AINAA Beauty Banyak Bantu Mommy Nelly

Assalamualaikum dan hai korang,

Akhir tahun lepas, kami dari team media, dijemput dan berkesempatan untuk berjumpa dan berborak dengan orang kuat AINAA Beauty, Hafiz Mahamad tentang perniagaan produk kecantikan miliknya bersama dengan isteri, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab.

Dengan misi baharu pada tahun 2023, AINAA Beauty mengorak langkah baru "Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru." dengan harapan supaya dapat membantu lebih ramai anak muda terutamanya mereka yang bawah 25 tahun untuk berjaya dan senang.

"Kejayaan Demi Kebahagiaan", itulah prinsip yang selalu digunakan oleh jenama AINAA Beauty yang kini dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Mesir walaupun hanya baru 6 tahun berada didalam pasaran sejak dari tahun 2017.


Antara produk AINAA Beauty sudah keluarkan buat masa sekarang adalah:
🌸 AINAA Serum
🌸 AINAA Cleanser
🌸 AINAA Scrub
🌸 AINAA Moisturizer
🌸 AINAA Sunscreen

Mengikut statistik data yang diperoleh melalui aplikasi TikTok dan Instagram, jenama AINAA merupakan Top 10 Skincare Brand di Malaysia dengan seramai 70% pelanggan AINAA telah berpuas hati dengan produk daripada jenama ini.


Saya sebenarnya kagum dengan perjalanan perniagaan Hafiz dan Syafiqah Aina yang bermula dari bawah tanpa bantuan orang lain dengan kecaman dan ramai orang yang nak cuba jatuhkan mereka, tapi mereka tetap bangkit dan buktikan yang mereka boleh berjaya.

Dah kini, lahirlah AINAA Clinic yang baru lebih kurang setahun beroperasi, tapi mendapat sambutan yang sangat mengalakkan sampai pendapatan klinik rawatan kulit ini dah macam pendapatan syarikat yang dah 3 tahun beroperasi.

Betullah orang cakap, syarikat tu kalau ada tampuk kepimpinan dan pengurusan yang bagus, selain daripada menghasilkan produk yang dapat bantu end user dan juga servis bantuan konsultasi dengan ilmu yang dikongsi, mestilah produk ini akan menjadi pilihan pengguna.


Tahniah saya ucapkan kepada 10 syarikat dibawah AINAA Beauty, 10 Senior Leader 2023 AINAA Beauty yang akan membantu lebih ramai lagi usahawan untuk berjaya dibawah bimbingan mereka.

Apabila ditanya, mengapa pilih untuk berniaga produk AINAA Beauty, kebanyakan mereka mesti menjawab sebab adanya bantuan dan mudahnya untuk berurusan dengan founder selain daripada produk demand yang berterusan didalam pasaran.

Jelas mereka lagi, Hafiz tidak pernah paksa mereka untuk jual ikut target bulanan, malah kalau ada masalah apa-apa, malah dibantu dan diberikan idea jalan penyelesaian. Di AINAA mereka tidak diajar untuk tayangkan harta dan kemewahan untuk tarik orang masuk.


AINAA Beauty Banyak Bantu Mommy Nelly

Satu Malaysia tergempar dengan cerita yang usahawan dan pengasas AINAA Beauty, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad yang pernah terkena sihir buatan orang pada Disember 2021 yang lepas. Siapa sangka, 'badi' itu turut kena tempiasnya kepada kawan baik Hafiz, yang juga Senior Leader AINAA Beauty 2023, Ezzah Nellysa.

Hafiz Mahamad: "Isteri saya pernah kena sebelum ni, harini team saya pula disebabkan “hasad dengki” manusia. Doa & support kehidupan, rezeki pasukan saya @ainaa.nellysa"


Kisah Ezzah Nellysa yang mula bangkit dari hasad dengki manusia ini menarik perhatian saya untuk berkongsi kepada pembaca semua tentang kebangkitan semangat ibu dan isteri muda ini didalam perjalanan kehidupannya untuk keluar dari tampuk kesusahan.


Kisah Inspirasi Puan Ezzah Nellysa atau lebih mesra dipanggil Mommy Nelly yang berusia 29 tahun, berasal daripada Johor ini sangatlah amazing bagi saya. Dengan berbekalkan pendidikan ditahap SPM, Nelly berharap agar dapat memberi inspirasi kepada ibu lain diluar sana.

Nelly yang juga ibu kepada 3 orang anak ini bermula sejak 6 tahun lalu, yang dahulunya suri rumah yang berniaga menjual barang secara online. Idea untuk mula menyertai AINAA Beauty bermula apabila Nelly, sedang hamil anak pertama dengan harapan untuk mencari duit lebih.

Impian untuk berniaga pada 6 tahun lepas, Mommy Nelly kini ada lebih daripada 100 'anak' dibawah jagaannya diseluruh Malaysia.


Nelly Leader 6: NellysaSquad juga merupakan Senior Leader AINAA Beauty 2023.

Apabila ditanya "Kenapa Memilih Untuk Buat Bisnes Dengan AINAA Beauty?", Mommy Nelly menjawab, 

"Sebenarnya Nelly dah lama kenal dengan Hafiz. Masa susah dulu, Nelly yang sedang sarat hamil pada masa tu berjumpa dengan Hafiz dan Syafiqah Aina untuk join AINAA Beauty. Masa tu AINAA Beauty baru nak mula."

"Hafiz banyak sangat membantu. Dia bagi Nelly mula berniaga tanpa modal sebab masa tu RM200 pun Nelly tak ada, tapi Hafiz cakap, suruh mula je dan Alhamdullilah  kalau dulu struggle nak hidup atau nak beli makan, sekarang dah mampu nak belu kereta dan rumah yang selesa."


Pelan-pelan dari situ Nelly mula, dan nekad untuk teruskan berniaga AINAA Beauty sebab dapat peluang dengan syarikat yang sanggup bantu dan rasa sangat dihargai selain daripada membantu dari segi membina keyakinan diri dan kreadibiliti. 

Kalau masa mula 6 tahun lalu, Nelly ada 5 orang je, sekarang Nelly dan AINAA Beauty dah bantu ramai orang. Suami Nelly pun sangat membantu dan memahami. Masa perniagaan baru nak berputik dan mula membuahkan hasil dulu, suami pun berhenti kerja untuk bantu.

Semua orang susah, tapi jangan bagi alasan tapi teruskan berusaha. Kisah saya, berjaya dengan perniagaan dengan AINAA Beauty sebab dapat membina kerjaya selain daripada dapat bantu orang lain dan juga pelanggan dengan masalah kulit mereka.


Cabaran perniagaan: Banyak cabaran, antaranya adalah masa mula dulu ramai orang tak pandang serious dan kena buatan sihir orang yang dengki. Tapi company (AINAA Beauty) banyak sangat bantu dari segi tolong suggest idea, memudahkan urusan, tolong jaga anak, mudah sangat bekerja dengan mereka.

Apabila ditanya, ada tak masa Nelly rasa nak berputus ada atau malas nak berniaga sebab dah ada banyak duit dan sudah mampu, jawab Nelly dia tak pernah rasa nak berputus asa sebab nak anak dia hidup senang dah tahu macam mana dia dan suami bekerja keras cari rezeki.

Ezzah Nellysa (Mommy Nelly) 
Instagram: www.instagram.com/ainaa.nellysa
TikTok: www.tiktok.com/@ezzahnellysa1


 AINAA Beauty
Website: ainaa.beauty
Instagram: www.instagram.com/ainaabeautyofficial
Facebook: www.facebook.com/AinaaBeautyOfficial


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS