Zamani dan Ariff Peter Penyanyi Lagu OST Coast Guard Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!

Sejak dua menjak ni, semakin naik industri perfileman di Malaysia dengan lahirnya lebih banyaj filem Malaysia yang berkualiti dan memberi impak positif kepada masyarakat. Filem dengan konsep 'inspired' semestinya menjadi pilihan sebab ramai yang nak tengok kisah sebenar hero kita.

Sebuah filem yang ramai tak sabar tunggu tayangan keluar nanti adalah filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Filem ini merupakan sebuah filem yang diinspirasikan oleh kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pada 17 Januari 2023 yang lepas, saya telah dijemput untuk ke majlis pelancaran Lagu Tema 'YES SIR' dan Pre-Launch Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang telah berlangsung di Stesen Udara Maritim, Subang.



Pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam Stesen Udara Maritim, Subang. Kami disambut mesra oleh kakitangan APMM dan dibawa masuk kedalam Hangar airport yang dimana majlis diadakan. Kat dalam ni memang ada banyak kapal aset APMM yang diparkir.

Semasa hari pelancaran, semestinya kami disajikan dengan persembahan gimik pembukaan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). In fact, pelakon filem Julia Farhana dan Saharul Ridzuan pun terlibat sama.

Bukan itu sahaja, ada juga gimik combat yang melibatkan helikopter. Ralit kami tengok formasi skuad STAR TEAM kombat. Ralit juga tengok, tetiba dah habis. Gimik ini turut disaksikan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.




Pelancaran lagu tema filem ini disokong sepenuhnya oleh Union Coffee daripada Incite Foodtech yang juga merupakan penaja utama majlis pelancaran ini. 

Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama MiG Pictures Sdn Bhd serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Filem edaran Metrowealth Pictures ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula dari 2 Februari 2023 dan juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Filem yang dinantikan ramai ini juga telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


Zamani dan Ariff Peter Penyanyi Lagu OST Coast Guard Malaysia

Lagu Tema OST Coast Guard Malaysia: Ops Helang
YES SIR nyanyian Zamani dan Ariff Peter.

Lagu Yes Sir yang ditulis oleh penyanyi rap Ariff Peter, juga bersama dengan Hasril, Otromen dan Nass ini merupakan sebuah lagu terbitan Cof Music yang berdurasi 3:02 minit.

Lagu ini ditulis berinspirasikan dengan jalan cerita filem ini yang memaparkan kisah seorang pegawai STAR Team yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.

LIRIK LAGU: YES SIR - ZAMANI & ARIFF PETER

(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir, 
Lawan sampai mati, 
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes Sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Lautan luas, bahtera aku markas,
Jaga setiap sudut tiada musuh yang terlepas,
Bukan soal berani ataupun siapa buas,
Yang cari nahas, aku bagi jumpa ruas,
Habis peluru aku guna buku lima,
Lautan tenang tapi jangan main gila,
Biar putih tulang daripada putih mata,
Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,

(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti,
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi,
Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir, 
Lawan sampai mati, 
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes Sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Salut.
Pangguilan perang aku sahut,
Roger dalam radar mana-mana area laut,
Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,
Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa hanyut,
Ini amaran, 
Kita masih aman asal tak langgar sempadan,
Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan,
Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,
Kalau perlu ku lawan,

(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti,
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi,
Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir, 
Lawan sampai mati, 
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes Sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,




Saya memang tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan aset milik APMM. Jujur cakap saya memang tak tahu helikopter jenis apa, yang saya tahu helikopter ni semua besar dan boleh masuk ramai orang. Dalam gambar dan video je nampak kecik, real life besar sangat.

Kapal dan helikopter ini digunakan oleh Maritim Malaysia didalam tugasan, kerja dan ops mereka. Banyak sebenarnya job scope Maritim Malaysia yang kita tak nampak sebab mereka bekerja di lautan, bukan macam polis atau bomba atau yang kita boleh nampak dengan mata sendiri.




Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada barisan frontliner daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dari dulu sampai sekarang tak berhenti menjaga keamanan perairan Malaysia daripada musuh, pendatang dan jaga kawasan negara.

Tanpa mereka, siapa yang nak jadi barisan hadapan nak hadap musuh macam lanun laut atau yang nak berebut kawasan perairan daripada nelayan semua kan. Kerja mereka lah yang kita paling jarang nampak, kita tahu aman saja. Terima kasih daun keladi tuan-tuan dan puan-puan. Tabik!




Nantikan review filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang akan mula ditayangkan bermula dari 2 Februari 2023 nanti.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah so meriah & gempak launch gambit untuk lagu Yes Sir dan Pre-Launch Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang

    ReplyDelete
  2. suka dengar lagu ni... lirik dia pun catchy... mmg lagu yang memenuhi citarasa anak-anak muda hari ini

    ReplyDelete
  3. Belum lagi dengar full lagu ni. Smart betol gimik dia. Bestnye dapat tengok live.

    ReplyDelete
  4. Wowo ... interesting launch of the local movie Coast Guard Malaysia: Ops Helang, gonna check out this movie la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Letups. Mesti ramai tak sabar nak dengar Zamani nyanyi lagi kan. And he looks much better.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS