Beli Tiket Konsert Rossa 25 Shining Years in Malaysia

Hello dan selamat sejahtera korang!

Selepas kejayaan siri jelajah konsert "Rossa 25 Shining Years Concert" di Jakarta, Bandung dan Surabaya, Indonesia yang dihadiri dengan lebih daripada 15000 orang penonton, kini konsert ini akan diteruskan ke Malaysia untuk pertama kalinya selepas pandemik.

Konsert solo Dato' Sri Rossa, Rossa 25 Shining Years Concert yang diadakan sempena dengan ulangtahun ke 25 Rossa didalam industri muzik akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC Convention Centre pada 2 November 2022 yang akan datang.

Rakan media, bersama dengan saya telah dijemput oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) untuk menyertai majlis sidang media konsert "Rossa 25 Shining Years Concert" yang akan diadakan di Malaysia November 2022 nanti.




Konsert Rossa 25 Shining Years in Malaysia dibawakan khas dengan kerjasama Inspire Production Indonesia, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Ticket2u.com, Myvitalab dan Koperasi Prihatin Nasional (KOPENA).

Specialnya tentang kolaborasi Dato Sri Rossa bersama dengan PRIHATIN adalah, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN untuk pendidikan anak-anak keluarga Malaysia yang memerlukan.

PRIHATIN mengalu-alukan pihak korporat dan orang ramai untuk membeli tiket korporat kalau mereka nak memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan didalam bidang pendidikan melalui konsep "Berhibur Sambil Beramal".




Konsert Rossa 25 Shining Years in Malaysia ini merupakan kali keempat Rossa membuat persembahan di Malaysia. Kata Rossa, beliau suka dengan peminat di Malaysia sebab mereka suka, reaksi positif dan sangat menyokong karya muziknya.

Rossa, atau nama penuhnya, Rosa Roslaina Handiyani bakal berduet dengan rakan baiknya sendiri, Judika buat pertama kalinya di pentas Malaysia.

Ditanya mengenai apa yang Rossa suka tentang Malaysia, beliau menjawab yang Malaysia banyak makanan yang enak dan sedap. Setiap masa tak kira siang atau malam, mesti mudah nak dapatkan makanan. Rossa juga rindu dengan Nasi Lemak.

Fakta menarik tentang Rossa:
🌸 Beliau mendapat gelaran Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
🌸Rossa merupakan artis dan penyanyi wanita Indonesia yang pertama yang pernah membuat persembahan di Istana Budaya.
🌸 Selain menyandang status Diva di Indonesia, Rossa turut ada perniagaan kecantikan, Rossa Beauty.



"Rossa 25 Shining Years Concert" di Malaysia bakal menampilkan 25-27 buah lagu hit Rossa dengan persembahan istimewa single terbaru Rossa, 'Sekali Ini Saja' dengan dibantu oleh 4 pengarah muzik: Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto dengan bantuan Magenta Orchestra.

Tahu tak korang, rancangan Rossa 25 Shining Years Concert untuk membawakan konsert solo pertama Rossa di Malaysia selepas pandemik hanya mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu sahaja.


Dimana nakk beli dan cara beli tiket Konsert "Rossa 25 Shining Years Concert" in Malaysia.

Harga tiket Konsert "Rossa 25 Shining Years Concert" in Malaysia

DIAMOND Lvl 1: MYR 1592.00
PLATINUM Lvl 1: MYR 1092.00
GOLD Lvl 1: MYR 592.00

CAT 1 Lvl 3: MYR 392.00
CAT 2 Lvl 3: MYR 262.00
CAT 3 Lvl 3: MYR 172.00

Tiket Konsert "Rossa 25 Shining Years Concert" in Malaysia boleh dibeli secara dalam talian di laman web: [ticket2u.com.my] dan secara offline bagi jualan tiket amal.

Mereka yang nak beli secara offline untuk tujuan amal dan tiket korporat boleh hubungi:
Puan Nelle: +6013-3886533

Setakat ini, sudah lebih 50% seat telah dijual, dengan tiket seat korporat telah habis sepenuhnya.



Kapasiti tempat duduk dan tiket yang sangat terhad di Dewan Plenary, KLCC Convention Centre, dengan total lebih kurang 3000 tempat, jangan lupa dapatkan tiket korang sebelum habis. Konsert kalini lebih special dan dekat dihati Rossa sebab lebih private.

Pembelian tiket 
Rossa 25 Shining Years Concert di Malaysia
Laman web: ticket2u.com.my
Contact: Puan Nelle: +6013-3886533

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

5 Comments

  1. lagu2 rossa ni best jugak. peminat rossa mesti tertunggu2 konsert dia kan. peluang terbaik lah nak grab.

    ReplyDelete
  2. Wow....thanks for sharing this news to us. Got to know better about Rossa from your sharing here. So proud that we have another talented Malaysian artist to shine. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. I memang salah satu peminar Rossa sejak time sekolah dulu, going to check out the ticket

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Rossa! Dari dulu sampai sekarang tak berubah pun. Suka dnegan lagu2 dia jugak :) Semoga concert beliau sukses!

    ReplyDelete
  5. Nie kalau kakak Rawlins tau, memang deras dia membeli. Entah2 dia dah beli nie sebab memang hardcore fan Rossa

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS