Comeback Dolla Dengan Lagu Look At This

Hello dan hai korang!

Siapa kat sini minat dan suka dengan girl-group Dolla? Kalau minat dan tahu semua lagu Dolla, korang boleh gelar diri korang tu sebagai iDolla.

DOLLA merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Universal Music Malaysia dan dianggotai 4 orang gadis Malaysia iaitu Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya. Kumpulan ini terkenal dengan unsur vokal, tarian dan rap dalam persembahan mereka.

Sebelum ini Dolla terkenal dengan imej dan nyanyian persembahan mereka yang seakan-akan kumpulan kpop Blackpink sehingga telah diberi nama jolokan sebagai Blackpink Malaysia. Bagi saya, deorang ini memang sangat berbakat, dengan lagu yang best dan suara serta persembahan yang mantap.

Comeback Dolla Dengan Lagu Look At This



Dolla sebelum ini juga pernah mengeluarkan "Dolla: Mini Album" dengan taruhan lagu seperti: Dolla Make You Wanna, Watch Me Glow, Impikan, Raya Raya Raya, "Berani, Bad.

Dolla juga pernah berkolaborasi bersama dengan beberapa penyanyi Malaysia dengan lagu seperti: "Suara Lebaran Kita" duet bersama dengan Hael Husaini, "Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat" duet dengan Naim Daniel dan juga "Sudi" duet dengan Yonnyboii.

Antara lagu Dolla yang paling saya suka adalah, Lagu Sudi bersama Yonnyboii sebab lagu ini memang lain daripada imej Dolla yang sebelum ini yang terkenal dengan lagu M-Pop dan persembahan  yang bertenaga.




Biodata Ahli DOLLA
⭐ Sabronzo (Wan Sabrina Wan Rusli; 7 Mac 1995) – main rapper, main dancer
⭐ Tabby (Tabitha Ariel Lam Lianne; 18 Mac 2000) – main vocalist
⭐ Angel (Angelina Chai Ka Ying; 2 Januari 2001) – vocalist, lead rapper
⭐ Syasya (Noorsyasya Afiqah Shahrizal; 15 Januari 2001) – lead vocalist, lead dancer

Pada 16 Februari yang lepas, saya telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran single terbaru Dolla, LOOK AT THIS (LAT) yang kini telah berada di semua digital platform stream muzik seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Majlis ini dihadiri oleh ramai orang termasuk peminat Dolla, yang diberi nama iDolla.

[Sekitar Majlis Pelancaran Single Dolla - Look at That (LAT)]
@nzayaniz Congratsss Dolla! @DOLLA OFFICIAL ✔️ Lagu baru diorang best! Look At This - Dolla. @✧ angel *:・゚✧ @sabronz0 @Maybe its a real acc 😳 ? @tabbybabyyy #LATParty #LookAtThis #dollaofficialmy #dolla #tabby #sabronzo #angel #syasya #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #mpop ♬ Look At This - DOLLA

Dari kiri: Angel, Syasya, Tabby dan Sabronzo.



Baru saja 28 Januari haritu, Dolla telah membuat persembahan di Seen Festival in Kuala Lumpur 2023 yang turut dimeriahkan bersama dengan bintang sensasi K-Pop antarabangsa iaitu NCT Dream, WayV, KARD dan ALICE. Dolla dah international tau!

Kata Dolla, mereka sangat berbangga apabila mendapat pengiktirafan untuk dibariskan dengan penyanyi hebat dari Korea Selatan dan berbangga sebab dapat kongsi satu pentas dengan mereka sebab memang impian mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa.


Music video: Dolla - Look At This

Lagu Dolla - Look At This menceritakan tentang keyakinan diri seseorang dan tidak mempedulikan kata orang lain. Lagu ini juga memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya.

Untuk lagu single terbaru Dolla - Look At This, sangat special sebab lagu ini sebenarnya dicipta dan ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh pencipta: Laurell Baker, Josefin Glenmark, Johan Gustafsson, yang berasal dari Sweden tetapi telah diolah kedalam Bahasa Malaysia untuk peminat mereka.

Bertanya kenapa mereka nak olah lirik lagu yang pada asalnya daripada English kepada Bahasa Malaysia, Dolla menjawab bahawa mereka tahu kebanyakan iDolla (fans Dolla) adalah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei yang memang banyak berbahasa Melayu.

Proses penulisan  lirik Bahasa Malaysia yang sesuai untuk irama lagu Dolla - Look At This telah dibantu oleh Cikgu Shafi dan SYA serta dibahagian rapnya dibantu oleh Yonnyboii dan ASYRAF NASIR.


Lagu Look At This merupakan sebuah karya lagu dengan konsep yang sedikit berbeza dengan lagu-lagu mereka yang lepas sebab rentak yang lebih kepada unsur hiphop. Untuk koreografi tarian pula, mereka masih lagi menggunakan khidmat Ezra Tham dan pasukan tari daripada UNC Dance Studio.

Manakala, untuk pembikinan Music video lagu Look At This - Dolla, mereka telah bekerjasama dengan Ghazi yang mampu menghasilkan muzik video seperti yang digambarkan Dolla dan yang lain daripada lain. 

Tahu tak korang, ada banyak cabaran Dolla untuk siapkan music video lagu Look At This sebab cuaca yang tidak mengizinkan. Sesi shoting music video lagu Look At This - Dolla memakan masa dalam 28 jam. Effort deorang sebab nak siapkan dalam masa 2 hari guys.

Puas hati tengok mozik video lagu Look At This - Dolla yang bertaraf antarabangsa sangat, padahal lokasi shooting semua dalam Selangor, Malaysia sahaja.




Majlis pelancaran single terbaru Dolla - Look At This yang dihadiri oleh peminat Dolla - iDolla, rakan artis, rakan media, influencers dan ramai lagi telah diadakan di Deep Blue Bar & Restaurant, The FACE Suites, Kuala Lumpur dengan tema pakaian pada hari itu adalah y2k.

Majlis turut dimeriahkan dengan pertandingan tarian, TikTok Challenge, games, free flow makan-makan dan of course persembahan nyanyian dan tarian secara LIVE daripada the one and only, Dolla!


Iqie dan danialdoodye daripada Insomniacks datang support Dolla

Group KembaRojak (AM dan Aerill) pun datang support Dolla. 

Info Lagu LOOK AT THIS by DOLLA

Penyanyi: Dolla
Penulis Lirik: Laurell Baker, Josefin Glenmark, Johan Gustafsson, SYA
(Edit version: Cikgu Shafi, Yonnyboii, ASYRAF NASIR)
Komposer: Laurell Baker, Josefin Glenmark, Johan Gustafsson

Antara part lirik lagu Look At This - Dolla yang saya paling tertarik adalah:

Adakah engkau dengar?
kalau berani, come and get with me yeah
Cintaku bukan senang
Salah tangkap ku balas api yeah
 
 I just wanna
Take you up into a brand new elevation
Then take you higher
Percaya la 
That I’ll get you feeling every sensation
Set it set it loose, set it set it loose - yeah yeah

Perhatian mu  
Menyeru rasa
Segalanya aku buat indah yeah
La la look at this
Du du du du du du du
Yeah look at this
I know you wanna
Look at this



Single LOOK AT THIS versi audio yang keluar pada 12AM pada 17 Februari dan Music Video yang ditayangkan pada 9PM kini telah berjaya mendapat lebih daripada 200 ribu tontonan dalam hanya 3 hari tayangannya.

DOLLA
Instagram: www.instagram.com/dolla.official
Facebook: www.facebook.com/dolla.official


With love, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

2 Comments

Cuya said…
Wah bestnya dapat jumpa Dolla! Cuya pon fan dioranng jugaa. Nak jumpa jauh lak ... Hehe
Cuya said…
Wahh bestnya jumpa Dolla! Cuya pon fans diorang.. kan best kalau dpt jumpa

FOLLOWERS