Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Buffet Ramadan paling best dan berbaloi tahun 2023 bagi saya adalah Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi. Dengan harga RM118 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak, korang boleh enjoy lebih daripada 200 seleksi makanan di lebih daripada 30 gerai makanan disini.

Buffet Ramadan 2023 yang paling best dan berbaloi ini bertemakan 'Sentuhan Ramadan' yang menghidangkan seleksi menu masakan tradisional kampung dengan konsep gerai makanan supaya korang boleh feeling macam ada kat bazar Ramadan.

Bagi saya, kalau korang mencari lokasi untuk berbuka puasa di hotel di Bangi yang berbaloi, korang boleh cuba Buffet Berbuka Hotel Tenera 2023 sebab saya rasa sangat berbaloi dengan harga dan environment dia. Lepas tu, kat sini pun tak beberapa crowded.



Nak datang berbuka di Hotel Tenera Bangi, korang boleh buat tempahan secara dalam talian ataupun walk in sahaja sebab inshaAllah space banyak. Tapi kalau korang datang dalam group yang besar, lebih baik korang buat tempahan dahulu.

Suka dengan layout dalam dewan yang besar dan sejuk. Yang tak tahan sejuk tu, better bawa jacket/ selimut siap-siap. Makanan pula semua ada kat luar dewan, jadi memang kena jalan keluar sikit untuk ambil makanan.

Menariknya di Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi, stall makanan semuanya style stall gerai untuk mimik suasana di bazar Ramadan. Staf dan chef pun siap promo makanan macam menjual lagi, memang feeling ada kat bazar Ramadan habis.



Hotel Tenera memang terkenal dengan reputasi makanan yang sedap, jadi tak surprise lah kalau buffet Ramadan dia pun banyak makanan yang sedap untuk korang cuba. Dahla ada banyak pilihan makanan untuk korang cuba hasil air tangan Chef Eksekutif Hotel Tenera, Chef Sahisal Azrul Mat Said.

Antara seleksi menu lauk tradisional Melayu kampung di Buffet Ramadan 2023 Hotel Tenera Bangi:

⭐ Daging Dendeng,
⭐ Daging Tetel Gulai,
⭐ Rendang Ayam Cili Padi,
⭐ Rendang Ayam Utara
⭐ Ayam Ungkep,
⭐ Kari Kepala Ikan Salmon,
⭐ Ayam Kunyit Telur Sarang,
⭐ Ikan Talang Gulai Nanas,
⭐ Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit,
⭐ Sotong Goreng Percik,
⭐ Udang Kelapa Parut,
⭐ Sambal Udang Petai Siseh, 
⭐ Siput Sedut Masak Lemak,
⭐ Urat Keting Asam Pedas,
dan banyak lagi.




Saya suka nak cakap di Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi sangat mementingkan tentang isu pembaziran makanan. Mereka cuba untuk kurangkan pembaziran makanan dengan cara hanya masak ikut porsi yang tak banyak. Dan kalau habis baru deorang akan tambah lagi.

Sama juga untuk seleksi menu di stall Kerabu dan Pasta, mereka hanya akan masak dan sediakan apa yang kita nak selepas kita dah pilih menu apa yang kita nak makan. Lagi best macam ni, siap boleh customize lagi apa yang nak letak dalam makanan.





Selain daripada masakan lauk tradisonal kampung, korang pun boleh makan makanan lain yang ada di Buffet Ramadan Hotel Tenera Bangi seperti di:

⭐ Gerai Penyet Sambal Lada,
⭐ Bakso Sup,
⭐ Nasi Ayam Buluh Betong,
⭐ Sambal Saodah,
⭐ Oden Celup-Celup,
⭐ Dim Sum,
⭐ Best In Town Fried Noodles,
⭐ Pasta World
dan banyak lagi.




Semestinya menu wajib untuk setiap buffet Ramadan, Kambing Golek turut dihidangkan untuk pelanggan yang datang berbuka puasa di Hotel Tenera.

Selain daripada itu, korang turut boleh enjoy menu rare, Sup Gearbox yang turut dihidangkan disini. Nak makan style bakso pun boleh. Sup ni makan dengan roti pun sedap tau.




Tambah menarik, bukan sahaja Buffet Ramadan 2023 Hotel Tenera Bangi hanya menghidangkan makanan berlauk yang berat, tapi banyak juga menu makanan ringan untuk mereka yang kurang gemar nak makan nasi macam saya seperti:

⭐ Picolomondo Pizza Kampung,
⭐ Rojak Buah Padu,
⭐ Sandwich Island,
⭐ John Tortilla Brisket,
⭐ Gerai Roti,
⭐ Roti Bakar Awang, 
⭐ Keropek Abe,

Picolomondo Pizza Kampung - Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi



Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi


Excited saya bila tengok ada stall Oden Celup-Celup di Buffet Berbuka Puasa Bangi, Hotel Tenera. Korang boleh pilih jenis celup-celup apa yang korang nak dan campurkan dengan kuah tomyam yang disediakan, ala oden gitu.

Untuk peminat Shellout dan makanan laut, jangan lupa untuk cuba Shellout Hotel Tenera yang disediakan di live station kat bahagian luar. Seafood dia pun fresh, masak panas-panas lagi. Ada pilihan ketam, sotong, udang, ikan, kerang dan sebagainya.

Oden Celup Celup - Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi


Aneka Seafood - Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi


Sebagai peminat makanan ringan, pencuci mulut dan pemanis mulut, semestinya saya rambang perut dan mata dengan aneka pilihan cucur, keruk, kuih-muih Melayu, buah-buahan, ais krim, kek, puding, dan Ais Kacang - ABC. Korang jangan lupa cuba Cendol Sawit tau.

Banyak sangat pilihan kuih-muih Melayu yang ada disini yang kadang tu nak jumpa kat bazar Ramadan pun susah seperti Bahulu, Kuih Bakar, Tepung Talam, Kuih Seri Muka, Kuih Cara Manis, Kuih Kaswi, Kuih Puteri Ayu, Cucur Badak, dan banyak lagi.





Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi

Even pilihan air pun ada banyak untuk korang pilih. Buffet Ramadan 2023 di Hotel Tenera Bangi ini memang sesuai sangat nak datang dengan keluarga ataupun untuk company yang nak bawa staff datang berbuka sebab ada macam-macam pilihan yang boleh makan dan minum.

Sesuai untuk semua golongan umur, dan bangsa. Kalau tak makan nasi, ada something else macam pasta, kalau tak makan juga ada aneka kuih dan cucur, even roti pun ada tau.

⭐ Air Sejuk Mata Memandang - Air Balang,
⭐ Air Paneh - Pilihan air panas,
⭐ Air Botol Legend,
⭐ Kopi Gantung Brew Omputih.
⭐ Cendol Sawit,





Buffet Ramadan 2023 | Hotel Tenera Bangi

⭐ Buffet Ramadan 2023 paling berbaloi yang bertemakan 'Sentuhan Ramadan'.
⭐ Berbuka di Hotel Tenera dengan feeling suasana di bazar Ramadan!
⭐ Ada lebih daripada 30+ gerai makanan yang menyajikan makanan yang korang boleh cuba.
✅ Lebih daripada 200 seleksi menu masakan tradisional kampung & banyak gerai makanan!
🤩 Must try menu: Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Ikan Talang Gulai Nanas, Ayam Ungkep, Udang Kelapa Parut, Sambal Udang Petai Siseh, Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu, Sandwich Island, John Tortilla Brisket, Cendol Sawit, Roti Bakar Awang, Kopi Gantung.
👉 Boleh buat tempahan awal atau walk in sahaja ke sini sebab tempat banyak.
⭐ Sepanjang Ramadan, ada solat Maghrib, Isyak & Terawikh berjemaah disini!

Berbuka di Buffet Ramadan 2023: Hotel Tenera Bangi bersama dengan Geng KembaRojak

Buffet Berbuka Bangi 2023: Hotel Tenera Bangi

Tarikh buffet berbuka di Hotel Tenera Bangi:
25 Mac - 19 April 2023⁣.
Masa: 6.30pm - 9.30pm

Harga Buffet Ramadan 2023 Hotel Tenera Bangi
Dewasa RM118.00, Kanak-kanak RM58.00⁣

Hotel Tenera Bangi
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Phone: 03-8929 9600

Website: www.tenerahotel.com.my
Instagram: www.instagram.com/hoteltenerabangi
Facebook: www.facebook.com/hoteltenerabangi


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS