Buffet Ramadan 2023: Zebra Square Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hi semua,

Salah satu buffet Ramadan 2023 yang ditunggu-tunggu adalah Buffet Ramadan Zebra Square KL yang terletak di Jalan Tun Razak, Ampang. Lokasi ini sebenarnya merupakan kawasan dewan yang selalu buat acara perkahwinan.

Buffet Ramadan Zebra Square. Kuala Lumpur pada tahun ini adalah berkonsepkan 'Suasana Kampung' dengan menawarkan seleksi menu citarasa masakan Malaysia dan tradisional kampung hasil tangan Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan kru.

Merupakan salah satu lokasi berbuka yang cantik di Kuala Lumpur, pada tahun 2023 merupakan kali kedua Zebra Square KL mengadakan buffet berbuka puasa di kawasan Ampang, Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Modern Dynamic Group.



Salah satu perkara yang saya suka juga tentang berbuka puasa disini adalah sebab mudah nak dapatkan parking kereta sebab kawasan tempat letak kereta yang luas, dan boleh parkir secara percuma! Bukan itu sahaja, WIFI pun ada kalau korang nak lepak buat kerja sambil berbuka.

Dengan dewan yang luas yang mampu memuatkan lebih kurang 250-300 orang pada setiap masa, saya suka dengan layout buffet Ramadan di Ampang ini yang tidak terlalu crowded dan luas. Nak makan berbuka pun selesa.



Pada buffet Ramadan 2023, Zebra Square menawarkan lebih kurang 55 jenis makanan untuk berbuka yang terdiri daripada hidangan masakan tempatan, makanan Barat, hidangan makanan sampingan serta pilihan pencuci mulut untuk pengunjung yang berbuka disini.

Sesuai dengan tema ‘Suasana Kampung’, dekorasi kawasan yang sesuai dengan suasana juga gabungan menu kampung turut menarik minat dan selera untuk berbuka disini.



Chinese Crab Meat Soup

Antara menu lauk kampung yang korang perlu cuba kalau berbuka puasa di buffet Ramadan 2023 di Ampang, Kampung Pandan ini adalah:

Daging Gulai Kentang Utara,
Daging Masak Lemak Cili Api dan Kentang,
Ikan Keli Berlado,
Isi Ikan Masak Sweet Sour,
Ikan Masin Nanas,
Ayam Palembang,
Ayam Goreng Berempah.
dan banyak lagi.




Antara menu hot tahun ini adalah Aneka Ikan Bakar dengan sos dan sambal ikan bakar. Selalunya ikan bakar ni kalau makan, mesti akan bertambah beberapa kali nasi sebab sedap, sesuai dengan tema suasana kampung.




Menu buffet berbuka yang popular seperti Kambing Golek, Satay Ayam, Satay Daging, pun turut akan dihidangkan khas untuk pelanggan yang berbuka puasa di Zebra Square KL pada tahun ini.




Untuk mereka yang nak makanan yang tidak terlalu berat seperti nasi, korang juga boleh cuba seleksi mee dan bihun yang ada di Buffet Ramadan 2023: Zebra Square Kuala Lumpur. Selain itu, ada juga pilihan bubur kacang, jagung, nasi, pengat yang akan disediakan secara rotation.





Tidak dilupakan, pilihan seleksi pencuci mulut yang terdiri daripada buah-buahan, kuih Melayu dan Nyonya tradisional yang selalu menjadi pilihan mereka yang berbuka disini. Ada banyak juga seleksi kek dan pudding untuk mereka yang mencari.

Menu air popular, Air Balang dah macam satu benda yang wajib ada di buffet Ramadan 2023. Sesama buffet nanti, akan ada banyak pilihan air sejuk yang korang boleh minum. Seleksi air panas seperti Teh Tarik dan Kopi Tarik pun ada.

Kalini special sebab ada air Laicikang dan Cendol Istimewa pun ada atas permintaan ramai.



Buffet Ramadan 2023 | Zebra Square KL
⭐ Buffet Iftar 2023 tahun kedua yang berkonsepkan 'Suasana Kampung'.
⭐ Ada lebih daripada 55 jenis menu berbuka.
⭐ Hidangan buffet disediakan oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan kru.
✅ Seleksi menu citarasa masakan Malaysia dan tradisional kampung.
🤩 Must try menu: Daging Gulai Kentang Utara, Ikan Masin Nanas, Ayam Palembang, Kerabu Sotong dan Air Balang.
👉 Juga menyediakan parking yang banyak serta percuma :)




Tarikh buffet berbuka di Zebra Square Kuala Lumpur:
25 Mac - 19 April 2023⁣.
Masa: 6.30pm - 10pm

Harga Buffet Ramadan 2023 Zebra Square Kuala Lumpur
Dewasa RM85.90, Kanak-kanak/ Warga emas RM45.00⁣
*Promo: Beli 5, PERCUMA 1.

Zebra Square Kuala Lumpur
No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, 
Off Jln Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur.
Contact: 019-2331180/ 017-2516316

Website: www.zebrasquare.com.my
Facebook: www.facebook.com/Zebra.Sq.KL
Instagram: www.instagram.com/zebrasquarekl


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS