Pemenang Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pada 27 Februari 2023 yang lalu, telah berlangsungnya Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) yang diadakan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) yang telah mesuk ke edisi keempat merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY) - sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh DYTM Raja Muda Selangor. 

Seramai 9 orang peserta SAY LEAD telah berjaya membuat pembentangan pada hari pusingan akhir dihadapan juri termasuklah DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj - Raja Muda Selangor.



Apa itu Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD

SAY LEAD merupakan sebuah liga keusahawanan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) untuk membantu
usahawan OKU menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan kursus bimbingan perniagaan yang berstruktur. 

Tiga pemenang utama akan layak ke peringkat seterusnya iaitu program SAY LEAD+, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.

Antara objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan keterangkuman dalam kepelbagaian dan usaha untuk mengubah ekosistem usahawan OKU untuk terus kekal didalam sektor ekonomi di negara ini.



Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD)

Pusingan akhir menampilkan 9 orang peserta terbaik program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) edisi keempat. Sebenarnya ada 10 peserta, tetapi semasa hari perbentangan, hanya 9 peserta sahaja yang buat perbentangan untuk ke menang ke pusingan seterusnya.

9 orang peserta SAY LEAD telah berjaya membuat pembentangan pada hari pusingan akhir dihadapan juri pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) adalah:

1. Mohd Noor Affendi Bin Abdul Muin, OKU Penglihatan, Perniagaan Pallet Kayu
2. Nur Aini binti Mohamad Mashudi, OKU Mental, Perniagaan Perkhidmatan Mencuci & Membersih
3. Mohammad Arif Izzuddin Bin Azmi, OKU Fizikal, Perniagaan Bengkel Motor
4. Muhammad Zaki Bin Kamal, OKU Penglihatan, Perniagaan Minuman Kopi
5. Irwan Faizuri Bin Johari, OKU Fizikal, Perniagaan Kedai Runcit
6. Mus Andey Shah Bin Mustaji, OKU Penglihatan, Perniagaan Bakeri
7. Amir Mohsin Bin Mohd Bahrudin, OKU Fizikal, Perniagaan Nasi Lemak
8. Lim Anuar, OKU Pendengaran, Perniagaan Melukis Mural & Mencanting Batik
9. Ummul Khair Binti Afandi, OKU Fizikal, Perniagaan Kelas Mengaji
10. Tidak hadir - Norasidah Binti Basri, OKU Pendengaran, Perniagaan Menjahit




Lebih menariknya pada edisi kali ini, ada juga usahawan OKU pekak dan bisu yang turut menyertai dan menunjukkan potensi yang hebat seperti usahawan OKU lain. Sesi perbentangannya telah dibantu oleh Jurubahasa Isyarat (JBI).

Terima kasih juga diucapkan kepada penaja program ini iaitu: Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar, dan Pembangunan Usahawan yang diterajui oleh YB Hajah Rodziah Binti Ismail dan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

5 juri yang telah mengadili pusingan akhir liga usahawan OKU Selangor edisi keempat adalah: 

⭐ DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.
⭐ Datuk Haji Zamri Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
⭐ Datuk Dr. Hafsah Binti Hashim, Penasihat SME Bank Islam.
⭐ Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
⭐ Encik Mohammad Syukri Bin Ismail, Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH).



Program SAY LEAD edisi keempat sebenarnya telah dijalankan sejak Oktober 2022 dengan penyertaan yang menggalakkan daripada 20 orang peserta OKU yang menjalani kursus perniagaan dengan modul-modul berikut:

🌸 Profil keusahawanan
🌸 Bisnes model kanvas dan rancangan perniagaan
🌸 Penjenamaan dan pemasaran digitalisasi
🌸 Pengurusan kewangan
🌸 Sesi perkongsian bersama agensi yang berkenaan
🌸 Bengkel bisnes profil dan pembentangan perniagaan

Kalau ada usahawan OKU yang berminat nak menyertai program ini, berikut merupakan kriteria pemilihan peserta Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD:
👉 Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
👉 Berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun;
👉 Menjalankan perniagaan di negeri Selangor.



4 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU dan Usahawan OKU Harapan negeri Selangor edisi keempat pada tahun 2023 adalah:

Ikon Usahawan OKU Negeri Selangor
1. Mohd Noor Affendi Bin Abdul Muin, Perniagaan Pallet Kayu
2. Amir Mohsin Bin Mohd Bahrudin, Perniagaan Nasi Lemak
3. Irwan Faizuri Bin Johari, Perniagaan Kedai Runcit

Ikon Usahawan Harapan Negeri Selangor:
Nur Aini binti Mohamad Mashudi, Perniagaan Perkhidmatan Mencuci & Membersih.

Tiga (3) pemenang usahawan OKU dalam pembentangan akhir akan mendapat faedah seperti berikut:

✅ Piala dan sijil pengiktirafan dari Selangor Youth Community (SAY)
✅ Geran perniagaan berjumlah RM3,000
✅ Layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD+, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.

Pemenang Tempat Pertama Liga Usahawan OKU Selangor 2023 - Mohd Noor Affendi Bin Abdul Muin, Perniagaan Pallet Kayu.


Pemenang Tempat Kedua Liga Usahawan OKU Selangor 2023 - Amir Mohsin Bin Mohd Bahrudin, Perniagaan Nasi Lemak.


Pemenang Tempat Ketiga Liga Usahawan OKU Selangor 2023 - Irwan Faizuri Bin Johari, Perniagaan Kedai Runcit.


Anugerah Usahawan OKU Harapan yang baru sahaja diperkenalkan pada edisi yang lepas telah diberikan kepada usahawan yang dirasakan oleh para juri telah bekerja keras dan memberi inspirasi terhadap usahawan-usahawan OKU lain sekaligus membuka mata masyarakat biarpun memiliki kekurangan.

Ikon Usahawan Harapan Negeri Selangor Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD 2023 dimenangi oleh Nur Aini binti Mohamad Mashudi - Perniagaan Perkhidmatan Mencuci & Membersih.

Pemenang Ikon Usahawan Harapan Negeri Selangor Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD 2023: Nur Aini binti Mohamad Mashudi - Perniagaan Perkhidmatan Mencuci & Membersi

Nur Aini binti Mohamad Mashudi - Perniagaan Perkhidmatan Mencuci & Membersih.

Saya nak puji Raja Muda Selangor - DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas usaha baginda dalam membantu usahawan di Selangor termasuklah usahawan OKU didalam perniagaan mereka.

Sepanjang sesi tersebut, baginda turut memberikan semangat dan sokongan kepada kesemua peserta yang menyertai pusingan akhir ini. 

Semasa sesi perbentangan dan sesi sidang berlangsung, baginda DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pendapat baginda kepada usahawan yang terlibat. Nampak effort betul-betul baginda berminat nak bantu.


DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj - Raja Muda Selangor.


Tahniah juga kepada peserta lain yang berjaya memberikan komitmen sepanjang program ini berlangsung. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bekerja keras sepanjang program ini berlangsung. 

Selamat maju jaya saya ucapkan. Walaupun tidak mendapat anugerah ikon Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD 2023 tetapi saya pasti akan ada rezeki di tempat lain. Teruskan berusaha dan harapnya menyerah. Anda boleh!

Finalis Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD 2023 - Ummul Khair Binti Afandi, OKU Fizikal, Perniagaan Kelas Mengaji.

Finalis Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD 2023 - Lim Anuar, OKU Pendengaran, Perniagaan Melukis Mural & Mencanting Batik.

Finalis Liga Usahawan OKU Selangor SAY LEAD 2023 - Muhammad Zaki Bin Kamal, OKU Penglihatan, Perniagaan Minuman Kopi.

Selangor Youth Community
(1215429-V) 
Pejabat Yayasan Raja Muda Selangor, Aras G, Bangunan Darul Ehsan, 
Jalan Indah, Seksyen 14,40000 Shah Alam, Selangor.
Website: www.selangoryouth.com


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS