Pemenang 2022 Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest (CACSC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!

Lepas tengok kdrama "Start-Up", saya terus berminat nak tahu samada kat Malaysia ada tak konsep macam ni. Rasa macam kagum dan amaze dengan semangat anak muda dan orang yang buat perniagaan produk sendiri dalam pitching perniagaan mereka.

2022 Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest
Kebetulan pula, pada 29 Oktober 2022 lepas, bertempat di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), saya berkesempatan untuk melihat sendiri bagaimana syarikat yang baru ini pitching perniagaan mereka untuk dapatkan modal supaya terus berjaya didalam industri.

Sebanyak 20 syarikat yang terpilih untuk membentangkan perniagaan dan menyatakan modal yang diperlukan untuk pelabur supaya melabur didalam perniagaan mereka. Top 3 dalam 20 peserta akan terpilih untuk bertanding di peringkat dunia di China nanti.


Sebagai salah satu pertandingan keusahawanan terbesar Alibaba Group, Create@ Alibaba Cloud Startup Contest (CACSC) telah dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2019. Di peringkat global, pertandingan ini digelar sebagai "Olimpik" didalam industri teknologi.

Pada 2019, CACSC memulakan pertandingan kebangsaan pertamanya di Malaysia dan sepanjang tahun, pertandingan ini telah memanfaatkan lebih 200 peserta dalam usaha untuk meneruskan perjalanan perniagaan dan pendigitalan mereka dengan pendedahan industri yang diperlukan. 

Menariknya, CACSC dibuka penyertaan untuk mereka yang bukan sahaja di Malaysia malah daripada negara luar dan telah menarik 141 penyertaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Kemboja, Vietnam, Singapura dan Pakistan.

20 Finalist 2022 Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest (CACSC)



Pada tahun ini, pada 2022, Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest (CACSC), ada ramai peserta yang cemerlang dari pelbagai industri, runcit, logistik, pertanian, internet dan lain-lain untuk membuat pitchind - membentang konsep perniagaan mereka. 

Tahun ini untul edisi di Malaysia, Alibaba Group telah bekerjasama dengan HandsProfit, pengendali tempatan Alibaba Cloud Innovation Centre di Malaysia dan My Lives Global Capital Sdn Bhd sebagai rakan kongsi penganjur bersama.

CACSC sebenarnya telah berlangsung selaha 2 bulan dan dianjurkan didalam 3 pusingan sesi penghakiman yang ketat, dan ramai peserta dari pelbagai industri - peruncitan, logistik, pertanian, internet, F&B membawakan konsep perniagaan yang bagus dengan cadangan pelaburan yang sesuai.






Alibaba Cloud mengucapkan ribuan terima kasih untuk para penaja yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan CACSC 2022.

Ahli panel hakim untuk pusingan akhir 2022 Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest (CACSC) yang berlangsung pada 29 Oktober 2022:

🏵️ Kun Huang, General Manager, Alibaba Cloud Intelligence, Malaysia.
🏵️ Adj. Prof. Dr. Behrang Parhizkar, CEO, Chamrun Digital.
🏵️ Alan Lim, Partner, NEXEA & President, MBAN.
🏵️ Angeline Chew Por Yan, CFO, Arris Holding Berhad.
🏵️ Au Yeong Shong Kwong, General Manager, Cainiao eHub Malaysia.
🏵️ Dato' James Foo, Chairman, Authority Institute.
🏵️ Dato' Simon SC Lim, Group Managing Director, Gan & Zul.
🏵️ Datuk Peter Lim, Partner, Deloitte.
🏵️ Datuk Seri Paul Chong, Venture Partner, ARC Capital.
🏵️ Dr Fred Wu, CEO, GE Consult Asia.
🏵️ Dr Azlina Binti Ariffin, Undersecretary, MOSTI & Board, MylPO.
🏵️ Elain Lockman, CEO & Co-Founder, Ata Plus Sdn Bhd.
🏵️ Ernie Chen, Chairman, Portman Education Group.
🏵️ Lee Willson, Founder, Proppy Group.
🏵️ Ravenna Chen, CEO, Tusstar Malaysia.
🏵️ Yong Chong Soon, CEO, AG IMS Asia & President, Malaysian Autonomous Intelligence & Robotics Assc.




Top 20 Syarikat yang layak ke pusingan akhir 2022 Create@ Alibaba Cloud Global Startup Contest (CACSC) yang diadakan:

🌸 CheckinMe (Cambodia) - Tempat ke-2
🌸 Densai Sdn. Bhd.
🌸 Engage Blink Sdn Bhd Sdn. Bhd.
🌸 Enidia Sdn. Bhd. (Engame)
🌸 Golf Junkies Sdn. Bhd.
🌸 Helloworld Robotics Sdn. Bhd.
🌸 Homii Management Sdn. Bhd.
🌸 1 Solutions Advisory Sdn. Bhd.
🌸 IWG Esports Sdn. Bhd. - Tempat ke-3
🌸 Jobify (Cambodia)
🌸 Kolhub Sdn. Bhd.
🌸 Learning Tigers Sdn. Bhd.
🌸 MeetDoctor (Cambodia)
🌸 Modello Sdn. Bhd.
🌸 Packaging Warehouse
🌸 MyPG PLT
🌸 Ones Platform Sdn. Bhd.
🌸 Parkit - Juara
🌸 ReSkills Edtech Sdn. Bhd.
🌸 Sojo Technology Sdn. Bhd.

Tahniah saya ucapkan kepada pemenang. Saya sendiri tengok semua presentation, memang bagus-bagus idea perniagaan mereka. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua peserta!



Tentang Alibaba Cloud

Ditubuhkan pada 2009, Alibaba Cloud (www.alibabacloud.com) merupakan tulang belakang teknologi digital Alibaba Group. Ia menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan cloud kepada pelanggan di seluruh dunia, termasuk elastic computing, pangkalan data, storage, network virtualization services, large-scale computing, security, pengurusan dan perkhidmatan aplikasi, big data analytics, machine learning platform dan servis IoT. 

Alibaba mengekalkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan cloud IaaS untuk orang awam dalam ranking ketiga di seluruh dunia sejak 2018, menurut IDC. Alibaba juga merupakan penyedia IaaS terkemuka ketiga di dunia dan Asia Pasifik dengan hasil dalam dolar A.S. sejak 2018, menurut Gartner.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

4 Comments

Sunshine Kelly said…
Wah congrats to all the winners! this is a good exposure and also learning experience
AlongMurni said…
Wah!! Bagusnya penganjuran program seperti ini.. lebih menggalakkan pembentukan dan penjanaan idea yang lebih inovatif seiring dengan teknologi terkini.. Tahniah kepada pemenang untuk Contest Alibaba Cloud kali ini..
仙妮 said…
So good meaningful this initiative & congrats to all winners , all efforts deserves it. Cheers Siennylovesdrawing
Rolling Grace said…
congrats to the winners may they achieve greater successes in the future!

FOLLOWERS