Sunfeet Orthotics Expert Cheras South

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tahniah saya ucapkan kepada Dato Dr Edmund Lee dan Sunfeet International Rehab Centre atas pembukaan cawangan terbaru Sunfeet Orthotics Expert di Akasa Cheras Selatan tempoh hari. Ini merupakan cawangan Sunfeet yang ke-2 selepas di Petaling Jaya.

Lokasi Sunfeet Cawangan Cheras Selatan (Cheras South) ini terletak dengan sama lokasi dimana LifeCare Cheras di Level 3A Block E, Kompleks Komersil Akasa, Jalan Akasa, Akasa Cheras South, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sunfeet Orthotics Expert Cheras South dijangka akan membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang ada masalah kaki terutamanya mereka yang ada masalah tapak kaki, lutut dan tulang belakang, tak kiralah dari golongan umur muda mahupun tua.

Lokasi Baru Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya → [Lokasi Sunfeet Petaling Jaya]




Bercakap tentang dekorasi dan layout Sunfeet Orthotics Expert Cheras South yang terbaru ini, saya boleh cakap yang saya suka dengan design yang modern kontemporari tetapi masih mengekalkan warna signature Sunfeet, Orange.

Ada kawasan muzium mini Sunfeet, kawasan menunggu dan santai, kawasan fisioterapi, rak display kasut, kawasan alat pemeriksaan kaki, bilik pemeriksaan, bilik private dan juga ruang konsultasi untuk pelanggan di Sunfeet Cheras Selatan.

Ambience pun rasa sangat welcoming dengan kawasan yang luas, besar dan cerah. Kat outlet ni, selain daripada khas untuk pelanggan yang ada masalah kaki datang untuk dapatkan rawatan, korang turut boleh dapatkan kasut atau kasut kesihatan yang dijual disini.





Muzium Mini Sunfeet Orthotics Expert

Uniknya Sunfeet Orthotics Expert cawangan Cheras South ini sebab ada Mini Museum Sunfeet yang dimana ada display tentang sejarah Sunfeet, sijil kedoktoran dan kelayakan, anugerah yang pernah Sunfeet dapat, pencapaian dan banyak lagi.

Menarik sangat konsep di Sunfeet Cheras Akasa ni sebab wujudkan corner untuk pelanggan belajar dan tahu serba sedikit tentang perniagaan Sunfeet yang telah berada didalam pasaran Malaysia sejak dari tahun 1978 lagi oleh datuk kepada Dr Edmund Lee.






Sunfeet - Your Prosthetic and Orthotic Expert

Sunfeet International merupakan sebuah pusat penjagaan kaki dengan doktor berkemahiran yang juga merupakan sebuah perniagaan 3 generasi yang dah wujud sejak dari tahun 1978 lagi dan Dato Dr Edmund Lee merupakan doktor generasi ke-3 yang handle Sunfeet sekarang.

Kepakaran mereka adalah didalam bidang Prosthetic dan Orthotic dengan membantu pesakit mereka untuk hidup dengan selesa dengan penghasilan 3D Custom Made Medical Orthotics yang berkualiti.

Dah lebih 40 tahun didalam industri, Sunfeet dah bantu lebih daripada 400 ribu pesakit dan pelanggan mereka untuk kembali berjalan dan bantu memudahkan kehidupan seharian pesakitnya.





Untuk mereka yang mencari dimana nak buat rawatan kaki di sekitar Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Bangi, Putrajaya, Puchong dan sekitarnya korang boleh datang ke Sunfeet Orthotics Expert Cheras South yang terletak di Akasa Cheras ini untuk check kaki korang.

Kalau korang risau anak ada masalah flat feet atau apakah kesan flat feet kepada kanak-kanak, pun korang boleh singgah ke Sunfeet Orthotics Expert Cheras Selatan untuk terus dapatkan diagnosis dan rawatan daripada pakar disini.




Feet Health Talk oleh Dato Dr Edmund Lee

Bagusnya Sunfeet International Orthotics Expert ini sebab mereka selalu organized ceramah tentang kesihatan kaki secara percuma untuk educate ramai orang tentang kepentingan penjagaan kaki. Ramai orang neglect tentang kaki, padahal kaki juga merupakan organ yang penting untuk kita.

Macam Dr Edmund cakap, kita selalu servis kereta, tapi berapa kerat je orang Malaysia ni yang pernah servis kaki sebelum sakit. Yang kita tahu, kalau sakit kaki je nak kena pergi urut. Padahal ada banyak lagi penyakit berkaitan dengan kaki yang kita tak tahu.

Kalau berminat untuk sertai Ceramah Tentang Kesihatan Kaki /Feet Health Talk secara percuma di Sunfeet, boleh follow Facebook Page mereka untuk update bila deorang akan buat. Untung yang datang bukan sahaja dapat ilmu tentang kaki, kot ada luck dapat hadiah lucky draw juga.



Pemeriksaan Kaki Percuma di Sunfeet Orthotics Expert Cheras South

Bercakap tentang bertuahnya korang, sebagai pembaca blog ini, korang boleh dapatkan pemeriksaan kaki secara percuma Sunfeet cawangan Cheras Selatan kalau korang datang kesana dan mentiaon Blog nurulzayani.com.

Pemeriksaan kaki pun sangat pantas, dengan bantuan mesin dia, boleh terus dapatkan bacaan yang accurate dan boleh terus consult dengan therapist atau Doktor yang ada pada masa tu.

Promosi khas sempena dengan Hari Ibu 2023 juga, Free 1 kali Rawatan Feet Alignment kepada ibu-ibu diluar sana untuk buat di Sunfeet. Tak salah pun datang check, mana tahu boleh bantu masalah pinggang, kaki atau lutut sakit tu.



Bersama Dato Dr Edmund Lee di Sunfeet Orthotics Expert Cheras South

Promosi Pembukaan dan Hari Ibu 2023 di Sunfeet Cheras South

Sempena dengan pembukaan cawangan Sunfeet yang terbaru di Cheras Selatan, mereka telah mengadakan promosi yang boleh korang dapatkan seperti:

❤ Buy 1 Get 1 - RM1k Cash Rebate,
❤ RM100 Off for OKU/ Senior Citizen/ Students/ Single Mother,
❤ FREE 1x Foot Alignment for All Mothers,
❤ Mother's Day Giveaway! - Tengok Facebook Page atau Instagram mereka untuk join!


#SunfeetAkasaCheras #SunfeetCherasSouth #NewSunfeet #DrEdmundLee #SunfeetMY #Sunfeet


Waktu operasi Sunfeet Cheras South:
Isnin - Sabtu (10am-5.30pm) - Ahad Tutup

Sunfeet Orthotics Expert Cheras South
Level 3A Block E, Kompleks Komersil Akasa, Jalan Akasa, 
Akasa Cheras South, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Contact: 013-5283939 / 011-54171939

Facebook: www.facebook.com/SunfeetCherasSouth
Instagram: www.instagram.com/sunfeetinternational 
TikTok: www.tiktok.com/@sunfeetinternational

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS