Assalamualaikum dan hai korang!
Baru-baru ini, saya dijemput ke majlis Grand Launching Canchy yang diadakan di Ampang Glasshouse pada 9 September 2022.
Majlis Grand Launching Canchy ini merupakan majlis untuk melancarkan perisa baru Canchy, dan packaging baru produk keluaran jenama Canchy. Majlis ini turut disertai oleh duta Canchy, Ruhainies, pengasas Canchy, Hasif Hamzi dan agen-agen Canchy serta rakan media.
Canchy merupakan sebuah syarikat yang menjual rempeyek moden yang kini semakin viral dan semakin mendapat perhatian orang ramai disebabkan snek yang diinspirasikan oleh rempeyek yang telah dimoden kan. Saya pun pertama kali rasa Canchy terus jatuh cinta.
Canchy kini telah beroperasi selama hampir 2 tahun, dengan bantuan agen yang kini telah mengembang menjadi hampir 3000 orang diseluruh Malaysia. Yang datang pada majlis harini pun katanya tak sampai 10% agen sebab tempat terhad.
Apabila ditanya kenapa pilih untuk modenkan rempeyek, jawab pengasas Canchy, sebab teringin nak buat snek traditional yang moden dan unik yang boleh dimakan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Rempeyek Canchy yang kini dah ada 3 perisa di pasaran, Royale Salted Egg Canchy, Royale Salted Egg Canchy Spicy dan perisa yang baru dilancarkan pada malam majlis, Royale Tom Yam Spicy Canchy yang setakat ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Canchy yang diinspirasikan daripada olahan rempeyek supaya lebih moden dan disukai oleh generasi kini. Rempeyek Canchy yang lebih kecil dan ditambah dengan perisa yang moden, akan menaikkan keunikan rempeyek dan menambahkan citarasa untuk terus kekal dipasaran.
Duta Canchy: Ruhainies
Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih dikenali sebagai Ruhainies telah hampir 2 tahun menjadi duta kepada produk Canchy berkata, beliau sejak dari awal pembuatan dan penyelidikan [Research and development (R&D)] lagi sudah bersama dengan Canchy sebab kenal dengan Hasif.
Antara perisa Canchy kegemaran Ruhainies adalah: Royale Salted Egg Canchy dan Royale Tom Yam Spicy sebab Ruhainies tak makan pedas. Tapi korang yang suka pedas, boleh la cuba Royale Salted Egg Canchy Spicy.
Harga Canchy Perisa Tom Yam Spicy: RM15/ 100gm
Review Royale Tom Yam Spicy Canchy:
⭐ Suka dengan tekstur rempeyek Canchy yang crispy dan crunchy;
⭐ Sesuai untuk mereka yang suka rempeyek tanpa kacang dan ikan bilis macam saya;
⭐ Flavor ni rasa dan bau sebijik macam tomyam;
⭐ Flavor yang rasa manis dan pedas yang seimbang, sesuai buat snek tengok movie;
⭐ Ziplock packaging, so mudah untuk disimpan kalau tak habis;
⭐ Diperbuat menggunakan rerbuk tomyam premium;
⭐ Rasa Canchy Perisa Tom Yam Spicy memang sedap, sebijik macam tomyam dan pedas.
Pada malam yang istimewa itu, majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa Lan Solo yang membuat persembahan untuk menghiburkan para tetamu yang ada pada malam tersebut. Lan Solo telah menyanyikan beberapa buah lagu hits seperti: Selagi Ada Rindu dan Di Penjara Janji.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah dan majlis penghargaan kepada agen-agen Canchy yang telah bertungkus lumus mambantu penjualan produk rempeyek Canchy. Rasa amaze sangat bila tengok anak-anak muda ramai yang berjaya macam ni.
Penghargaan diberikan buat agen yang berjaya membuat jualan terbanyak dalam masa 8 bulan, termasuklah secara dalam talian, offline, buka booth, karnival, soft selling dan hard selling. Suka tengok Canchy hargai agen mereka macam ni.
Muda-muda sangat, muda macam pengasas Canchy, Hasif Hamzi yang hanya berumur 28 tahun, tetapi dah berjaya mengetengahkan produk jualan walaupun dalam masa yang tak sampai 2 tahun. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada agen Canchy!
Press Conference Berkenaan Kes Tiru Design Packaging Krup Krap My
Pengasas Canchy telah membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada Krup Krap My berkenaan dengan penggunaan gambar rempeyek milik Krup Krap My yang terdapat di bungkusan produk Royale Salted Egg Canchy.
Pihak Canchy telah dengan memadam semua hantaran di media social yang mengandungi gambar rempeyek tersebut serta menghentikan dan menggantikan packaging produk dengan design dan bungkusan yang baru.
Pihak Canchy turut dengan segera menurunkan semua papan iklan perniagaan yang mengandungi gambar rempeyek tersebut dan telah menanggung kos kerugian papan iklan sebanyak lebih kurang RM90ribu - RM100ribu dan kerugian kos produksi sebanyak RM400ribu - RM500ribu.
Canchy HQ
Contact: 0177091723 (Whatsapp)
Facebook: www.facebook.com/canchyhq
Instagram: www.instagram.com/canchyhq
Zayani Zulkiffli.
0 Comments