Apa Yang Menarik di KL Park Festival 2023

Selamat sejahtera korang!

Haritu lepas tahu yang adanya KL Park Festival 2023 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwang, terus tanya Mak kalau dia nak pergi tengok-tengok atau ada pokok yang dia teringin nak beli. Seperti yang dijangka, Mak terus say Yes! Hehe..

Seronoknya bila ada event open macam ni, dahla masuk PERCUMA, lokasi pula sangat strategik. KL Park Festival 2023 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa menampilkan banyak aktiviti menarik termasuklah untuk meneroka Mystical Titiwangsa, pameran tumbuhan dalaman terbesar

KL Park Festival 2023
Tarikh 4-12 Mac 2023
Masa: 9am-10pm
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa




Cara datang ke KL Park Festival 2023:

👉 LRT Sentul Timur > Bandaraya > Titiwangsa > Grab/Bas Shuttle.
👉 Bas GO KL > Laluan Jingga > Istana Budaya > Jalan Kaki Ke Entrance B Taman Tasik Titiwangsa.
👉 Bas Shuttle disediakan di LRT Titiwangsa, Istana Budaya dan Parking Balai Seni Negara untuk ke KL Park Festival (manakala untuk Sabtu & Ahad disediakan di Klinik Kesihatan Titiwangsa).
👉 Van Shuttle OKU juga disediakan (Taman Tasik Titiwangsa mempunyai kemudahan mesra OKU).

*Tram disediakan untuk pengunjung di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

Cuma satu je susah kat sini, parking agak limited. So be ready la untuk jalan jauh.



Kolaborasi diantara City Gardening KL dan KL Park Festival:

Pada edisi kali ini, KL Park Festival berkolaborasi bersama dengan City Gardening KL yang juga merupakan penganjur rasmi KL Park Festival 2023 yang berlokasi di Taman Tasik Titiwangsa. Korang boleh jumpa booth rasmi City Gardening KL di "Mystical Dome of Titiwangsa".

Antara 5 elemen menarik yang korang boleh lihat di KL Park Festival 2023 pada kali ini adalah:

🌸 BalconyKL Showdown (architectural competition),
🌸 Environmental Arts Competition (creativity),
🌸 Malaysian Arts and Flora Gardens (official flowers of towns), 
🌸 Mystical Dome of Titiwangsa (trending plants),
🌸 Garden of Haven.

City Gardening KL juga akan bertanggungjawab diatas pameran kebun, pemilihan vendor dan penganjuran pertandingan aroid. Kerjasama ini dipercayai mampu menarik minat lebih ramai orang untuk menghijaukan rumah mereka.



Pameran yang dipamerkan di KL Park Festival 2023 bukan saja-saja nak pamerkan, tapi sebenarnya ada pertandingan hias dan design ikut tema KL Park Festival, sebab itu lah semua pempamer berusaha keras untuk cantikkan kawasan mereka untuk menang.

Antara aktiviti yang menarik di KL Park Festival 2023 yang berlangsung dari 4-12 Mac 2023 di Taman Tasik Titiwangsa adalah:

✅ Laman Seni dan Flora Malaysia;
✅ Pertandingan BalconyKL Showdown;
✅ Environmental Arts Competition - Pertandingan Arca Alam (Open Category);
✅ Environmental Arts Competition - Pertandingan Arca Alam (School Category).


Malaysian Arts and Flora Gardens (Laman Seni dan Flora Malaysia)

Sekeliling Taman Tasik Titiwangsa semua ada aktiviti dan booth menarik untuk korang kunjungi. Tapi kalau nak port bergambar yang cantik, boleh ke kawasan Laman Seni dan Flora Malaysia yang dimana ada banyak kawasan display yang dibuat oleh wakil majlis perbandaran/ bandaraya daerah dan negeri.

Kat sini memang banyak tempat dan corner yang cantik-cantik dengan dekorasi yang menarik untuk orang awam bergambar secara percuma. 

Tahniah saya ucapkan kepada pemenang Laman Seni dan Flora Malaysia edisi KL Park Festival 2023: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perdandaran Kuala Langat.





Pertandingan Balcony KL Showdown sempena KL Park Festival 2023

Kalau korang datang ke KL Park Festival 2023, korang wajib untuk singgah di kawasan Balcony KL Showdown dimana peserta perlu menjadi kreatif untuk design dan hias kawasan balkoni rumah untuk memberi inspirasi kepada pencinta alam semula jadi.

Tak sangka banyak rupanya idea yang menarik dan simple, yang orang biasa pun boleh pakai dalam menghias kawasan balkoni rumah yang bertemakan alam semula jadi. Semua display peserta memang cantik-cantik dan on-point!

Tahniah saya ucapkan kepada pemenang: Plantygoddes Garden, Art Unlimited, FABKL Design, Jiran Collective dan Afifah Binti Mohd Adam.




Environmental Arts Competition - Pertandingan Arca Alam

Kalau korang datang ke  KL Park Festival 2023 yang berlokasi di Taman Tasik Titiwangsa ini, korang akan ternampak beberapa arca atau arts yang ada di tepi laluan yang menggunakan barangan semula jadi terpakai seperti sabut kelapa, daun kering, hampas padi, buluh dan sebagainya.

Arca yang dipamerkan ini sebenarnya merupakan display untuk pertandingan Environmental Arts Competition - Pertandingan Arca Alam yang dianjurkan khas dalam kategori Terbuka dan Sekolah. Unik dan menarik apabila tengok konsep yang mereka pamerkan.


Tahniah saya ucapkan kepada pemenang Environmental Arts Competition; Pertandingan Arca Alam kategori terbuka: Running Forest Series (Ramlan Abdullah), Rambut-Rambut (Bunga Design Atelier), Mother & Child Outing (CCA Melaka), 

Manakala untuk pemenang bagi Kategori Land Sculpture: Menjulang Langot Mendakap Bumi (Rebung), Kategori Air Sculpture: The Floating Green (Little Potato Placemaking Research Office), Kategori Water Sculpture: Water of Hope (Team HAY).




Juga tahniah diucapkan kepada pemenang Environmental Arts Competition; Pertandingan Arca Alam kategori sekolah: Alunan Pawana (Majistreet13), Riboot (4NIS), Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya (Fine Hard), The Source of Life (Kumpulan Aldinic), Bakau Bakau (Intelligent Buddy), Nature (Eco Cameron), Gigih (Vivi Union), Gonjong (Landskap Maharaja).

Korang boleh jumpa installation arts semua ni disekitar Taman Tasik Titiwangsa sepanjang KL Park Festival 2023 berlangsung.



Apa Yang Menarik di KL Park Festival 2023

Antara Highlight yang best dan yang menarik di KL Park Festival 2023 adalah di Mystical Dome of Titiwangsa yang dikendalikan oleh City Gardening KL. Mereka ni actually beberapa kali dah anjurkan acara tumbuhan dan memang berpengalaman dalam event macam ni.

Didalam indoor aircond dome utama ni ada banyak plant showcase dengan beberapa art installation dan tempat yang lelawa untuk korang bergambar. Selain tu, banyak juga pokok yang rare species dan cantik-cantik. Harga pula ada daripada harga below market sehinggalah ke ribu-ribu ikut jenis pokok.

⭐ Pameran dinding Aroid yang pertama di KL

Buat pertama kalinya di Malaysia, City Gardening KL membawakan pameran dinding Aroid yang pertama di Malaysia dengan koleksi pokok Aroid yang unik dan yang dicurated oleh pakar pokok. Saya diberitahu yang koleksi Aroid pada satu dinding ini boleh mencecah sehingga RM80k!

KL Park Festival 2023 - First Aroid wall showcase in KL

⭐ South America Rare Aroid dari penjual Ecuador

Kalau korang yang memang jenis minat dengan pokok dan tumbuhan collector Aroid seperti Monstera, Alocasia, Philodendron, Epipremnum, Syngonium dan sebagainya,  korang mesti akan excited apabila tengok koleksi tumbuhan Aroid yang dipamerkan kat sini. 

Antara tumbuhan unik yang dipamerkan adalah:
Aroid kahwin Anthurium magnificum dan crystallinum, Philodendron, Aglaonema, Caladium,  Monstera, Melanochrysum, Anthurium, Rhaphidophora, dan banyak lagi. 



Banyak koleksi tumbuhan Aroid yang rare yang dipamerkan yang menjadi tarikan peminat pokok ini disini. Monstera pun besar-besar saiznya, memang hebatlah tuan pokok yang jaga tumbuhan collectors item sampai besar macam ni.

Turut menjadi perhatian adalah Cactus yang berusia 50 tahun, yang juga dijual pada harga RM38,888.


⭐ Cara pengunaan lampu tumbuhan LED di Malaysia

Disini juga turut dikongsi bagaimana cahaya LED boleh membantu untuk penumbuhan pokok-pokok didalam rumah di Malaysia. Sangat membantu kalau jenis rumah yang tak ada banyak space untuk tanam tumbuhan dekat luar. 

Seni dinding Platycerium (staghorn)

Turut dipamerkan untuk dijual didalam dome ini adalah pokok jenis Platycerium atau kita panggil Staghorn ferns. Tumbuhan jenis ni memang cantik kalau pandai cari port untuk letak sebagai tumbuhan hiasan di sekeliling rumah.

KL Park Festival 2023 - Platycerium (staghorn) wall art

Landskap miniatur - Terrarium, Vivarium dan Paludarium

Sampai kat part ni, terus saya teruja sebab saya memang suka Terrarium.

Booth yang menjual dan pamerkan landskap miniatur, Terrarium, Vivarium dan Paludarium. Nak jaga landskap ini pun mudah sebab dalam tu dah siap ekosistem yang di-kurasikan untuk hidup sendiri. Nak tambah ikan sungai atau katak pun boleh ye.

Saya sebenarnya baru tahu yang ada jenis lain selain daripada Terrarium. Mengikut jenis landskap, pokok dan ketinggian, ini yang akan membezakan samada Terrarium, Vivarium dan Paludarium. Terima kasih kepada booth ini sebab share ilmu baru kepada saya.




Bengkel berkebun untuk kanak-kanak

Untuk menarik minat anak muda dan anak kecil dalam cintakan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan, maka mereka ada menganjurkan bengkel berkebun untuk kanak-kanak belajar 'kotor' kan diri dengan bercucuk tanam. Dewasa pun boleh turut sama belajar tau.

Perbincangan mengenai tumbuhan

Ada tips dan tricks untuk penjagaan tentang pokok dan tumbuhan daripada pakar. Ada timing dia, korang kena pada jadual yang ada disana. Sangat informative terutamanya untuk mereka yang memang suka berkebun dan nak belajar menjaga pokok.

Percuma pokok herba & tumbuhan pada hari tertentu

Pada hari tertentu, untuk mereka yang bertuah, korang boleh dapatkan tumbuhan, herba, sayur malah juga pokok untuk dibawa balik secara percuma! Ada juga booth yang memang ada letgo tumbuhan pada setiap hari. Kalau berjalan tu, nanti mesti akan jumpa booth yang nak bagi pokok free.


⭐ Gubahan bunga cara Ikebana Jepun

Salah satu bahagian yang paling menarik perhatian saya adalah display Ikebana merupakan satu teknik gubahan bunga dari Jepun dengan menggunakan bunga fresh yang hidup untuk dengan teknik untuk susun dan gubah bunga tu. 

Sebenarnya teknik Ikebana Jepun ini sangat complicated sebab ada beberapa elemen yang perlu ikut untuk capai teknik yang boleh cakap itu adalah gubahan Ikebana. Sebab itulah tak ramai penggubah bunga Ikebana yang boleh dijumpai zaman sekarang.

KL Park Festival 2023 - Japanese stye Ikebana flower arrangement 


⭐ Hydrangea tanah rendah - Beli untuk letak kat rumah!

Siapa yang tak suka kalau ada bunga cantik hias kat rumah kan, pokok bunga Hydrangea merupakan satu pokok yang sangat sesuai kalau nak buat hias rumah sebab nak jaga pun tak susah sangat, hanya perlukan matahari pagi dan siram dalam sekali sehari je.

Kini, kita yang tak tinggal di tanah tinggi seperti Cameron Highland pun boleh bela pokok Hydrangea dikawasan rumah dengan spesis pokok yang ini, sebab spesis ni memang deorang breed untuk buatkan supaya pokok ini boleh survive pada cuaca panas.


Mesin kompos sisa di rumah

Untuk mereka yang nak belajar untuk kurangkan sisa karbon dan yang nak belajar tukar sisa makanan untuk dijadikan baja organik premium di rumah secara percuma, pun ada dijual mesin kompos ini di festival ni.


⭐ Kenali 10 jenis spesis pokok pisang yang unik!

Siapa tahu, pokok pisang pun ada banyak jenis yang unik dan rare yang memang dikumpul oleh pengumpul pokok rare. Saya ingatkan daun pisang ni lapik nasi lemak je selalunya, rupantya ada setengah spesis tu memang unik untuk collector tau.

Korang boleh jumpa antara 10 spesis pokok pisang yang unik di Mystical Dome of Titiwangsa. Pokok ni memang rupa lain dengan pokok pisang yang ada kat belakang rumah korang tu. Daun dia, bentuk dia, buah, even rasa buah dia pun tak sama tau.

Kalau datang sini dan kenal dengan pokok pisang tu, boleh la balik lepas tu tengok belakang rumah kot la pokok pisang korang tu actually yang rare dan mahal juga kan. Hewhew

⭐ Tumbuhan karnivor yang unik

Tumbuhan karnovir atau dalam English dipanggil Carnivorous Plant bukanlah pokok yang makan orang macam cerita alien tu, tapi merupakan tumbuhan yang makan serangga kecil seperti lalat, semut atau nyamuk yang terperangkap kat tumbuhan tu.

Contoh Carnivorous Plant yang ada di KL Park Festival 2023 adalah seperti:
Venus flytrap, Drosera capensis, Sundews, Pitcher plants dan banyak lagi.



Beserta dengan jualan pokok dan tumbuhan unik yang korang susah nak jumpa diluar yang boleh korang dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi terutamanya untuk peminat tumbuhan unik dan eksotik. Harga yang ditawarkan pun ada yang below market price.

In fact, saya rasa acara KL Park Festival 2023 juga sangat sesuai untuk mereka yang berminat nak belajar kenal tentang pokok, tumbuhan atau bunga tapi tak tahu nak mula dari mana dan tumbuhan apa yang sesuai untuk mereka. Kat sini banyak specialist pokok yang boleh bantu korang.




Selain daripada pameran indoor untuk pokok-pokok yang rare didalam Mystical Dome of Titiwangsa yang dikendalikan oleh City Gardening KL, kat bahagian luar pun ada banyak tent booth kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis pokok yang korang nak cari.

Daripada pokok bunga yang ramai mak-mak cari seperti Bunga Ros, Orkid, Bunga Raya atau yang nak cari house plant atau air plant, atau yang jenis minat sebab pokok viral macam Monstera, Snake Plant (lidah jin), Peace Lily, ataupun nak pokok yang menjalar macam Spider Plant or Golden Pothos sebab cantik buat deco sampailah ke kaktus dan succulents pun ada.








KL Park Festival 2023
Dianjurkan oleh dan KL Park Festival dengan kerjasama City Gardening KL.
Instagram: www.instagram.com/klparkfestival
Facebook: www.facebook.com/klparkfestival2022

City Gardening KL
Instagram: www.instagram.com/citygardeningkl
Facebook: www.facebook.com/citygardeningkl

With love,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

2 Comments

Ricky K said…
Thanks for sharing this.
Ricky K said…
Thanks for sharing

FOLLOWERS