Perkhidmatan Telekonsultasi CariDoctor oleh Caring Pharmacy

Assalamualaikum dan Hai korang!

Pernah tak korang ada masalah nak dapatkan ubat terkawal di farmasi, tapi tak ada masa nak ke hospital atau klinik untuk dapatkan surat ubat/ prescription letter yang baru? 

Masalah ini selalu dialami terutamanya mereka yang on medication - ubat yang lama seperti untuk penyakit diabetes, sakit jantung, tekanan darahh tinggi dan lain-lain. Selalunya tak ada masa, ataupun taknak buang masa ke hospital untuk berjumpa doktor.

Sempena dengan Hari Farmasi Sedunia pada 25 September 2022, CARiNG Pharmacy Group telah melancarkan perkhidmatan CariDoctor yang membolehkan para pelanggan mendapatkan khidmat nasihat kesihatan secara professional dan preskipsi ubat oleh doktor yang bertauliah.


Dari kiri: Ms Wong Hooi Fen (Chief Pharmacist of CARiNG Pharmacy), Mr Loo Jooi Leng (CARiNG Marketing Director), Mr Chong Yeow Siang (Managing Director of CARiNG Pharmacy), Mr Andrew Tan (Deputy President of Malaysian Pharmacists Society) and Dr Izzan Nadira binti Ismi (Panelist Doctor).

CariDoctor merupakan perkhidmatan preskripsi elektronik (Electronic Prescription Service) - telekonsultasi yang akan membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat nasihat perubatan secara percuma dan segera kalau mereka ada gejala ringan yang tertentu.

Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan CariDoctor di semua cawangan CARiNG Pharmacy dan Georgetown Pharmacy serta Wellings Pharmacy yang terpilih diseluruh negara secara percuma!

❌ Nota: Perkhidmatan CariDoctor tidak boleh digunakan untuk hal kecemasan perubatan. Kalau ada masalah atau kecemasan perubatan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik dan hospital dengan segera.

CARiNG Pharmacy Group atau Caring dengan bangganya memperkenalkan perkhidmatan CariDoctor untuk membantu pesakit berunding dengan mudah untuk masalah kesihatan anda dengan anda doktor di farmasi. 



Mr Chong Yeow Siang, Managing Director of CARiNG Pharmacy berkata:

"What an honor it is to be able to play a part in offering utmost convenience for a vast majority of the community in Malaysia and at the same time promoting good health practices with our new ‘CariDoctor - Electronic Prescription Service’."

"At CARiNG Pharmacy Group, we are constantly innovating to offer superior services that can aid a large number of people in terms of medical advisory, convenience, quality, cost, and reliability."


Servis CariDoctor akan diadakan didalam bentuk teks dengan bantuan oleh ahli farmasi di cawangan CARiNG Pharmacy dan Georgetown Pharmacy serta Wellings Pharmacy dengan kerjasama dengan doktor yang bertauliah - servis ini akan menyediakan penyelesaian kepada masalah perubatan dan perundingan mengenai penyakit ringan.

Kalau pergi, doktor yang consult sendiri akan minta request untuk teruskan konsultasi didalam bentuk video, tergantung kepada masalah yang memerlukan doktor untuk lihat seperti masalah kulit, ataupun ada masalah dalam sesi teks.

✅ Kalau korang nak pakai perkhidmatan CariDoctor, langkahnya adalah:

1. Pergi ke CARiNG Pharmacy,
2. Beritahu kepada staff/ahli farmasi tentang masalah anda,
3. Kalau perlu, ahli farmasi akan rujuk anda kepada doktor di CariDoctor.
4. Sesi telekonsultasi boleh pada masa itu juga tanpa cas.
5. Setelah selesai telekonsultasi, hanya perlu bayar ubat yang diberikan oleh doktor.



Selain daripada perkhidmatan CariDoctor yang baru dilancarkan ini, CARiNG Pharmacy memamg dah ada buat pelbagai servis perkhidmatan yang ditawarkan secara percuma di cawangan farmasi mereka.

Antara perkhidmatan percuma yang ditawarkan kepada pelanggan di CARiNG Pharmacy:

⭐ Pemeriksaan kesihatan/ Health check - tekanan darah, ujian tahap gula dan kolesterol.
⭐ Kempen Jom Kurang Manis - Khidmat kaunseling Diabetes.
⭐ Eat Well Stay Fit - Khidmat pengurusan berat badan.
⭐ Do It Right - Kempen cara pelupusan ubat dengan selamat.
⭐ 3C CARiNG Customer Care - Rekod MyHealth, semakan cara penggunaan ubat, pemantauan dos ubat, dan pengurusan penyakit kronik.
⭐ Khidmat kaunseling Asthma.





CARiNG Pharmacy Group memang selalu memperkenalkan banyak servis dan perkhidmatan farmasi untuk memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat setempat dan pelanggan mereka.

CARiNG Pharmacy tahu yang tak semua orang boleh ke hospital atau klinik pada bila-bila masa, jadi misi mereka untuk membantu masyarakat mendapatkan bekalan ubat dan khidmat nasihat perubatan daipada ahli farmasi yang berkelayakan.

Ramai pelanggan CARiNG Pharmacy yang berpuas hati dengan servis kesihatan dan perkhirmatan percuma yang mereka tawarkan. Servis-servis ini banyak membantu pesakit untuk lebih memahami tentang penyakit mereka dan cara untuk kekal sihat.




Pada hari pelancaran tempoh hari, CARiNG Pharmacy turut membawa servis perkhidmatan yang mereka tawarkan secara percuma untuk kami cuba. Lama juga saya tak buat medical checkup dan test nak tengok keadaan badan.

Nasib baik ada servis pemeriksaan kesihatan daripada CARiNG Pharmacy, yang memudahkan orang yang sibuk dengan kerja macam saya untuk dapatkan khidmat nasihat perubatan daripada pihak yang betul.



Sempat juga saya main Game pada hari pelancaran perkhidmatan terbaru daripada CARiNG Pharmacy. Kalau berjaya main game ni, dapatlah 1800 points didalam "aplikasi Caring". 

Untuk korang yang pertama kali register aplikasi Caring pun ada peluang untuk dapatkan 200 points secara percuma semasa pendaftaran. Jadi, boleh la register untuk redeem 200 points secara percuma!


Untuk maklumat lebih lanjut:
Website: caring2u.com
Facebook: www.facebook.com/caring2u
Instagram: www.instagram.com/caringpharmacy_my

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

9 Comments

Dixon Thum said…
Aplikasi CariDoctor ini sangat memudahkan kita untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan di Farmasi Caring. Terbaik!
Rawlins GLAM said…
Caring Pharmacy nie memang antara trusted pharmacy yang Rawlins pergi kalau nak beli prescribed medications (terutama time Covid). Nie dah ada collab dgn CariDoktor plak ye, congrats!
仙妮 said…
Thanks for sharing about this app card doctor by Caring Pharmacy, I just got to know it & already downloaded it on my phone, it's a helpful one. Cheers Siennylovesdrawing
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this Telekonsultasi CariDoctor service, indeed its very convenient for all, will try out this
Bae Roslan said…
memang bagus bilanada khidmat nasihat doktor ni. cawangan caring pun banyak tak perlu la nak risau.
Kitkat Nelfei said…
Bagus kan initiatif dari Caring Pharmacy ni! Great to have CariDoktor yang memudahkan urusan, boleh buat online jer thru telecommunication! Good job!
fafa (n_n) said…
Wahh bagus nya apps cari doctor ni. . Baru tahu banyak servis medical percuma dari caring pharmacy ye.
Ruby said…
Bagus servis ini disediakan oleh farmasi. Ruby dah ada beberapa apps begini, cuma masih tak selesa lagi dengan consultation bersama doktor melalui video call. Rasa mcam ada more person di sebalik hanya wajah doktor yang kita nampak. Hahaha. Tapi kalau ke farmasi dan ada bantuan pharmacist, konfiden muncul balik. Hehehe. Nanti boleh cuba.
halimah muhiden said…
Caring Pharmacy mmg tidak asing lg, skrg dah ada Cari Doktor lg memudahkan pelanggannya yg nak berurusan dgn mereka

FOLLOWERS