Review Movie 2023: Coast Guard Malaysia Ops Helang

Assalamualaikum dan hai korang!

Pada 31 Januari tempoh hari, saya telah dijemput untuk ke Malam Gala Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Februari 2023 dan tayangan di Singapura dan Brunei Darussalam.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan sebuah filem aksi terbaru edaran Metrowealth International Group dan disokong Finas, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad yang memakan kos sebanyak RM13 juta dan pengambararan pada tahun 2019.

Filem aksi ini menayangkan beberapa aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) secara eksklusif dan ianya merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu Allahyarham Pitt Hanif yang juga merupakan anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi.




Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Filem ini merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.

Filem ini menampilkan pelakon hebat, Saharul Ridzuan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana dan juga pelakon legend Malaysia, Sabri Yunus yang membawa sebuah watak yang lain daripada watak yang pernah dipegang sebelum ini.

Filem ini turut menampilkan ramai pelakon berbakat besar seperti Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Illiyes, Datuk Fizz Fairuz, Trisha Ooi, Gambit Saifullah, Sherie Merlis, Wanna Ali, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.


Persembahan lagu OST Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang, 'YES SIR!' oleh Ariff Peter dan Zamani


Info Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang 2023
Tajuk Filem: COAST GUARD
Durasi : 85 minit
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Drama, Aksi
Klasifikasi: P13
Pengarah: Allahyarham Pitt Hanif
Pelakon: Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.
Penerbit: Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production
Edaran: Metrowealth International Group (MIG)



Sinopsis Penuh Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang 2023

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau.

Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. 

Leftenan Maritim Melati, seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. 

Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.



Jalan cerita filem ini yang memang banyak plot twist membuatkan saya dan juga penonton lain taknak lepaskan mata daripada skrin. Lakonan hebat oleh watak antagonis jujurnya bagi saya dah mengaburi watak protagonis sebab yang jahat semua hebat sangat.

Jalan cerita filem ini merupakan situasi yang boleh jadi kenyataan yang anggota Maritim Malaysia boleh terlibat didalam misi dan kerja mereka untuk menjaga laut Malaysia. Kita ingat lanun penceroboh je yang banyak kan, sebenarnya dalam negara pun banyak juga penyangak.

Saya enjoy tengok filem ini dan boleh jangka yang filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang mampu mencapai sasaran kutipan 20 juta sebab ada potensi untuk melawan ataupun paling tidak setanding dengan filem aksi yang pernah ditayangkan sebelum ini.




Salah seorang pelakon tambahan yang berbakat yang menarik minat saya adalah watak yang dibawakan oleh Trisha Ooi, yang sebelum ini memulakan kerjayanya sebagai stuntman. Trisha yang baru saja mula berjinak didalam bidang lakonan berkata, yang dia excited dengan karakternya didalam filem ini.

Apabila ditanya mengenai scene lawan antara Jualia Farhana dan Trisha Ooi didalam filem ini merupakan aksi mereka atau stuntman, mereka menjawab, semua aksi dan lawan didalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan 100% aksi yang dilakukan sendiri.

Tahniah Trisha, saya dah jadi peminat Trisha sekarang. Tak sabar nak tengok lebih banyak filem aksi yang Trisha akan beraksi lagi lepas ni. Ingat lagi dalam scene lawan tu, saya cakap dekat husband, "Dia lawan memang macam gaya sparring dalam match".

Bersama Trisha Ooi.

Bersama dengan Datuk Fizz Fairuz dan Saharul Ridzuan.

Review Movie 2023 - Coast Guard Malaysia: Ops Helang

→ Sebuah filem yang hebat dan mengagumkan saya. Tahniah kepada semua team pengambaran.
→ Menampilkan 3 kapal besar, 4 helikopter dan 10 bot laju milik APMM yang real ditayangkan!
→ Pelakon perlu menjalani sesi latihan ketat untuk membawa watak mereka dan perlu belajar tentang protokol, undang-undang, penggunaan senjata api, perlawanan.
→ Scene lawan-lawan walaupun ada yang tak make sense, tapi lawan semua nampak hebat sangat.
→ Ada plot twist at the end, so make sure korang tengok betul-betul.
→ Fakta: Filem ini telah di produce tanpa pengarah. Good job kepada producer, Arie Zaharie Production.

Rating daripada saya: ⭐⭐⭐⭐⭐

Review Movie 2023: Coast Guard Malaysia Ops Helang

Jangan lupa tonton Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang sudah berada di pawagam seluruh negara bermula 2 Februari 2023. Saya jamin korang akan enjoy dan bangga dengan filem buatan Malaysia ni.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS