MMT Bersama Future Hover Membekal dan Eksport Semikonduktor di Asia Tenggara

Hai dan salam sejahtera korang!

Tahu tak, betapa pentingnya industri produksi semikonduktor di Malaysia dan diseluruh dunia yang telah membantu banyak syarikat dan kilang lain dalam produksi barangan pembuat alat ganti besi berketumpatan tinggi. 

Alat dan bahagian semikonduktor sangat penting, sebab merupakan salah satu komponen penting bagi kebanyakan barangan dan alatan elektronik. Tapi tak semua kilang boleh produce semikonduktor dengan pantas, sebab itu ada syarikat Malaysia, Metalmach Micro Technology (MMT) yang buat.

Pada 8 September 2022 yang lepas, bertempat di kilang Metalmach Micro Technology (MMT) Sdn. Bhd, telah berlangsungnya majlis menandatangani kerjasana diantara Metalmach Micro Technology (MMT) dan Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover), yang disaksikan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.



Metalmach Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan pembuatan dari China, Future Hover Industrial Co. Ltd (Future Hover) setuju untuk melabur RM1 Billion bagi menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan diseluruh dunia.

Kerjasama diantara MMT dan Future Hover meraikan kerjasama diantara Malaysia dan China yang dijangka akan mewujudkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan untuk orang tempatan, sekaligus membantu industri eksport produk negara.

Pada hari berlangsunga perjanjian kerjasama itu, kami berpeluang untuk melawat kilang MMT, yang juga diserikan dengan kehadiran dan sokongan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun.




Pengalaman MMT didalam industri penghasilan mesin dan pembuatan acuan berketumpatan tinggi serta pembuatan semikonduktor selama lebih 40 tahun, dan dengan bantuan pembekal bahan bantuan oleh Future Hover yang pakar didalam pengujian dan pembungkusan semikonduktor.

Kerjasama diantara syarikat MMT dan rakan kongsi dari China, Future Hover yang akan melabur RM1 bilion dijangkakan akan menjana hasil jualan eksport sebanyak RM 10 bilion dalam masa 10 tahun.

Rancangan ini akan dimulakan dengan pembinaan kilang baru yang lengkap dan canggih di Negeri Sembilan yang akan menjana lebih daripada 500 peluang pekerjaan untuk warga setempat. Kilang ini akan berperanan sebagai sebuah hub membekal dari dalam dan keluar negara.




Melalui kerjasama ini, MMT diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran China dengan menawarkan perkhidmatan yang telah ada kepada pemain-pemain industri serantau dan menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport untuk produk dan perkhidmatan Malaysia.

MMT akan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap kepada pemain industri di seluruh dunia sambil menyumbang kepada pembangunan negara melalui hasil dari kerjasama ini.



Saya berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana alat semikonduktor dibuat oleh MMT disini, dengan bantuan alat canggih mereka, yang diuruskan oleh pekerja kilang secara manual dan satu persatu.

Tengok betapa banyak proses untuk hasilkan satu part sahaja, saya pasti tak banyak kilang yang berkemampuan untuk hasilkan hasil akhir yang berkualiti. Amaze dengan cara mesin bekerja yang mesra alam sebab tiada asap, tiada api sebab ada teknik yang mereka gunakan. 



Pengarah Operasi MMT, Mr. Low Kim Yoong berkata, 
“Dengan permintaan yang meningkat dan pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara, kerjasama ini bukan sahaja menguatkan posisi kedua-dua pihak dalam rantau ini, tetapi juga meningkatkan posisi Malaysia yang telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi pilihan utama untuk penghasilan semikonduktor secara global. 

Kerjasama ini membolehkan pengurusan yang menyeluruh termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan kami antara pemain yang terkuat dalam industri pembekalan semikonduktor.”

Future Hover yang diwakili oleh Mr. Alfred Foo, Business Director (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd sebab Pengurus Besar Future Hover, Ms Guan Mei tak dapat datang ke Malaysia kerana lockdown di China.

Pengurus Besar Future Hover, Ms Guan Mei Ying berkata, 

“Malaysia merupakan lokasi yang ideal kepada kami untuk bertapak di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerana kerajaannya yang bersedia untuk menyokong, tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja yang mahir, lokasi yang strategik, dan infrastruktur yang membangun mampu memberi impak yang besar kepada operasi kami. 

Kerjasama ini menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan, dan saya menantikan kejayaan yang akan kita capai bersama hasil daripada penggabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari dua negara.”

Dari kiri: Mr. Low Kim Yoong, Operation Director of Metalmach Micro Technology dan Mr. Alfred Foo, Business Director (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd


Dari kiri: YBhg. Dato’ Iqmal Shafiq bin Dato’ Seri Mohd Haniff, Chairman of Metalmach Micro Technology; Mr. Low Kim Yoong, Operation Director of Metalmach Micro Technology; YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Puan Nicole Tan Lee Koon, State EXCO Members and State Assembly of Bukit Kepayang; Mr. Alfred Foo, Business Director (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd; YBhg. Dato’ Haji Najmuddin Sharif bin Sarimon, Chief Executive Officer of Invest Negeri Sembilan.

Joint Venture Collaboration diantara Metalmach Micro Technology (MMT) dan Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover), disaksikan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Tahniah saya ucapkan kepada MMT dan Future Hover atas kerjasama yang akan membantu industri semikonduktor dan eksport di Malaysia. Saya pasti, dengan modal yang diberikan, akan memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan datang.


Tentang Metalmach Micro Technology (MMT)

Metalmach Micro Technology Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1979. Perniagaan teras mereka adalah pembuatan Bahagian Logam Ketepatan (Tools and Dies, Jigs & Fixtures, Mold Parts, and Carbide Toolings) untuk pelanggan di seluruh dunia dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pemesinan ketepatan dan fabrikasi acuan dan acuan .

Tentang Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover)

Berpangkalan di Shenzhen, China sejak 2003, Future Hover merupakan pemenang banyak anugerah yang menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran bahan-bahan utama yang diperlukan untuk pembuatan semikonduktor dan menyediakan banyak alternatif yang sesuai.

Metalmach Micro Technology (MMT)
Lot 17243, PT 4986, Oakland Industrial Park,
Mukin BDR, 70300, Negeri Sembilan


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS