Review ZINUS Designer Sofas di Showroom

Hello dan hai korang!

Saja nak kongsi dengan korang yang finally rumah baru kami dah nak masuk fasa terakhir. Plan asalnya dalam Q4 tahun ini inshaAllah dapat la kami masuk ke rumah baru. Jadi, sekarang kami dah mula cari barang dan perabot untuk rumah baru.

Salah satu perabot yang bagi kami perlu untuk ada didalam rumah, adalah sofa. Nak pilih sofa pun bukan mudah. Ada banyak elemen nak kena fikir. Nak pilih tema, warna, jenis fabrik, design, saiz dan of course ikut bajet kan.

Lepas fikir panjang, makanya kami pun decide untuk ke tengok dan try sendiri sofa Zinus di showroom mereka di Zinus Malaysia yang terletak di Puchong. Bila tengok depan mata dan try lagi puas hati, dan cuba sendiri best ke tidak. Kalau online semua cantik kan XD


[Visiting ZINUS Malaysia Showroom]



Untuk ke Zinus Malaysia Puchong tak susah pun. Boleh Waze je terus ke ZINUS Malaysia. Untuk parking, korang boleh park di tempat letak kereta di IOI Mall Puchong dan jalan kaki untuk ke Zinus. Sebelah-sebelah je banggunan dia.

Kalau nak datang tengok naik LRT pun boleh. Buat je macam kalau korang cara nak naik LRT ke IOI Mall Puchong, boleh turun di Stesen IOI Puchong Jaya - Laluan Sri Petaling Line dan jalan kaki sikit je untuk ke showroom ZINUS. Signboard pun besar, hijau nampak dari jauh.

ZINUS, yang sebelum ini terkenal dengan penghasilan tilam yang berkualiti, dengan certificate yang disahkan oleh CertiPur-US yang telah melalui beberapa siri peringkat kawalan kualiti yang ketat. Kali ini mereka telah mengeluarkan siri sofa terbaru, Designer Sofas.




Apa yang Special ZINUS Designer Sofas?

Sofa ZINUS Designer dengan reka bentuk kontemporari moden menampilkan garisan lembut, fabrik tona warna neutral dan rasa yang lembut tetapi masih lagi ada sokongan, dan sangat mudah untuk  dipasang dengan sendiri dirumah.

Sofa ZINUS menggunakan struktur logam (metal structure) dengan high density foam cushion dan kusyen spring berpoket bersama dengan alas S-spring underlay manakala kusyen alas belakang pula menggunakan kain jenis polyester dengan kusyen jenis foam dan fiber.

Review Sofa Zinus Designer 

⭐ Design sofa Zinus yang minimalis menjadi pilihan.
⭐ Warna yang neutral sesuai untuk semua jenis tema rumah mahupun pejabat.
⭐ Boleh pilih sofa yang ada 3 jenis tahap kelembutan tergantung dengan korang punya preferences nak sofa lembut ke keras macam mana.
⭐ Setiap design sofa ada jenis kelembutan dan ketinggian yang berbeza.
⭐ Sofa Zinus yang direka untuk tahan lama dengan bingkai kuat semula jadi yang dibalut dengan foam cushion dan jenis pilihan fabrik yang tahan lama. 
⭐ Sofa Zinus mampu menahan berat sehingga kapasiti berat maksimum 227 kg!
⭐ Sesuai sangat dengan ruang kecil dengan saiz sofa yang compact, korang boleh hias ruangan kosong dengan sofa 52.7 inch di rumah mahupun pejabat.
⭐ Sofa Zinus yang dihantar boleh dipasang sendiri tanpa alatan - dalam 20 minit dah siap.
⭐ Sofa yang pakai jenis fabrik yang mudah nak dicuci dengan kain basah bersih dan sabun sikit.
⭐ Warna dalam setiap design tu tak boleh tukar, dah memang fix macam tu.




Ada 3 jenis design sofa yang korang boleh pilih didalam koleksi ZINUS Designer Sofas: Josh Contemporary,⁣ Jackie Modern, dan Ricardo Designer dengan pilihan 2 atau 3 seater. Harga pun tengah sale sekarang, hanya bermula dari RM999.00 untuk 2-seater dan RM1199.00 untuk sofa 3-seater.

🎀 Josh Contemporary ðŸŽ€
Sofa Josh Contemporary Upholstered Sofa - Beige

2-Seaters:
Dimensi saiz sofa: 31.77" x 55.45" x 34.45"
Harga asal RM1,999.00 | Sale RM999.00

3-Seaters:
Dimensi saiz sofa: 31.77" x 78.1" x 34.45"
Harga asal RM2,399.00 | Sale RM1,199.00

Sofa Josh Contemporary Upholstered Sofa - Beige merupakan sofa yang paling laku keras kat sini sebab warna yang beige-cream yang sangat sesuai dengan apa-apa tema rumah korang. Sofa ini pun paling lembut dengan ketinggian yang just nice.

Dengan tempat duduk yang lebih firm, sesuai untuk mereka yang mencari jenis sofa yang tidak terlalu lembut dan tidak masuk kedalam apabila korang duduk. Jenis design hand-rest dia pun yang paling unik antara 3 design.

Josh Contemporary Upholstered Sofa - Beige (2-Seaters)





🎀 Jackie Modern 🎀
Jackie Modern Upholstered Sofa - Soft Grey Weave

2-Seaters: 
Dimensi saiz sofa: 31.1" x 53.5" x 31.5"
Harga asal RM2,099.00 | Sale RM1,099.00

3-Seaters: 
Dimensi saiz sofa: 31.1" x 70.4" x 31.5"
Harga asal RM2,599.00 | Sale RM1,299.00

Jackie Modern Upholstered Sofa - Soft Grey Weave merupakan sofa yang bagi saya sangat sesuai untuk diletakkan dimana-mana dalam tema rumah yang macam mana pun dengan warna yang selamat, warna soft grey gitu.

Dengan texture dan softness yang lebih lembut, memang selesa sangat bila kami try duduk dan baring atas sofa ni dengan kusyen yang lembut. Saya suka dengan ketinggian design ini yang paling rendah antara 3 design, memang sangat selesa untuk duduk rilex kat rumah.

Jackie Modern Upholstered Sofa - Soft Grey Weave (2-Seaters)

Jackie Modern Upholstered Sofa - Soft Grey Weave (3-Seaters)






🎀 Ricardo Designer 🎀
Ricardo Designer Upholstered Sofa - Dark Grey

2-Seaters: 
Dimensi saiz sofa: 31.50" x 61.93" x 31.52"
Harga asal RM2,199.00 | Sale RM1,199.00

3-Seaters: 
Dimensi saiz sofa: 31.52" x 78.86" x 34.45"
Harga asal RM2,799.00 | Sale RM1,399.00

Ricardo Designer Upholstered Sofa - Dark Grey special sikit sebab kusyen sandar dia ada macam style button, lain daripada design yang ada didalam koleksi ZINUS Designer Sofas. Jenis kusyen tempat duduk yang tidak terlalu keras atau lembut, memang perfect untuk letak kat office ataupun gaming room - kami pilih ini untuk letak di gaming room.

Material foam dan fiber yang leih keras berbanding dengan design sofa lain menjadikan sofa ini sangat sesuai diletakkan di tempat yang ramai orang akan duduk supaya lebih tahan lama. Tapi kalau korang jenis yang suka sofa yang tidak terlalu lembut, Ricardo Designer merupakan pilihan terbaik.

Ricardo Designer Upholstered Sofa - Dark Grey (2-seeaters)

Ricardo Designer Upholstered Sofa - Dark Grey


Agak-agak korang, sofa yang mana satu menjadi pilihan kami? Hint dia ada kat gambar dibawah. Kami memang puas hati sangat sebab dapat ke showroom untuk rasa, tengok dan pegang sendiri jenis material dan keempukan sofa ni. Ye la, benda beli nak pakai lama kan.

Puas hati daripada tengok secara dalam talian. Tapi in case korang nak cuci mata dulu, boleh tengok katalog ZINUS Designer Sofas ðŸ‘‰ [zinus.com.my/collections/designer-sofas].

Jackie Modern Upholstered Sofa - Soft Grey Weave (3-Seaters)



Waktu operasi Showroom Zinus Malaysia:
Isnin - Jumaat: 10am - 8pm
Sabtu, Ahad, Cuti sekolah: 12pm - 8pm

Zinus Malaysia
1-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Contact: 03-80823359
WhatsApp: 011-3129 9882 (Customer Service)

Website: zinus.com.my
Facebook: www.facebook.com/ZinusMY
Instagram: www.instagram.com/zinusmy

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS