therapist Dhiya kenalkan saya dengan antara produk yang dipakai semasa rawatan facial tadi. Produk daripada range Purple Murad Skincare. Memang semua produk untuk masalah hidrasi kulit daripada Murad.

Korang boleh tengok kat bawah, beza muka saya sebelum dan selepas facial. Memang nampak macam saya, but the fact that muka saya selepas facial nampak macam sebelum itu yang menarik sebab itu muka bare face kan.

Excited sangat nak tunggu muka lepas kesan jerawat baik. Jerawat yang baru picit tadi pun dah terkubur bersama. Kulit pun nampak lebih sihat dan glowing. Yay! Paling best, siap dapat tester krim Murad Intense Recovery Cream (7.5ml) supaya parut lagi cepat baik. 


Harga Rawatan 
Hydration Quench Ultrasonic Facial di Murad
RM339/ per sesi
Promo 10 sesi: RM3990 + Percuma kredit produk bernilai RM800


Inilah therapi saya, Dhiya Zayani - Skin Health Specialist. Lembut dan ramah sangat dalah menerangkan keadaan kulit dan masa sesi rawatan. Kalau korang nak request therapist, masa temu janji, korang boleh cakap je nama ya.



✅ Update 27 Julai 2022, lebih daripada 2 minggu selepas buat rawatan Hydration Quench Ultrasonic Facial di Murad, kulit saya makin baik dan bekas parut jerawat pun makin kurang. 
✅ Bekas parut tu masih ada, tapi kalau makeup sekurangnya boleh tutup kesan tu. 
✅ So far, saya memang puas hati dengan servis rawatan.

Murad IOI City Mall
Lot No. L2-50, Second Floor, IOI City Mall, 
Lebuh IRC, IOI Resort City, 
62502 Putrajaya, Selangor.



Stay beautiful, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS