Idea Hadiah Terbaik Dari Jepun - Japanese Premium Fruits

Hai dan salam sejahtera korang!

Kalau fikir pasal buah-buahan yang berkualiti mesti terfikir diantara 3 negara, iaitu Korea, Australia dan Jepun. Kalau saya, sejak ke Jepun dahulu, memang jatuh cinta sangat dengan kualiti, kesegaran dan kemanisan buahan dari Jepun.

Kempen "JAPANESE FRUIT. THE ULTIMATE GIFT."

The Japan Fruits and Vegetables Export Promotion Council (J-FEC) dan The Japan Food Product Overseas Promotion Center (JFOODO) berbesar hati memperkenalkan kempen terbaru mereka "JAPANESE FRUIT. THE ULTIMATE GIFT."

Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan kehidupan pemakanan yang lebih sihat dan juga budaya memberi hadiah di Malaysia. Budaya memberi hadiah - ataupun Omiyage dalam bahasa Jepun sangat popular di negara matahari terbit, Jepun.



Pada hari pelancaran kempen "JAPANESE FRUIT. THE ULTIMATE GIFT.", J-FEC dan JFOODO telah memperkenalkan model terkenal Malaysia, Amber Chia sebagai dutanya. Amber Chia terkenal dengan seseorang yang menjalani gaya hidup yang sihat.

Apabila ditanya mengenai apakah buah-buahan Jepun yang paling digemari, Amber Chia menjawab, beliau paling suka dengan Strawberry Putih dan Shine Muscat Grapes yang popular dengan kemanisan dan harga yang premium.

Sesi talkshow bersama dengan dari kiri: Ms. Amber Chia, Malaysian Supermodel and Actress dan Emcee, Yo Zi.

Dari kiri: Mr. Kurotaki Kazuyuki, International Economy Division of the Aomori Prefectural Government; Ms. Amber Chia, Malaysian Supermodel and Actress; Mr. Takashi Fukuda, Director of Pan Pacific Retail Management; Ms. Lynn Goh, Managing Director of Euro- Atlantic.

Kempen "JAPANESE FRUIT. THE ULTIMATE GIFT." bakal memperkenalkan anda kepada rasa unik dan kualiti tinggi buah-buahan Jepun yang bukan sahaja sesuai menjadi hidangan harian, tetapi juga sesuai dijadikan sebagai hadiah dan cenderahati yang orang lain.

Ini kerana, buah-buahan berkualiti Premium Japanese Fruits terkenal dengan 5 faktor utama yang menjadikannya pilihan yang tepat sebagai hadiah dan cenderahati.

5 sebab kenapa buahan dan sayuran Jepun sangat berkualiti:

🍀 Mempunyai cici-cici yang menarik
Buah-buahan berkualiti dari Jepun terkenal dengan saiz yang besar, sama dan nilai esthetic terhadap warna dan nampak menarik dan cantik untuk dimakan.

🍀 Rasa yang sedap
Dengan kandungan rendah asid dan tinggi gula, menjadikan buahan dari JEpun ini mempunyai rasa yang seimbang diantara rasa masam dan manis ditambah pula dengan rasa dan tekstur yang sedap.

🍀 Banyak pilihan jenis dan baka
Dengan total 4 musim di Jepun, mereka ada banyak jenis buah-buahan yang akan berbuah mengikut musim yang sesuai diberikan pada setiap musim.

🍀 Melalui teknologi dan pembanggunan, mereka dapat hasilkan baka baharu yang lebih baik
Penghasilan baka buah yang lebih baik dengan sifat buah yang terpilih menjadikan Jepun pengeluar buah-buahan yang berkualiti di dunia.

🍀 Mudah untuk dimakan
Buah-buahan Jepun mudah untuk dimakan dan boleh dimakan begitu sahaja sebab buah ini tidak menggunakan racun serangga, tiada biji dan mudah dikopek.



Tentang Label "Japan-grown Fruit"

J-FEC telah menubuhkan label "Japan-grown Fruit" sebagai tanda jenama untuk eksport buah-buahan Jepun supaya pembeli luar negara, pengguna, dah orang lain dapat mengenal pasti produk Jepun berkualiti tinggi di pasaran luar negara.

Label penjenamaan ini, yang dikeluarkan oleh Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries, dan digunakan secara menyeluruh untuk semua perkara yang berkaitan dengan eksport buah-buahan Jepun. Label ini telah mendapat kebenaran untuk digunakan sejak daripada 19 Oktober 2015 lagi.

Jadi korang yang nak makan dan beli buah-buahan berkualiti daripada Jepun, boleh lah refer kepada logo label "Japan-grown Fruit" yang terdapat di bungkusan produk buah-buahan.


Dari kiri: Mr. Kurotaki Kazuyuki, International Economy Division of the Aomori Prefectural Government and Mr. Takashi Fukuda, Director of Pan Pacific Retail Management.

Idea untuk memberikan bakul buah (gift fruit basket) sebagai hadiah adalah satu tradisi yang sudah lama dibuat di negara Jepun. Kalau kat sana, deorang bagi ikut musim sebagai tanda menghargai kawan-kawan, keluarga, rakan sekerja dan orang lain.

Bagi saya, idea untuk bagi buah tangan buah-buahan adalah satu idea hadiah yang sangat baik, sebab buah boleh dimakan dan lebih sihat. Paling penting, buah-buahan sesuai sangat untuk dikongsi beramai-ramai dan buahan label Jepun adalah premium dan berkualiti.

Kami pun sempat merasa buah Peach dan Muscat Grape yang sedang musim sekarang. Rasa buah premium Jepun memang lain, selain daripada bau dan tekstur yang menarik, rasanya pun manis dan berair apabila gigit masuk mulut.



Ada banyak pilihan buah-buahan Jepun yang boleh pengguna pilih mengikut musim sebab kat sana ada 4 musim yang menghasilkan pelbagai pilihan buah-buahan yang berkualiti.

Antara buah Japanese Premium Fruits yang terlibat didalam kempen ini adalah:
🍊 Orange / Oren
🍑 Peach / Pic
🍎 Apple (Red and Gree) / Epal (Merah dan Hijau)
🍇 Muscat Grape / Anggur
🍅 Persimmon / Pisang Kaki
🍓 Strawberry / Strawberi

Tahu tak korang, di Jepun sahaja dah ada lebih kurang 2000 spesis epal yang mereka berjaya hadilkan daripada proses breeding. Strawberry pula dah ada lebih kurang 300 jenis termasuklah strawberry yang paling premium, White Strawberry.



Apa Idea Hadiah Terbaik? atau hadiah terbaik nak bagi kepada keluarga dari Jepun, semestinya Japanese Premium Fruits.

Korang boleh dapatkan Japanese Premium Fruits - JAPANESE FRUIT. THE ULTIMATE GIFT. di cawangan JONETZ by DON DON DONKI dan di cawangan Ben's Independent Grocer yang terpilih.

Japanese Fruits MY
Website: japanese-fruit.jp/malaysia
Instagram: www.instagram.com/japanesefruits_my
Facebook: www.facebook.com/JapaneseFruitsMY

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Buah-buahan berkualiti memang menjadi aspek dalam pemilihan makanan dan gaya hidup sihat.

FOLLOWERS