Perak Box Office Mempromosi Perak Sebagai Pelancongan Seni dan Budaya

Hai dan Assalamualaikum korang!

Baru-baru ini, team media telah dijemput ke Ipoh, Perak untuk menghadiri majlis pelancaran "Perak Box Office", yang merupakan satu usaha untuk membangunkan platform pembelian tiket untuk acara yang unik khususnya di negeri Perak.

Sebelum ini, Perak memang sangat terkenal sebagai salah satu lokasi pilihan pelancong kerana kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna, sejarah, aktiviti lasak, eco tourism dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, lokasi Perak pun mudah untuk diakses dan tak perlu banyak bajet pun untuk travel dalam Perak.

Perak Box Office disokong oleh PKP Perak dan People of Remarkable Talents (PORT), dijangka akan menarik peminat pelancong tempatan dan antarabangsa yang duka dengan pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan.


Perak Box Office akan mengetengahkan semua acara dan acara yang akan datang untuk mempromosikan Perak sebagai destinasi pelancongan melalui seni dan budaya sebab Perak pun sebenarnya kaya dengan seni budaya, bakat-bakat menarik dan seni kreatif.

Dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri Perak (Perak State Government), inisiatif ini dijangka akan meningkatkan ekonomi pelancongan negeri Perak sebanyak lebih daripada RM70 juta hasil pelancongan didalam tempoh lima tahun.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato' Nolee Ashilin Bt Dato' Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak) yang juga sudi melancarkan Kempen 'Perak Box Office'.

Gambar 1 (dari kiri): Puan Hanim Khairuddin (General Manager of PORT), Mr. Shannon Lee (Chief Executive Officer of L’Univers), YB Dato’ Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohammed Radzi (Chairman of the Housing, Local Government & Tourism Committee of the Perak State Government), Mr. Gonçalo Vaz de Carvalho (Chief Operating Officer of PouchNation), Dr. Marieanne Davy Balle (Artistic Director of L’Univers).


Platform seperti ‘Perak Box Office’ bukan sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi destinasi-destinasi di Perak dan mendapat maklumat terkini mengenai acara, tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak.

Bercakap didalam ucapannya, YB Dato' Nolee Ashilin Bt Dato' Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak):

"Saya berasa gembira untuk menyambut para pelancong tempatan dan antarabangsa ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan. Sepanjang tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk #travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia."



Mr. Gonçalo Vaz de Carvalho, Chief Operating Officer of Pouch Nation, berkata: 

"Malaysia is an incredibly captivating country with a lot to offer. Upon exploring the state of Perak, we at Pouch Nation have gotten a deeper appreciation of the beauty it holds and the multitude of attractions available - not to mention its mouth-watering delicacies."

"Despite it all, Perak has not gotten the accreditation it deserves, and I am honored to play a part in putting Perak in the limelight through our digital solutions and helping tourism players modernize their marketing approach to a larger audience."

Usaha Perak Box Office ini berjaya dengan usahasama L’Univers dan Pouch Nation yang berganding bahu untuk menghasilkan sebuah platform digital iaitu Perak Box Office bagi memudahkan para pengunjung mengakses tarikan-tarikan yang menarik dan acara-acara yang sedang berlangsung. 

Antara acara yang mereka akan masukkan didalam Perak Box Office:
✅ Konsert, 
✅ Perayaan,
✅ Festival makanan,
✅Festival muzik,
✅ Pameran dan Konvensyen,
✅ Pertunjukan bot antarabangsa,
✅ Pertunjukan kereta,
✅ Acara triathlon.


Sebagai langkah pertama acara yang akan dianjurkan dibawah Perak Box Office, L'Univers akan membawakan pertunjukan Ipoh 2022 The UK Bubble Show yang persembahan magik yang menampilkan Eran Backler, pemegang Rekod Dunia Guinness dan dijangka akan mencipta satu lagi Rekod Dunia di Malaysia.

Antara acara lain yang akan dibawakan ke Perak sepanjang suku terakhir 2022 adalah:

⭐ International Music Symposium 
⭐ Pangkor Island Jazz Festival 
⭐ Pesta Laut, Lumut
⭐ PSTPA Dance and Gymnastics Workshops
⭐ World Children’s Day Celebration.
⭐ Christmas Family Day, Gopeng.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan gimnastik anak muda berbakat daripada Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa (PSTPA). Mereka ni muda-muda dan kebanyakan masih lagi bersekolah, tapi ramai dah berjaya mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.


Pada 3 Oktober 2022 hari juga, kami dijemput untuk menyertai Media FAM Trip yang dianjurkan oleh Perak State Government untuk tengok tarikan apa yang mereka bakal tawarkan untuk pelancong dan peminat seni dan budaya yang datang ke Perak.

Perak Stop 1: Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa (PSTPA)
Alamat: 6, Lorong Haji Marzuki, 30350 Ipoh, Perak.




PSTPA merupakan sebuah lokasi dimana anak-anak seni Perak akan datang untuk berlatih samada untuk tarian, ballet, gimnastik atau hanya nak datang luangkan masa membawa dan duduk kat sini. Deroang gunakan konsep 'safe space' kat sini supaya orang yang datang tu free untuk buat apa je.

Saya tengok, banyak space didalam HQ ni, ada tempat studio tarian, kelas pembelajaran, perpustakaan dengan banyak buku untuk semua golongan umur dan kawasan luar rumah yang luas.



Perak Stop 2: People of Remarkable Talents (PORT) dan Blackhouse
Alamat: P.O.R.T (People Of Remarkable Talents), 31350 Ipoh, Perak



Di Blackhouse, PORT ada dipamerkan pameran seni yang dihasilkan oleh artis yang baru nak menempa nama. Antara yang menarik perhatian saya adalah pameran hasil tanah liat yang dihasilkan oleh anak muda daripada sekolah di sekitar Ipoh.



Rezeki semasa lawatan kami, ada satu pameran seni "The Dugout Canoe of Shells, The Groud Earthenware atau dalam bahasa Malaysia, pameran Perahu Cangkerang dan Tembikar Labu yang dihasilkan oleh artis Nobuyuki Sugihara x Ayaka Nakamura.

Nobuyuki Sugihara merupakan penerima geran Program of Oversea Training untuk Upcoming Artists yang telah dianjurkan oleh Agency for Cultural Affairs dan kini sedang menjalankan penyelidikan selama setahun tentang budaya Orang Aslu di Malaysia, Indonesia dan Singapura.



Berdasarkan kajian beliau tu, ada yang kisah menarik tentang cengkerang ni, sebab tu beliau memilih cengkerang sebagai alat untuk hasilkan hasil seni. Antara 3 bentuk karya hasil seni cengkerang yang dipamerkan adalah perahu, kapal dan topi.


Perak Stop 3: Red Mountain Sin Yoon Loong White Coffee
Alamat: Lot.59241, Bukit Merah Industrial Estate, Batu 4 1/2, 31450 Ipoh, Perak.

Restoran dengan konsep bersama dengan kilang kayu ni memang sangat unik sebab semua perabot didalam ini diperbuat dari kilang kayu yang bersebelahan dengan restoran ni je. 

Kami sempat buat tour untuk melawat kawasan kilang kayu dan belajar tentang jenis kayu yang dipakai untuk dibuat perabot. Daripada pelbagai jenis meja, kerusi, perabot rumah sampailah ke hiasan jenis kayu semua ada.





Perak Box Office
#TravelPerakLah #CutiCutiMalaysia

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

9 Comments

  1. Perak tak pernah mengecewakan. Semakin hari semakin banyak tempat baru yg patut dikunjungi.

    ReplyDelete
  2. Mesti meriah Perak kan, lama tak ke Utara, padahal ada kampung abangnya Suami di sana, cuma takde masa nak travel, nanti bolehlah jelajah Perak pulak lepas ni..

    ReplyDelete
  3. kreatifnya buat cengkerang tu as karya seni. menarik jugak kalau dapat jalan2 ke perak. banyak event dan tempat best

    ReplyDelete
  4. Seronok betul jalan-jalan melihat tempat menarik di perak kan?! Perak box office ni satu insiatif terbaik untuk menarik orang ramai datang ke negeri ini :)

    ReplyDelete
  5. terbaik Perak moga lebih sukses dalam mempromosi sesuatu yg menarik dan dapat menarik lebih ramai org dtg ke Perak

    ReplyDelete
  6. nice trip to Perak! Perak Box Office looks like great initiative for all visitors

    ReplyDelete
  7. Masih banyak khazanah di Malaysia yang terpelihara dengan baik.. AM tak sabar nak tgk show UK Bubble Show tue.. Balik dari tgk show boleh pekena Nasi Vanggey!!

    ReplyDelete
  8. Nice ya! Hopefully this initiative boleh capai sasaran mereka kan! Looking at Perak, confirm boleh punya kan! Nak plan trip la, yang bubble show tue mcm menarik kan! 👍🏻

    ReplyDelete
  9. Wah this is a good initiative to promote our local tourism and culture

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS