Hello dan Salam Malaysia Madani korang!
Baru-baru ini, saya sempat menghadirkan diri ke pameran perdagangan terkemuka untuk industri automotif yang kembali ke Malaysia dengan konsep unik, 'S.E.T.' (Sourcing, Training, Entertainment).
Telah berlangsung pada 16 hingga 18 Mac 2023, pameran ini membawakan 330 pempamer dari 17 negara termasuklah ustralia, China, Germany, Hong Kong, India, Italy, Korea, Lithuania, Malaysia, Mauritius, Oman, Poland, Singapore, Taiwan, UAE, UK dan US.
Pameran automotif Automechanika Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan 1 hingga 5 dan 7C yang total keseluruhan berkeluasan sebenar 11,071 meter persegi di Kuala Lumpur Convention Centre.
Automechanika Kuala Lumpur
Tarikh: 16-18 Mac 2023
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre.
Trend-trend dan sistem yang terkini dan moden yang dibawakan telah dipilih dengan teliti untuk memaparkan produk, perkhidmatan, dan teknologi dalam sektor-sektor pasaran yang khusus termasuklah seperi kategori:
✅ Electric Vehicle/ Kenderaan Elektrik (EV)
Penyelesaian untuk kenderaan tenaga baharu, bas elektrik, kemudahan cas, dan teknologi bateri.
✅ Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Automotif/ Auto Service and Maintenance
Membawakan teknologi diagnosis dan penyelenggaraan, peralatan khas untuk penyelenggaraan kenderaan elektrik dan kalibrasi ADAS.
✅ Commercial Vehicle/ Kenderaan Komersial
Membawakan perkhidmatan selepas pasaran, bahagian, bahan api, pelincir dan minyak
✅ AutoFest@KL
Pameras khas di Dewan 4 dan 5, pameran akan memberi tumpuan yang lebih dalam kepada produk pengguna akhir, pembalut, aksesori, dan pewangi. Ada juga booth yang korang boleh beli barang untukdibawa pulang secara on-the-spot seperti Hot Wheels.
Turut menyertai Pameran Automechanika Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 Mac 2023 tempoh hari adalah nama besar didalam industri automotif seperti: Brembo, Caltex Delo, Carlas, CELETTE, Deltran’s Battery Tender®, GBT, Launch, MAGICMOTORSPORT, Rimbunan Kuasa, SATA Tools, SCHMACO, Solid, TecAlliance, Techtronic, Tetrosyl, Yon Ming, dan ZMC Automotive.
Ada lebih kurang 14 acara dan sesi sharing yang ada semasa pameran Automechanika Kuala Lumpur dijalankan. Antaranya ialah:
👉 Collision Repair Training Workshop (16 - 18 Mac 2023)
👉 IBIS ASEAN 2023 (16 Mac 2023)
👉 Digitalisation and Electrification Business Networking Event (16 Mac 2023)
👉 Fleet Management Conference (17 Mac 2023)
👉 Pameran AutoFest@KL: Auto NITZ Party (17 Mac 2023), EMMA Malaysia Final – Car Audio and Modification Competition (16 - 18 Mac 2023), OEM & Auto City Marketplace (16 - 18 Mac 2023)
Collaboration between Messe Frankfurt, Malaysia Trucking Federation (MTF) & Malaysia Commercial Vehicle Traders Association (MCVTA).
Saya turut berkesempatan untuk menyaksikan kolaborasi kerjasama diantara Messe Frankfurt, Malaysia Trucking Federation (MTF), dan Malaysia Commercial Vehicle Traders Association (MCVTA) untuk menghidupkan semula industri kenderaan perdagangan di Malaysia.
Pengumuman kerjasama ini telah diadakan semasa sesi Fleet Management Conference @ Automechanika Kuala Lumpur yang berlangsung pada 17 Mac 2023 tempoh hari.
Fleet Management Conference yang bertemakan “Efficiency, Profitability, Sustainability” akan memberikan penyelesaian utama bagi perniagaan untuk menghasilkan kumpulan kenderaan yang lebih cekap sambil meningkatkan produktiviti, keselamatan, pematuhan, keselamatan, dan kecekapan kos.
Selain itu, pembangunan dan kemajuan teknologi dalam pasaran kenderaan perdagangan negara akan dibincangkan untuk mengurangkan risiko yang ditimbulkan oleh bebanan berat dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kerosakan dan kemalangan jalan raya.
Teknologi inovatif telah mendorong transformasi pasaran kenderaan perdagangan di Malaysia dan kerjasama ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada perniagaan dan rakyat untuk mendapat manfaat daripadanya.
Kata Ms Fiona Chiew, General Manager of Messe Frankfurt (HK) didalam ucapannya:
"Sejak edisi terakhir pada tahun 2019, kami telah terus menganalisis industri Malaysia dengan teliti mengambil kira perkembangan automotif yang lebih meluas. Negara ini berada pada ambang transformasi yang meluas.""Oleh itu, Automechanika Kuala Lumpur masih penting sekarang seperti ketika kami pertama kali melangkah ke pasaran kira-kira 20 tahun yang lalu. Ia melampaui platform perdagangan dengan program tambahan untuk menavigasi peluang baru dari trend seperti digitalisasi dan elektrifikasi dalam supply chain."
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Messe Frankfurt, Malaysia Trucking Federation (MTF), dan Malaysia Commercial Vehicle Traders Association (MCVTA) atas kerjasama yang telah dijalinkan. Selamat maju jaya!
Automechanika Kuala Lumpur
Facebook: www.facebook.com/automechanika.kuala.lumpur.amkl
Instagram: www.instagram.com/automechanikakualalumpur
Linkedin: /www.linkedin.com/automechanika-kuala-lumpur-amkl-00b55ba9/
Zayani Zulkiffli.
1 Comments