Assalamualaikum dan semua,
Pertama kali saya ke “Tempat Penginapan Kontainer Terbesar di Malaysia”, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation yang terletak di Semenyih, Selangor. Kali ini saya datang ke sini bukanlah bertujuan untuk bercuti, tetapi untuk ke preview buffet berbuka puasa yang dianjurkan.
Pada tahun 2023, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation bakal menghidangkan buffet iftar yang bertemakan, "Perkampungan Madani Ramadan Dihayati" yang juga merupakan buffet Ramadan yang terbesar di Semenyih.
Terdapat lebih daripada 200 menu juadah berbuka akan dihidangkan dengan seleksi makanan traditional Malaysia, Asia dan Timur Tengah yang akan disediakan oleh chef dan pasukan yang berpengalaman.
Semenyih Eco Venture Resort & Recreation yang terletak lebih kurang dari 10km dari pekan Semenyih ini merupakan sebuah resort dan tempat rekreasi yang dengan berkonsepkan penginapan sambil ber-rekreasi dengan menawarkan pelbagai khidmat aktiviti dan permainan seperti team-building, hari keluarga, acara sukan dan perkhemahan.
Tema "Perkampungan Madani Ramadan Dihayati" pada tahun ini dipilih kerana sesuai dengan seruan kerajaan dan juga konsep resort ini yang juga merupakan pusat madani yang terbesar di Malaysia. Madani membawa maksud ‘perpaduan/ silatirahim’.
Buffet berbuka puasa yang terbesar di Semenyih ini bakal menghidangkan seleksi menu makanan tradisional Malaysia, Asia dan Timur Tengah oleh pasukan chef dari Arab dan juga Malaysia yang akan bersama-sama menyediakan menu berbuka ini.
Antara seleksi menu berbuka puasa di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation adalah seperti:
★ Nasi Lamb Mandy,
★ Asam Pedas Ikan,
★ Kari Daging,
★ Ayam Masak Kari Hijau,
★ Ayam Kurma,
★ dan banyak lagi.
Lebih daripada 200 juadah makanan yang akan dihidangkan pada buffet berbuka puasa di Semenyih pada tahun 2023 nanti khas untuk pelanggan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
Seleksi ulam-ulaman dan kerabu turut disediakan untuk pengunjung yang suka dengan makanan tradisi ini. Lebih menarik, ada juga seleksi ikan masin/ ikan kering yang menjadi menu kegemaran orang dulu-dulu untuk berbuka.
Tak sah kalau nama buffet makanan tradisional tapi tak ada kuih. Seleksi kuih-muih tradisional seperti karipap, kuih seri muka, pulut panggang, kuih talam serta buah-buah potong turut tersedia. Even rojak buah pun ada tau. Sedap kuah rojak ni.
SPECIAL BULAN RAMADAN DI SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION
Pada Bulan Ramadan 1444 Hijrah tahun 2023, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation telah bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) untuk menganjurkan program kerohanian:
Program Perkampungan Madani Ramadan Dihayati:
⭐ Pakej Madrasah Ramadan (23 Mac - 20 April 2023)
Harga pakej: RM1990/seorang
Aktiviti: Kelas pengajian kitab, program kerohanian Tadarus, Terawih dan Qiamullail, berbuka puasa, moreh dan sahur, aktiviti outdoor, iftar Jamaie.
⭐ Pakej Lailatulqadar (12 - 21 April 2023) - 10 malam terakhir.
Harga pakej: RM1990/seorang
Aktiviti: Kelas pengajian kitab, program kerohanian Tadarus, Terawih dan Qiamullail, berbuka puasa, moreh dan sahur, aktiviti outdoor, iftar Jamaie.
Tambah menarik lagi, pada tahun ini juga ada penglibatan oleh kumpulan nasyid tersohor negara, Rabbani sebagai artis dan juga rakan synergi kerana kredibiliti, berpengaruh dan telah mencipta nama tersendiri dalam industri hiburan tanah air.
Khas untuk pelanggan di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, korang berpeluang untuk memenangi banyak hadiah menarik sepanjang bulan Ramadan kalau korang datang berbuka di sini. Hadiah yang ditawarkan berupa Pakej Umrah dan Pakej Penginapan.
Hadiah cabutan bertuah untuk pelanggan buffet berbuka puasa di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation pada tahun 2023 adalah:
⭐2 pakej Umrah - Tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd,
⭐1 pakej Umrah - Tajaan As Safa Travel Sdn Bhd,
⭐Hadiah harian - Pakej percutian 2 Hari 1 Malam di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
Buffet Ramadan 2023 | Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
⭐ Bertemakan "Perkampungan Madani Ramadan Dihayati"
⭐ Merupakan buffet Ramadan yang terbesar di Semenyih.
⭐ Lebih daripada 200 juadah berbuka akan dihidangkan.
✅ Seleksi makanan traditional Malaysia, Asia & Timur Tengah.
🤩 Must try menu: Nasi Mandy,
👉 Buffet Ramadan Bersama dengan kumpulan nasyid tersohor, Rabbani
Tarikh buffet berbuka di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation:
23 Mac - 21 April 2023.
Masa: 6pm - 10pm
Harga Buffet Ramadan 2023 Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Dewasa RM68.00, Kanak-kanak RM34.00, Warga emas RM40.00
*Diskaun sebanyak 30% akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir.
Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Lot PT, Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor.
Website: semenyihecoventure.com
Facebook: www.facebook.com/semenyihecoventureresort
Instagram: www.instagram.com/semenyihecoventureresort
Instagram: www.instagram.com/semenyihecoventureresort
Zayani Zulkiffli.
0 Comments