Assalamualaikum dan hai korang!
Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk ke Majlis Penyampaian Hadiah Kempen 'Beli & Menang LengQuas dan sesi ramah mesra bersama dengan rakan niaga KOPETRO yang telah diadakan di Flora Terrace @ Hampshire Place pada 3 November 2022 yang lepas.
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) memang terlibat didalam 4 bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelangcongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan Perdagangan dan Peruncitan.
LengQuas merupakan sebuah jenama makanan dibawah KOPETRO Food Sdn. Bhd., yang juga merupakan salah satu anak syarikat milik KOPETRO dan merupakan jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya mendapat pengiktirafan The BrandLaureate e-branding Awards 2020.
Produk LengQuas telah mula dijual dipasaran sejak dari tahun 2019 dengan penjualan pelbagai makanan pra-masak dan sejuk beku yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan tradisional.
Antara produk LengQuas yang korang boleh beli di kafe-kafe, stesen munya, kedai serbaneka dan pasaraya ternama adalah:
🍗Ayam Cili Padi
🍗 Ayam Goreng Pedas Korea
🍗 Ayam Percik
🥩 Daging Dendeng
🥩 Daging Masak Hitam
🍖 Beef Wellington
🍖 Paru Goreng Berlada
🍣 Siakap Merah Stim
🍛 dan banyak lagi
Untuk meraikan pencapaian pengedar dan agen LengQuas yang telah berjaya mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas, sebuah Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang lalu.
Hadiah yang ditawarkan merupakan barangan jenama Xiomi yang bernilai lebih daripada RM30000 yang terdiri daripada Xiomo Android TV P1 55', Xiomi Smart Air Purifier 4 Pro, Mi Electric Scooter 1S, Xiomi Pocket Photo Printer, dan banyak lagi.
Kempen ini telah diadakan bagi menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan 800 ejen jualan diseluruh negara. Ada 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori ejen dan pengedar.
Kriteria yang perlu dipenuhi:
Egen: Buat pembelian sekurang-kurangnya 10 karton.
Pengedar: Buat pembelian sekurang-kurangnya 100 karton.
Pemenang bulanan dipilih melalui cabutan bertuah setiap bulan, dan pemenang hadiah utama dipilih berdasarkan rekod jualan tertinggi sepanjang kempen berlangsung dan akan membawa pulang hadiah utama bagi kempen ini.
Tahniah saya ucapkan buat semua pemenang dan peserta yang bertanding didalam kempen ini.
Pada majlis itu juga, kami dihidangkan dengan seleksi makanan produk LengQuas untuk kami cuba. Sesuai dengan produk yang popular dengan panggilan 'masakan ibu' ini, setakan ini mereka dan ada lebih kurang 21 produk tau.
Mereka turut memperkenalkan 4 produk baharu LengQuas: Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Cili Padi dan Paru Goreng Berlada.
Berbeza sedikit dengan packaging sebelum ini, produk baharu ini menggunakan teknologi baru dengan sistem terma-dikontamonasi yang membolehkan pengguna letak makanan didalam suhu bilik instead of didalam peti ais.
Untuk korang yang tertanya-tanya tentang status Halal dan tentang keselamatan produk makanan LengQuas, jangan risau sebab mereka juga telah diiktiraf dengan sijil HACCP dan GMP daripada bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Produk LengQuas juga ada pengsijilan Halal, dan merupakan produk makanan Buatan Malaysia dan MESTI.
LengQuas
Facebook: www.facebook.com/lengquas.official
Instagram: www.instagram.com/LengQuas.official
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad
(KOPETRO)
Facebook: www.facebook.com/kopetroberhad
Instagram: www.instagram.com/kopetroberhad
Zayani Zulkiffli.
9 Comments