Pemenang SAY ASPIRE Pitch Finale Edisi Ke-4

Assalamualaikum dan hai korang,

Pada 25 Mei 2023 yang lepas, berlangsungnya SAY ASPIRE Pitch Finale Edisi Ke-4 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor. 

SAY ASPIRE adalah sebuah program yang bertujuan untuk mengembangkan para usahawan muda yang memiliki potensi untuk mengembangkan produk mereka di pasar global. Program ini menyediakan kursus, bimbingan, dan latihan strategi eksport kepada para peserta agar mereka dapat memperluas perniagaan mereka ke peringkat internasional. 

Program SAY ASPIRE diwijudkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor melalui agensi baginda Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam, Selangor sejak dari tahun 2018 lagi.

SAY ASPIRE Pitch Finale 4th Edition

Barisan panel juri SAY ASPIRE Pitch 4th Edition

Para usahawan yang sertai program ini hendaklah based di Selangor dan perlu melalui 2 peringkat penilaian dan pembentangan. Hanya 10 syarikat sahaja yang dipilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale.

Sesi perbentangan/ pitch terakhir ini telah diadili oleh 5 barisan juri panel yang mempunyai pengalaman luas didalam bidang perniagaan dan eksport:

⭐ Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor;
⭐ YBrs. Encik Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE;
⭐ YBrs. Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation;
⭐ YBrs. Dr Nurliza Mohd Mydin, Ketua Pegawai Strategi EXIM Bank;
⭐ YBrs. Puan Wan Norma Wan Daud, pakar eksport dari Malaysian Exports Academy.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor selaku penaung Selangor Youth Community (SAY).



Program SAY ASPIRE merupakan program kerjasama di antara EXCO Pembangunan Usahawan Selangor dan Selangor Youth Community, yang ditubuhkan oleh DYTM Raja Muda Selangor untuk membangunkan usahawan belia ke persada antarabangsa.

Edisi tahun ini telah berjaya membantu dan memberi impak positif kepada 30 usahawan IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global. Peserta telah dipilih bermula dari bulan Mac sehingga Mei 2023 lagi.

Kalau ada usahawan muda yang nak sertai, kriteria untuk sertai Program SAY ASPIRE adalah:
✅ Syarikat hendaklah beroperasi di Selangor;
✅ Pengarah syarikat berumur diantara 18-40 tahun;
✅ Tidak diisytiharkan muflis dan/atau disenarai hitam.

Finalis SAY ASPIRE Edisi Ke-4

Finalis SAY ASPIRE Edisi Ke-4

Pemenang SAY ASPIRE Pitch 4th Edition:

⭐ Tempat Pertama: Global Haltech Sdn Bhd - Produk ujian kit Halal.
⭐ Tempat Kedua: MGR Malaysia Sdn Bhd - Biskut dan snek ringan.
⭐ Tempat Ketiga: H&S Delight (M) Sdn Bhd - Kuib masakan.

3 pemenang utama SAY ASPIRE Pitch Finale Edisi Ke-4 akan menerima:

→ Tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan,
→ Akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka,
→ Peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, 
→ Trofi dan sijil penyertaan.

Tahniah dan selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua finalis SAY ASPIRE Pitch 4th Edition yang berjaya membuat perbentangan. Kepada yang menang, tahniah sebab dengan kemenangan ini dapat boostkan perniagaan dengan lebih jauh.

Pemenang SAY ASPIRE Pitch 4th Edition - Tempat Pertama: Global Haltech Sdn Bhd

Pemenang SAY ASPIRE Pitch 4th Edition - Tempat Kedua: MGR Malaysia Sdn Bhd

Pemenang SAY ASPIRE Pitch 4th Edition - Tempat Ketiga: H&S Delight (M) Sdn Bhd

Berikut merupakan 10 syarikat yang telah bertanding pada SAY ASPIRE Pitch Finale Edisi Ke-4 di peringkat akhir tempoh hari:

No Nama Syarikat Produk / Perkhidmatan
1 My Innovative Wellness Sdn Bhd Bijirin & snek sarapan sihat
2 Global Haltech Sdn Bhd Ujian kit halal
3 Respected Citizen Sdn Bhd Kosmetik
4 Nibou Industries (M) Sdn Bhd Dadih, yogurt
5 Elma Food Manufacturing Sdn Bhd Kopi 3-dalam-1, minuman bijirin, yogurt
6 MGR Malaysia Sdn Bhd Biskut & snek ringan
7 Xierra Holding Sdn Bhd Pakaian sukan
8 Inah Rasa Sdn Bhd Pes masakan
9 H&S Delight (M) Sdn Bhd Kiub masakan
10 Prosurv Resources Pes masakan


🌸 Tempat Pertama: Global Haltech Sdn Bhd - Produk ujian kit Halal.

Global Haltech ialah sebuah syarikat yang menawarkan 'Total Halal Trade Ecosystem' dengan menyediakan penyelesaian inovatif untuk permintaan tempatan dan global. 

Diperbadankan pada 17 Jun 2016, dengan slogan "Trust But Verify", mereka mewujudkan konsep rantaian nilai halal dari makmal ke rak yang membolehkan perniagaan masuk dan berkembang maju melalui pendekatan yang sistematik dan mampan melalui penyepaduan pembangunan kapasiti halal, ujian dan pengesahan halal, kecekapan halal serta perkhidmatan dan produk halal.



🌸 Tempat Kedua: MGR Malaysia Sdn Bhd - Biskut dan snek ringan.

MGR Malaysia Sdn Bhd ditubuhkan pada November 2020 untuk membangunkan komuniti menjana pendapatan sampingan dengan menghasilkan produk snek yang enak dan berkualiti di bawah jenama CHEMILAN. 

Dengan tagline - "Kejutan, Cinta, Kenangan",  Chemilan memfokuskan kepada nilai kekeluargaan dan ikatan serta mencetuskan kenangan zaman kanak-kanak budaya Melayu tradisional dengan reka bentuk pembungkusan makanan dan rasa itu sendiri. 

Setiap watak mewakili pakaian tradisional Melayu kampung yang kasual - Che Milan dibintangi Chemilan, suaminya Pak Lan, dan dua anak mereka - Lilly dan Billy. Syarikat ini diketuai oleh pengasas muda Nasyrah Hanim Binti Mohamad Zainudddin, 31 tahun merupakan otak di sebalik jenama Chemilan.



🌸 Tempat Ketiga: H&S Delight (M) Sdn Bhd - Kuib masakan.

H&S Delight (M) Sdn Bhd telah diwujudkan pada Februari 2023, sebagai syarikat permulaan F&B, yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra Muslim. 

Jenama Delish, bertujuan untuk menawarkan produk makanan yang lazat lagi sihat, selamat dan Halal yang diterima secara global tanpa mengira latar belakang pengguna dengan menerima teknologi makanan yang inovatif dan kreatif.



🌸 Finalis: Respected Citizen Sdn Bhd - Kosmetik.

Respected Citizen Sdn. Bhd. juga dikenali sebagai Wawa Cosmetics telah ditubuhkan pada 2018 dengan fokus utama menghasilkan dan memperdagangkan produk kecantikan, penjagaan kulit dan makanan kesihatan berkualiti tinggi selaras dengan teknologi kecantikan terkini di seluruh Malaysia. 

Syarikat ini diketuai oleh dua pengasas muda yang merupakan pasangan selebriti tempatan kami Wawa Zainal dan Aeril Zafril dengan hanya 5 tahun dalam industri, Wawa Cosmetics semakin popular dan mempunyai peminatnya sendiri.


🌸 Finalis: Xierra Holding Sdn Bhd - Pakaian sukan.

Xierra ialah jenama pakaian aktif sopan yang memfokuskan pada fabrik berprestasi tinggi, bersama-sama dengan reka bentuk yang lebih baik yang menyediakan fungsi dan ciri praktikal. 

Ditubuhkan pada 2016, visi mereka adalah untuk menjadi jenama pakaian aktif sopan pilihan di Asia menjelang 2028 yang menyediakan kualiti premium yang bergaya, dan pakaian inovatif.


🌸 Finalis: Elma Food Manufacturing Sdn Bhd - Kopi 3-dalam-1, minuman bijirin, yogurt.

Elma Food, merupakan sebuat syarikat pembuatan makanan dan minuman kesihatan dengan pengalaman 20 tahun dalam pasaran tempatan. 

Mereka menawarkan rangkaian nutrisi dan campuran minuman segera yang berfungsi menggunakan bahan premium termasuk bahan organik dan dipatenkan.


🌸 Finalis: My Innovative Wellness Sdn Bhd - Bijirin dan snek sarapan sihat.

Sejak 2020, My Innovative Wellness ialah syarikat permulaan barangan pengguna yang berdedikasi untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Bijirin sarapan pagi dan makanan ringan mereka yang disahkan halal bukan sahaja lazat tetapi juga sihat, menjadikannya pilihan yang tepat untuk individu yang sibuk, aktif dan mementingkan kesihatan


🌸 Finalis: Inah Rasa Sdn Bhd - Pes masakan.

Inah Rasa Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 20 April 2021 dengan konsep; mengilang dan mengeluarkan produk teknologi retort untuk sedia dimakan dan sedia untuk dimasak serta memasarkan produk di bawah jenama Inah Rasa.

Dengan beberapa strategi pengedaran yang disediakan, ia bersedia untuk menampung lonjakan permintaan untuk makanan cepat dan mudah dimasak di rumah dengan menyediakan makanan berkualiti restoran dalam keselesaan rumah seseorang selaras dengan perubahan gaya hidup semasa.



🌸 Finalis: Prosurv Resources - Pes masakan.

Prosurv Resources ialah sebuah syarikat Malaysia yang pakar dalam penjualan pes bahan kisar di bawah jenama Neksom. Pes mereka mengandungi campuran bawang merah, bawang putih, halia, cili, serai, kunyit dan lengkuas, yang merupakan bahan yang biasa digunakan dalam masakan Malaysia. 

Dengan kualiti produk yang bebas daripada pengawet, pewarna tambahan dan MSG dapat memastikan pelanggan menikmati rasa penuh bahan-bahan tanpa sebarang bahan tambahan yang berbahaya. Sejak Mei 2021, mereka telah menjual produk di pasaran runcit, dan ada di lebih daripada 30 cawangan di Semenanjung Malaysia. 

Matlamat mereka adalah untuk meluaskan jangkauan ke bahagian lain di Malaysia dan berpotensi, ke negara lain pada masa hadapan.


🌸 Finalis: Nibou Industries (M) Sdn Bhd - Dadih, yogurt.

Ditubuhkan pada 2004, Nibou F&B mengkhusus dalam jeli dan puding kepada minuman. Mereka telah berjaya mengekalkan jualan tahunan sekurang-kurangnya sejuta unit dengan jenama teras kami dengan lebih 200 kedai di seluruh negara. 

Nibou F&B mempunyai 6 jenama dalaman (DADIH, KID'S JOY, YOUGURT, DRINME, FRESHILL, BEBEE).



Tentang Selangor Youth Community (SAY)

Selangor Youth Community (SAY) telah diasaskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada tahun 2017. SAY merupakan organisasi bukan kerajaan, bukan politik dan juga bukan berasaskan keuntungan yang berpegang teguh kepada matlamat untuk mewujudkan komuniti belia oleh belia yang dinamik, progresif dan cergas. 

Berdasarkan kajian dan bengkel yang dijalankan oleh Boston Consulting Group untuk mengenal pasti golongan belia di Selangor, SAY telah bergerak berpandukan empat fokus utama iaitu Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Seni dan Kreatif dan juga Khidmat Masyarakat, ia adalah untuk menyentuh secara menyeluruh minat dan fokus utama belia-belia di dalam negeri Selangor.

Pada tahun 2022, SAY telah memberikan impak positif kepada jumlah keseluruhan 310,738 belia, tidak
hanya terhad di negeri Selangor tetapi juga di seluruh Malaysia melalui lebih daripada 200 inisiatif dan
program bermula dari tahun pertama penubuhannya.

Selangor Youth Community (SAY)
Website: entrepreneurshipselangor.com.my
Email: hello@selangoryouth.com
Contact: 03-55235268

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS