Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022 Akan Diadakan di Kuching, Sarawak

Selamat sejahtera korang!

Dah 2 tahun kita tak dapat buat majlis anugerah Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards sebab kekangan COVID-19. Terakhir dibuat dengan jemputan yang ramai adalah pada edisi tahun 2019, manakala pada tahun 2020 dan 2021, hanya jemputan kecil sahaja yang dijemput.

Bertempat di Hotel Grand Barakah (yang dahulu dikenali sebagai Hotel De Palma), Ampang, berlangsungnya sidang media untuk Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2022 yang akan diadakan di Kuching, Sarawak.

Pada edisi ke 6, MTC Gold Awards 2022 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak (BCCK) dan ini merupakan kali pertama edisi ini diadakan di negeri selain dari semenanjung Malaysia untuk menghargai pemain industri disana.


MTC Gold Awards 2022 yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Industi Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) ini bakal berlangsung pada 22 Oktober 2022 nanti.

Bertemakan "Recognising the Real Champions in Tourism", Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2022 akan menganugerahkan lebih daripada 100 anugerah buat pemain industri pelancongan melalui dua kategori utama iaitu: Gold Award dan Icon.

Gold Award - 100 anugerah Gold akan diberikan untuk pemain individu dan syarikat.
Anugerah Icon - Anugerah untuk personaliti, negeri dan game changer yang menyumbang kepada industri pelancongan negara.


MTC Gold Awards 2022 akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg dan juga diserikan lagi dengan kehadiran oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, YB Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bercakap didalam ucapannya, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Tuan Uzaidi Udanis,:

"Setakat hari ini, MTC mengesahkan bahawa lebih daripada 1500 jemputan akan menghadiri acara tahunan yang akan diadakan di Kuching nanti dah jumlah ini dijangka akan bertambah apabila semakin hampir dengan tarikh acara."

"Kami berhasrat untuk memberikan galakan serta membangkitkan semangat para pemain industri pelancongan yang bukan sahaja telah bertarung dengan pandemik bahkan terpaksa mengatasi pelbagai kesukaran agar dapat kekal bertahan didalam industri.".

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Tuan Uzaidi Udanis.

Dengan lokasi majlis di Sarawak, semestinya para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis dan seni kebudayaan negeri Sarawak. 

Antara persembahan akan akan di pada Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022:

💖 Tarian kebudayaan - Kampung Budaya Sarawak,
💖 Persembahan unik Musik Tenunan - Bengkel Butik Tanoti
💖 Musik Sedunia Eksperimental - At Adau
💖 Persembahan nyanyian daripada Azharina Azhar
💖 Persembahan daripada Royce.


Terima kasih dan selamat maju jaya saya ucapkan kepada team pasukan Malaysia Tourism Council (MTC) terutamanya kepada Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Tuan Uzaidi Udanis dalam menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini.

Jangan lupa stay tune untuk lihat pemain industri yang mana yang akan dapat penganugerahan daripada Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022 yang akan datang nanti.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

4 Comments

Ruby said…
Wah seronoknya. Kali ni lokasi luar Semenanjung. Mesti lagi best. Tahniah buat yang tersenarai. Semoga dengan anugerah itu dapat menaikkan semangat untuk terus berkarya.
Sunshine Kelly said…
Wah bagus lah! tak sabar nak tau who are the industry players yang akan dapat anugerah
AlongMurni said…
Eh, baru perasan ada My close friend Royce Saayan akan buat persembahan juga yea di MTC 2022 nanti.. AM nak join juga la..All the best to team pasukan Malaysia Tourism Council (MTC)..
AgnesBuriJo said…
Hi sis, boleh saya tahu pada tahun 2019, siapa winner untuk MTC Gold Awards The Best Exhibition and Convention Centre? Sangat berterima kasih jika sis sudi share dengan saya.

FOLLOWERS