Senarai Penerima Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023 Edisi Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

30 November 2022 yang lepas, telah berlangsungnya majlis pengiktirafan Anugerah Pilihan Pengguna (Consumer's Choice Award - CCA) edisi 2022/ 2023 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara - Negeri Selangor.

Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023 yang dianjurkan di Bangi Avenue Convention Center ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan syarikat pilihan pengguna di Malaysia selain daripada memberikan motivasi untuk mereka lebih maju kehadapan.

Sebanyak 44 syarikat yang telah dianugerahkan sebagai pilihan pengguna yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang dipilih oleh para juri untuk memenangiAanugerah Pilihan Pengguna selari dengan slogan: 'Challenge Your Limit; Next Level of Achievement'.




Acara gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Muazam Bin Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam merangkap Penasihat Majlis Tindakan Pengguna Negara yang disaksikan oleh YBhg. Dato Paduka Dr Kevy KV Yeo, Presiden Kebangsaan, Majlis Tindakan Pengguna Negara.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini adalah: YBrs. Tuan Abdul Razak Bin Junaidi, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia Merangkap Penasihat Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara, YBrs. Tuan Mohd Khairi Bin Jamaludin , Timbalan Pengarah, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Selangor dan YBhg. Dato' Dr. Gavin Voon Shih Chin - Naib Presiden Kebangsaan, Yang Dipertua Negeri Selangor & Exco Perancang Strategik, Majlis Tindakan Pengguna Negara.

Juga dimeriahkan dengan kehadiran: YBrs. Dr. David Ng Kung Wei, Naib Presiden Kebangsaan, Yang Dipertua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Exco Anti Pemalsuan, Majlis Tindakan Pengguna Negara, dan YBrs. Encik Md. Zaki Bin Abd Samad, Ketua Sektor (Pencegahan), Seksyen Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Negeri Selangor.

Turut hadir pada majlis ini adalah:  Dato' Seri Dr Bhalraj, Ahli Penasihat Kebangsaan, Majlis Tindakan Pengguna Negara., Ybrs. Tuan Masrudi Abdul Rahman, Setiausaha Agung, Majlis Tindakan Pengguna Negara, YBrs. Encik Gilbert Pang Jiun Tatt, Timbalan Yang Dipertua Negeri Selangor & Pengerusi MTPN Hulu Langat dan YBrs. Encik Eddy Soo,  Penyelaras Anugerah Pilihan Pengguna, Consumer's Choice Award 2022, Majlis Tindakan Pengguna Negara, Negeri Selangor




Pengiktirafan anugerah berprestij ini sedikit sebanyak akan membantu perniagaan untuk menjadi lebih kukuh sekaligus meningkatkan nilai kualiti seerta intergriti mereka. Dengan ini juga akan dapat mendorong para pengguna untuk lebih yakin dalam memilih produk dan servis penerima anugerah.

Anugerah Pilihan Pengguna menganalisis setiap peniaga untuk memastikan harapan pengguna dapat dipenuhi sepenuhnya didalam proses audit pada tahun ini. 

Itu sebablah kenapa Anugerah Pilihan Pengguna semakin dikenali sebagai "Kuasa Pilihan Pengguna" untuk jenama dan syarikat pembeli terbaik. Pemenang anugerah juga akan dikenali sebagai contoh untuk mengetuai industri bagi memberikan produk dan servis yang berkualiti kepada pengguna.


Senarai 44 Penerima Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023 Edisi Selangor

Senarai 44 Penerima Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023 Edisi Selangor
AGENSI PEKERJAAN PEAKJOB SDN BHD KONZEPT ID SDN BHD
AGENSI PEKERJAAN SUPER
EMPLOYMENT SDN BHD
LA JOLIE ENTERPRISE
ALFA IDEAL SOLUTION LEC HOME SOLUTION SDN BHD
ANC GROUP SDN BHD LEE SERVICE PROVIDER ENTERPRISE
ARTISTIC LIGHTING GALLERY SDN BHD MAX STICKER SUPPLY TRADING SDN BHD
ARTRONIX SDN BHD MYWAY TECHNOLOGY (M) SDN BHD
BEAUTY PRO ACADEMY (M) SDN BHD NP NATURAL PURE (M) SDN BHD
BLOSSOM CREATIONS SDN BHD OPPADAK (MALAYSIA) SDN BHD
BUNNY PRINT (M) SDN BHD POS2U SDN BHD
EMPIRE HOME FURNISHING SDN BHD PRO TEC WELLNESS SDN BHD
EVENT PLUS (M) SDN BHD RURUTIKI SDN BHD
EVEREST CORRIDOR SDN BHD SENSIS BEAUTY SPECIALIST SDN BHD
EVERFRESH PREMIUM SDN BHD SKINNERGY RESOURCES
FLYING COLOUR EDUCATION
MANAGEMENT SDN BHD
SPACE ACE ELITE SDN BHD
GOLD MOUNTAIN GLOBAL SDN BHD SPECS CRAFTERS OPTICS SDN BHD
HAIRMAX PLUS MALAYSIA SDN BHD TIDOR ORI (M) SDN BHD
HANDYBOY SDN BHD UNCLE ROGERS SDN BHD
I STUDIO MARKETING VEGA POTENTIAL SDN BHD
ICHIRU MY HOMESTYLE SDN BHD VIBRANT INTERIOR DESIGN SDN BHD
INSIDES COLIVING SDN BHD VIVACE DANCE ACADEMY SDN BHD
JIMEIDO SDN BHD YITCHA KAWKAW KOPITIAM SDN BHD
KENNEDY ELECTRICAL & ELECTRONICS
SDN BHD
ZENON COPIER SDN BHD




Turut berlangsung pada majlis pada malam itu adalah acara mengangkat sumpah oleh ahli komuniti lembaga Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Edisi 2022/2023 yang diketuai oleh YBhg. Encik Gilbert Pang Jiun Tatt, Timbalan Yang Di-Pertua Negeri Selangor, Majlis Tindakan Pengguna Negara.

Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli lembaga MTPN. Semoga MTPN dapat mencari dan membawa serta meneliti syarikat mana yang dapat memberikan produk dan servis yang berkualiti dan terbaik untuk pilihan pengguna.


Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023 Edisi Selangor yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN). Semoga terus sukses dan selamat berjaya!



Majlis Tindakan Pengguna Negara
Website: mtpn.org.my/1-consumers-choice-award
Facebook: www.facebook.com/MTPNMy
Instagram: www.instagram.com/mtpnhq


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

7 Comments

Rawlins GLAM said…
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan selamat maju jaya bagi ahli komuniti Lembaga MTPN. Chaiyok to all!
Ramai orang penting yang terlibat. Menarik..dan tahniah pada semua pemenang
Bae Roslan said…
wahhh bagusnya ada anugerah macam ni. boleh jadi motivation untuk peniaga2 lain. tahniah untuk semua penerima anugerah
Rolling Grace said…
This is such a beautiful initiative to recognise and celebrity amazing people in our local landscape!
tahniah kepada semua penerima anugerah... terbaik MPTN, penganugerahan yang cukup bermakna
Kitkat Nelfei said…
Ni in a way akan boost the semangat for penerima to do even better and for the rest to strive/improve to be awarded too kan!
Sunshine Kelly said…
Wow congrats to all the winners! now we know about these trusted brands

FOLLOWERS