Hai dan salam sejahtera korang!
Tempoh hari, saya ke majlis perasmian cawangan klinik kecantikan, Klinik Nur Raisha yang kedua, yang terletak di Publika. Kalau korang mencari klinik estetik dengan doktor yang bertauliah dan harga yang murah di sekitar Kuala Lumpur, bolehla kesini.
Klinik Nur Raisha diasaskan oleh Dr. Wan Hidayu Wan Ahmad, yang juga dikenali sebagai Dr Ayu. Dr Ayu merupakan doktor bertauliah yang ada sijil kedoktoran perubatan am dan rawatan aesthetic di kawasan Puncak Alam dan Publika.
Klinik Nur Raisha popular dalam kalangan wanita yang sukakan kecantikan, terutamanya mereka yang mencari beauty spa atau klinik kecantikan yang berdaftar dan ada doktor bertauliah dengan harga yang sangat berpatutan.
Klinik Nur Raisha cawangan Publika terletak di A2-1-2, Solaris Dutamas, Publika. Dari jalan depan tu dah boleh nampak klink daripada jauh. Lokasi yang strategik juga.
"Nur Raisha" diambil sempena dengan nama anak kedua Doktor Ayu, yang baru lahir masa mula-mula Dr Ayu nak buka klinik pada tahun 2017.
Dr Ayu, doktor perubatan yang memang suka akan kecantikan ini finally buka cawangan klinik yang pertama pada tahun 2017 sebab kecintaan kepada kecantikan dan nak bantu orang lain terutamanya wanita diluar sana untuk merawat masalah kulit dengan harga yang berpatutan.
Harga rawatan estetika perubatan/ medical aesthetic di Klinik Nur Raisha bermula dengan harga serendah RM200. Ada harga rawatan sampai RM500 dalam satu rawatan. Purata harga rawatan di Klinik Nur Raisha adalah dalam lingkungan RM300-RM500.
Harga rawatan muka dan kulit di Klinik Nur Raisha memang tiada cas tersembunyi. Klinik Nur Raisha yang menawarkan khidmat doktor estetik ini menawarkan rawatan facial dan kecantikan dengan harga yang paling murah untuk standard klink estetik.
Salah satu kelebihan besar di sini adalah, mereka menawarkan khidmat doktor bertauliah untuk melakukan rawatan aesthetic. Selalukan spa kecantikan ada beautician, tapi disini, doktor bertauliah yang akan buat rawatan yang invasive tu.
Servis di Klinik Nur Raisha
⭐ Perubatan Am: Seperti klinik kesihatan yang lain, kat sini pun korang boleh datang kalau demam atau sakit yang biasa ada di klinik kesihatan sebab doktor disini memang doktor perubatan.
⭐ Rawatan Aesthetic: Menawarkan pelbagai rawatan untuk kecantikan kulit dan badan yang lebih fokus untuk masalah jeragat, parut jerawat, obesiti dan ketumbuhan pada badan, kulit dan muka seperti tahi lalat, melasma, keratosis, xanthelasma dan banyak lagi.
Semua rawatan kecantikan di Klinik Nur Raisha adalah memakai produk Klinik Nur Raisha sendiri, dengan bantuan mesin daripada Korea dan Amerika yang ada sijil kelayakan dan keselamatan daripada Food and Drug Administration (FDA).
✅ Oxygeneo 3 in 1 Superfacial - Membantu mengurangkan masalah kedutan, garis halus, kulit muka kusam, melembutkan kulit supaya kulit nampak sihat dan segar.
✅ Fractional CO2 Laser - Membantu masalah garis halus, kedutan, tona kulit tidak sekata, kerosakan akibat UV, skin tag dan tahi lalat.
✅ Cosjet ATR (Q-Switched Laser) - Membantu membuang keratosis, bintik penuaan, jeragat, tatoo, melasma dan masalah pigmentasi pada kulit.
Dr Ayu turut memperkenalkan produk penjagaan kulit Klinkk Nur Raisha, NR Clinical Skincare. Produk ini semua merupakan produk penjagaan kulit yang berlabel klinikal yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Produk penjagaan kulit Nur Raisha - NR Clinical Skincare
🌸Ultra Hydrating Cleanser
- Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit
- Ekstrak Chamomile, Portulaca dan Mallow - Membantu melembapkan dan menenangkan kulit.
- Esktrak Corn Flower dan Timun - Menyegarkan dan melembutkan kulit.
🌸 Discoloration Defense Txa Serum
- Tranexamic Acid dan Vitamin B3 - Membantu mencerahkan bintik hitam dan warna kulit.
- Peptide, Arginine, Hyaluronic Acid dan jenis Amino Acid yang berbeza - Membantu mengalakkan pengeluaran kolagen, menegangkan kulit dan mengurangkan garis-garis halus.
🌸 Brightening Concentrate Vitamin C Serum with X50 Pure White
- Gabungan 2 jenis Vitamin C - Membantu penyerapan kulit yang optimum dan berkesan.
- Gabungan X50, Dipotassium dan Peptides - Membantu mencerahkan bintik-bintik gelap, warna kulit, anti-penuaan dan menganjalkan kulit.
🌸 Ultra Brightening Cream
- Krim pencerahan yang lightweight, ringan dan berkhasiat untuk semua jenis kulit.
- Redivine, Shea Butter, Dipotassium dan Vitamin E - Membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan garis-garis halus, dan pertahanan radikal.
- Chlorphonesin, Bisabolol dan Silver Citrate - Mengurangkan kulit yang mudah breakout/ rosak.
Saya ucapkan tahniah kepada pihak Klinik Nur Raisha atas pembukaan Klinik Nur Raisha cawangan kedua di Publika pada 4 September 2022 tempoh hari.
Korang yang mencari beauty spa dan beauty facial dengan doktor kecantikan bertauliah, boleh la tengok rawatan apa yang Klinik Nur Raisha ada. Klinik Nur Raisha menawarkan pelbagai rawatan kecantikan secara klinikal khas untuk lelaki dan wanita.
Cawangan Klinik Nur Raisha
Cawangan HQ: Klinik Nur Raisha Puncak Alam
Cawangan 2: Klinik Nur Raisha Publika
Waktu operasi Klinik Nur Raisha Publika:
Buka setiap hari (Tutup - Khamis)
Waktu operasi: 9am - 6pm
Klinik Nur Raisha Publika
A2-1-2, Solaris Dutamas,
No 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
Website: kliniknurraisha.com
Facebook: www.facebook.com/kliniknurraisha
Instagram: www.instagram.com/kliniknurraisha
Zayani Zulkiffli.
0 Comments